Sedap Gila Nasi Kukus MY MAMA @ Gambang


 Weh kat mana nak makan sedap di Gambang ?
Kau cuba Nasi Kukus My Mama pulak , sedaq baq ang ! 


Macamana aku boleh terpengaruh nak makan nasi kukus My Mama ni ? of course lah laki haku yang mempengaruhi nya .. sebab balik kampung tenpoh hari dia kata ada cuba nasi kukus ni , sedap ! beria dia cerita  lepas tu aku yang dengar ni ? kau rasa ? haa terliur lah jugak .. dush !

Jadi bila balik kampung kat Pahang , onway balik ke KL wajib singgah sini dan 3 kali dah aku makan kat sini , asal balik je makan nasi kukus My Mama sebab sedap gila kuah dia .. aku ni jarang nak suka nasi kukus lagi-lagi yang banyak rempah .. kali ni aku tidak ego untuk mengatakan kuah nasi kukus My Mama ni memang dah jadi FAVOURITE aku .. cuma macam tak cukup je , boleh tak tambah banyak sikit kuah dia hukhuk


Style kedai dia pulak macam KFC , Mcd gitu .. ingatkan restoren biasa kan .. wow kalau lah ada cawangan kat Rawang memang tak pandang dan Kfc oik .. ! lagi kenyang makan nasi kukus , ayam dia besar-besar plak tu .. harga pulak murah je .. 

Ayam berempah dia besau , memang cukup dan mengenyangkan oik .. sambal dia pun aku suka jugak !
Aku suka makan nasi kukus kuah banyak , haaa tak cukup sbenarnya kuah ni kena tambah lagi ! kikikiki

Jadi sesiapa yang pergi ke Pahang tu lalu Gambang jangan lupa singgah sini tau , tekak aku memang aku suka sangat makan kat sini ... tapi bila teringin nak makan memang jauh gila lah nak cari .. rasanya ada di area pantai timur je .. harap nanti akan buka cawangan di KL pulak ! harga dia start RM9.50 sekali dengan air coke (boleh je tukar air) .. 

Banyak lagi menu yang ada kat sini , aku pernah try nasi kukus berempah yang biasa dan suka ayam masak merah .. dan dua-dua tu sedap ! cuma yang tak berapa best tak di sediakan tisu lah pulak huh , kena amik kat toilet .. aduh harap sediakan lah tisu sekali yawww ! makanan sedap , perkhidmatan ok , harap kemudahan pun boleh bagi tiptop .. 

Rayyan pun suka makan Nasi Kukus My Mama ni sebab tak berapa pedas pun .. yeyy Umi dan Rayyan bagi 5 bintang ! nanti balik kampung kita makan sini lagi orait :p 

5 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Ha aa mmg sedap akak pon suka My Mama punya nasi kukus.. boleh laa kena ngan selera tekak ..

    BalasPadam
  2. sedapnya akakk.. busyra suka sngt nasi kukus!

    BalasPadam
  3. tak pernah cuba lgi.teringin nk rasa..tapi alaa jauh sgt nk ke pntai timur..

    BalasPadam
  4. Kalau rasa rempah dia tu..mesti sedap

    BalasPadam
  5. Sedapnya nasi kukus. lagi-lagi kalau ayam goreng tu sedap dan sambal sedap.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama