Rayyan Tak Boleh Bercakap Lagi ? Tips Meransang Anak Kecil Bercakap

Assalamualaikum 

Hai mommy and daddy semua , back to parenting topic lah hari ni ~ just nak cerita perkembangan Rayyan .. biasalah bila berada dalam lingkungan ibu bapa ni , ada yang cerita perkembangan anak depa , umur sekian sekian anak dah boleh jalan , umur sekian sekian anak depa dah boleh duduk , dan banyak lagi so aku pun seronok lah dan kutip ilmu-ilmu untuk di praktikkan sedikit sebanyak .. 

Bila cerita pasal anak ni , Rayyan dari zaman baby hingga ke sekarang 1 Tahun 9 bulan perkembangan dia always positif , dari meniarap , duduk , berdiri dan berjalan semua mengikut perkembangan yang orang kata normal .. cuma aku sebenarnya tak begitu pasti berapa umur anak yang normal bab percakapan ni ..ada terbaca walaupun anak lambat bercakap tapi perkembangan dia yang lain ok , sebenarnya normal ..

Wan Muhammad Rayyan , 1 Tahun 9 Bulan ~

So bila aku buat research perkembangan anak dalam percakapan normal adalah dalam umur 2-3 tahun .. sebab perkembangan anak kita ni lain-lain , kalau anak depa cepat dan anak kita sedikit lambat tak semestinya ia tidak normal ye ibu-ibu so dont worry melainkan sememangnya umur anak dah begitu matang tapi perkembangan dia macam baby lagi .. 

Bab percakapan Rayyan , alhamdulillah nak masuk umur dua tahun ni , perkataan yang dia sebut makin improve .. maksudnya sebelum-sebelum ni dia just tunjuk-tunjuk je tapi aku perasan banyak benda dah dia boleh sebut macam fish , crocodile , lizard , ball , kuku , pipi ,ubat , susu , baju , seluar , air , pampers , abah , umi , boboboi , aliff , baa , taa , car , banana , cat , bye2 , dan  xingat dah apa lagi agak banyak jugak sbnrnya dan siap nak nyanyi lagu'' baby shark doo doo'' , dan lagu'' i am me muah muah muah'' ! tapi harus lah ada pelatnya  haha cuma part nak gabung ayat tu belum lagi .. eh ada dia sebut ''susu nak susu '' dan ''nak air'' wow Umi kagum jap.

Cuma kalau aku suruh-suruh dia sebut or ajar dia cakap sekejap je dia akan ikut , sebab dia rasa macam rimas haha , kecik-kecik dah pandai stress yeee .. biasalah mak-mak pun kadang stress jugak bila orang tanya boleh bercakap ke belum , then mula lah fikir anak aku normal or tak ? haha padahal belum umur 2 tahun kot ! gelabah betol


Tak salah pun kita nak rasa adakah anak kita normal atau tak sebab mencegah itu lebih baik dari merawat . Jadi kalau rasa perkembangan anak tu dah tersasar jauh dari perkembangan yang normal boleh la terus kita refer pada doc , amik nasihat pakar .. kalau doc cakap okay pedulikan kata-kata orang :)

So patut kah aku risau lagi ? nope right sebab makin hari makin improve hehe walaupun Rayyan still tak boleh cakap properly , mulut dia kadang tak reti duk diam ada je bunyi cuma dalam bahasa German campur dengan bahasa Melayu .. then aku harap aku bersedia bila Rayyan banyak cakap nanti hahahaha :p gud boy anak Umi .. 

Cuma part paling best adalah dia faham apa yang kita cakap , bila ada baju kotor then aku suruh letak dalam bakul laju je dia pergi letak kat dapur , atau ada kertas / sampah , aku suruh buang dalam tong sampah cepat je dia g buang , suruh kejut abah paling comel ..tu pun mood rajin , mood malas datang suruh la apa pun buat derk je .. n then kenal anggota badan dia , contoh mata , hidung , kaki semua not bad .. 


Bila anak dah makin dewasa ni takutnya nak hadapi masa akan datang , masa dia masuk sekolah , berjauhan dari aku . yaAllah kuat ke tak .. mesti duk fikir ''camne lah Rayyan kat sekolah hari ni , ada tak orang buli di a, belajar tak dia '' haha yaAllah jauh nya aku fikir .. ! mak - mak kan ! hikhikhik ..

Tips Menggalakan Anak Kecil Bercakap 
  • Berbual sekerap mungkin dengan anak dalam melakukan aktiviti seharian , macam aku Rayyan selalu kacau kat dapur so apa benda kat tangan cakap je kat dia cth '' Umi nak masak , ni sawi , ni carrot , bla3x kadang dia akan ikut dgn betul , kadang pelat cuma dia dan Allah je paham haha
  • Permudahkan pertuturan ketika bercakap , means buat ayat-ayat pendek je sebab sel-sel otak dia tengah berhubung .. tekankan benda-benda asas yang utama 
  • Bercakap dengan anak dari masa ke semasa , dari ayat pendek ke ayat panjang .. cth : ini ikan , ini ikan besar .. 
  • Tanya soalan dan suruh anak membuat pilihan .. sambil kita bercakap dia akan proses perkataan dan jugak objek .. cth : Rayyan nak kereta merah atau kereta kuning 
  • Baca buku cerita , kadang-kadang aku suka baca buku .. then Rayyan nak jugak so aku bagi kat dia sambil aku baca even dia tak faham .. kadang dia acah-acah baca jugak tau haha so tergelak pulak tengok respon dia 
Mengenal pasti masalah anak dalam percakapan 
  • Cara nak kenal pasti tu agak susah sebab setiap anak lain perkembangannya , kadang fikir tsk normal tapi sebenarnya ia hanya sedikit lambat 
  • Julat normal 2-3 tahun , contohnya 4 tahun still xleh bercakap even perkataan mudah sewajibnya rujuk doc atau pun pakar ..
Hati Berbicara :
Umi always doakan Rayyan sihat sempurna dan jadi anak yang berguna dunia dan akhirat dan juga anak-anak mummy n daddy di luar sana juga , ameen :) berat tanggungjawab ,aku sebagai anak pun kadang  cuai , apatah lagi dah jadi Ibu kepada anak .. semoga ibu bapa di luar sana yang sedang di uji kuat dan tabah supaya aku boleh mengambil sedikit kekuatan untuk besarkan anak di zaman yang penuh pancaroba ni .. 


11 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. seronok kan bila anak dah boleh bercakap...macam2 keletah dioarang ni bila bagitau sesuatu

    BalasPadam
  2. Insha-Allah , Rayyan akan fasih bercakap sampai Ummi tak larat nk mjawab setiap persoalan yg disoalkan.. Nothing to worry.

    BalasPadam
  3. mikhail nak masuk 4 tahun masih pelat..hahah.. so far tanya kat nurse, selagi kita boleh faham apa yang anak cakap, itu dah kira normal walaupun dia pelat.

    BalasPadam
  4. Usia mcm ni mmg kena rajin bcakap tp jgn push sgt dia sebut benda yg sama.. mmg die x layan..hehe.. anyway selagi ank kita pkembangan ok boleh ikut arahan means xde masalah.. cakap lambat tu normal..nnti dah dpt ckp mula byk tanya itu ini kita yg penat layan kan..seronok sgt..masih tggu ank petah cakap..

    BalasPadam
  5. betul tips tu. btw, anak sulong sy masa 5 tahun baru betul-betul nampak dia bercakap lancar. now dah 8 tahun. dia memang lg byk tunjuk dr perbuatan berbanding percakapan

    BalasPadam
  6. yup cakap dan berborak selalu dengan anak. mainan dia pun kita tunjuk ni apa tu apa

    BalasPadam
  7. Pendek kata banyakkan berkomunikasi dan bercakap dengan anak kita, insya-Allah ok kan.

    Anak-anak saya bila dah pandai cakap becok susah nak berhenti. Haha.

    BalasPadam
  8. Nice tips. Teringat pasal Lara Alana masa dia lambat bercakap. Netizen siap kata dia down syndrome. Sekarang makin petah dia bercakap, speaking english lagi uolsss..

    BalasPadam
  9. Memang kena banyak berborak dengan anak umir macam ni. Alah biasa tuh, nanti dia cakap banyak kita pula tak larat nak layan..hehe

    BalasPadam
  10. Setiap anak lain perkembangan. Dan usia Rayyan ni biasanya boleh sebut satu atau dua suku kata itu adalah normal. Nanti Ummi tak larat nak layan soalan dia. Masa umur Rayyan ni memang dia lebih pandai sebut in English sebab English simple. At least kita beri perhatian kepada perkembangan lain.. Insha Allah

    BalasPadam
  11. yesszaaa.....tiap anak itu ada keistimewaan dan perbezaan yang sangat unik...dont wory...cepat skit bagi adik ke Rayyan...huhuhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama