Bagaimana Untuk Membahagiakan Diri Sendiri

Assalamualaikum .. 

Di dunia ni adakala kita gembira adakala kita berduka tapi sebolehnya jangan biarkan duka yang ada melebihi rasa gembira yang perlu kita kecapi , dan yang paling penting sayangi diri sendiri lebih dari sayangi orang lain .. tapi bila ada anak ni macam terlebih sayangkan anak dari diri sendiri haha okay tu part lain yang mana naluri keibuan yang cukup menggembirakan 

Bila bicara tentang kegembiraan ia tidak bermakna hanya atas alasan ada kekasih , ada cinta pada sang laki-laki .. adakah itu cukup membuatkan kita gembira ? tidak semestinya tiada kekasih hidup suram dan durjana , banyak lagi benda-benda lain yang boleh menggembirakan hidup kita .. yang pasti gembirakan lah diri sendiri walaupu terkadang terluka dengan sesuatu perkara 

Tips Untuk Membahagiakan Diri Sendiri 

  • Tidur Yang Cukup 

Kadang-kadang bila kita tidak dapat tidur yang cukup , badan pun mula jadi lemah dan mood sering berubah ~ kenapa ? sebab badan kita tak dapat rehat dengan secukupnya .. dan sebenarnya ada sesetengah terlalu asyik dengan media social , gajet sentiasa di tangan padahal masa tu boleh memberikan kita tidur yang sempurna .. so guys ! elakkan benda-benda tak berfaedah dan go sleep okay ! 

  • Berada Dalam Kalangan Mereka Yang Kita Suka 

Ada masa bila kita badmood atau stress orang kata kawan adalah tempat terbaik untuk meluahkan , dalam hidup seseorang mesti ada favourite kawan yang kita simpan dalam hati . Jadi sesekali keluar lepak spend tie together ingat kembali zaman-zaman yang menggembirakan , andai jauh boleh je call kan ~ ellakkan orang yang kita tidak suka kerana ia kadang sangat menyakitkan untuk jadi seorang yang fake hahah 

  • Buat Benda Yang Kita Suka 

Buat benda yang kita suka automatik akan menggembirakan diri kita , macam aku ~ kenapa aku jadi blogger ? sebab aku suka menulis . Bagi aku yang agak pendiam aku suka melontarkan suara hati dengan kata-kata , apa yang ingin aku sampaikan , apa yang terbuku semua aku tuliskan dalam ruangan blog ni ... kalau dulu banyak coretan-coretan yang berkisarkan kisah hidup aku cuma sekarang agak sibuk .. tapi tak bermakna kau berhenti menulis kerana ini lah benda yang aku suka .. 

Walaupun orang kecam apa yang kita buat , orang mengatakan tiada faedah dan banyak lagi , tolong ! tolong jangan ikut hati orang kerana yang ingin menggembirakan adalah diri kita sendiri , dan yang ingin bahagia adalah diri kita sendiri , so just do it okay ! asalkan ia tidak melanggar agama :)

  • Pakai Pakaian Yang Buatkan Kamu Cantik , Selesa dan Konfiden 

Bab fesyen memang aku gagal , tak pandai nak bergaya haha tapi apa yang membuatkan aku konfiden adalah apa yang aku pakai membuatkan aku cantik walaupun pakaian tu tidak berjenama atau pun kolot dan tak ikut trend , hey pedulikan apa orang kata .. salah satu cara untuk gembira pakailah apapun yang membuatkan kamu cantik , membuatkan kamu selesa dan yakin .. buat apa pakai mengikut fesyen jika diri sendiri tidak selesa dan terasa ia buruk , walaupun ia cantik di mata orang lain .. biar mata dan gayamu menyerlahkan kecantikan yang kamu miliki 

  • Makan Makanan Berkhasiat dan Minum Air Yang Cukup 

Part ni ramai yang tidak mampu buat kan , padahal ia hanya air kosong .. yeaaa itu lah aku ! susahnya nak minum air yang mencukupi setiap hari dan makan makanan yang berkhasiat .. kenapa ini penting ? sebab badan kita akan lebih sihat , itu lah cara terbaik untuk menyayangi diri sendiri iaitu menjaga kesihatan .. hehe okay semoga istiqamah ! 

Hati Berbicara :


Part paling penting untuk bahagiakan diri sendiri adalah jangan terus-terusan menyakiti hati sendiri dan mengingati masa lalu yang menyakitkan , orang kata nak melupakan itu sangat susah tapi sekurangnya kita cuba untuk lari dari sesuatu perkara yang menyedihkan .. buatlah sesuatu yang membuatkan kita lupa akan kesakitan , luka mahupun sejarah hitam .. 

Move on itu indah sayang :) Jangan biarkan lagi diri sendiri melukan diri sendiri .. Allah ada , semoga Allah redha :)

4 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Move on itu indah sayang :) Jangan biarkan lagi diri sendiri melukakan diri sendiri .. Allah ada , semoga Allah redha :)

    Love that quotes!

    BalasPadam
  2. betul tuu, setuju sgt tips ni.
    eheemm, lawaaa nyaa pantin tuu , hehehe

    BalasPadam
  3. so pretty. ray follow sini tau #3794

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama