Assalamualaikum ..
Jarang sebenarnya aku berkongsikan tentang penjagaan wajah untuk malam hari, selalunya fokus untuk daily routine je kan ? sebab biasanya waktu malam bagi aku adalah waktu untuk tido tanpa buat apa-apa (atau boleh di panggil sebagai pemalas hik hik ) Kali ni aku nak kongsi step-step penjagaan wajah di malam hari dengan menggunakan produk Klairs. *tahun ni sis dah masuk 3 series tapi nak kelihatan seperti 2 series , redha itu indah btw :( *
Aku rasa ramai dah tahu betapa bestnya produk Klairs ni , salah satu brand famous dari Korea .. pehh sebab tu orang Korea cantik-cantik kan ? Yang pasti Klairs product ni high quality skincare product lebih-lebih lagi yang ada masalah kulit sensitif - no colorants , no parabens , no alcohol , fragrance free , no harsh ingredients and of course no animal testing ~ aku selalu online twitter lebih-lebih lagi twit tentang kecantikan jadi kat situ ramai juga yang suggest Klairs product ni as their skincare routine .. hurmm menarik !
Video Unboxing , mana nak dapatkan produk Klairs ni korang boleh masuk website www.hermo.my dan searche je Klairs .
Step-step for Special Nightcare Routine ↠ Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil → Klairs Freshly Juiced Vitamin Mask → By Wishtrend Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum → Sleep → Klairs Mochi BB Cushion (lebih baik jika apply toner selepas cleansing okay)
- Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil
➨ Black Bean Oil - Untuk mengurangkan pengeluaran sebum dan menenangkan kulit
➨ Black Sesame Oil - Menyediakan antioksida melalui beberapa komponen seperti Beta - carotene , Rinolenic Acis , Sesamin , Sesaminol dan Tocopherol , mencegah dehidrasi pada kulit dan anti aging.
➨ Black Currant Seed Oil - Menyediakan antioksidan yang kuat dan menyediakan vitamin dan mineral , formula ni memang sangat sesuai untuk kulit sensitif
Fungsi Klairs Gentle Deep Cleansing adalah untuk korang yang ada masalah seperti di bawah ni , for your info kulit aku jenis kering jugak so
- Sesuai untuk kulit kering atau sensitif because its not drying
- Boleh di jadikan sebagai makeup remover , sunblocks , sebum dan pores
- Masalah blackhead dan sel kulit mati yang menyebabkan kulit korang kasar
- Dapat membersihkan liang pori yang terbuka
Cara guna sangat mudah , tekan sedikit ke tapak tangan kemudian sapukan di muka lebih-lebih lagi kawasan yang bermasalah kemudian urut perlahan-lahan .. macam buat facial itu lepas tu baru cuci dengan air suam sehingga bersih .. korang akan rasa kulit jadi lebih lembab
Tekstur - Minyak , cepat menyerap :') |
Honest Review - for the first time guna agak pelik juga bila sapu minyak di muka kan ha ha ha , jangan gelak please tapi bila dah start sapu-sapu di muka dan gosok di tempat yang kering contoh tepi hidung , kawasan blackhead yang selalu menggelupas best pulak , sebab semua tu cepat hilang .. Bab bau pulak ya of course aku suka bau Klairs cleansing ni mcam bau minyak aromaterapi gituuu , dah selesai semua baru bilas dengan air.. Seriously , takde rasa pedih , panas atau pun terengsa . Yup ia sesuai dengan kulit aku , lepas cuci kulit rasa lebih lembap.
Boleh dapatkan di https://goo.gl/5yauEh
- Klairs Freshly Juice Vitamin E Mask
Untuk step kedua , apply pulak Masker Freshly Juice ni sebab ia nya banyak fungsi boleh jadi sebagai mask , pek tidur atau pelembab harian .. Rutin harian lepas cuci muka wajib tau apply pelembab , haa ingat tu ! Klairs Freshly Juice Vit E Mask paling berkesan apabila di gunakan dengan Vit C sebab ia akan meningkatkan keberkesanan antara satu sama lain melalui rangkaian antioksidan , melindungi dari oksigen aktif dan mencegah penuaan.
Rangkaian antioksidan yang melindungi kulit
- Vitamin E akan menjadi teroksidasi apabila oksigen aktif oleh pertahanan utama
- Vitamin C mengurangkan tahap vitamin E teroksidasi ke keadaan asalnya dan mengaktifkannya semula.
- Vitamin E yang dikurangkan membuang oksigen aktif sekali lagi dan menghalang pemusnahan sel dan penuaan.
- Vitamin C mempunyai kesan toning yang kuat.
Fungsi Klairs Freshly Juiced Vit Mask
- Menguatkan perlindungan kulit (sebab ada Vit E)
- Mengelakkan penuaan sel dengan mengekalkan membran sel dari peroxidation lipid
- Melembutkan kulit dan melegakan keradangan
- Melindungi kulit dari sinaran matahari
- Mengurangkan pigmentasi dengan menghalang pigmen melanin dari berpindah ke epidermis
- Membantu menstabilkan Vit C dengan meningkatkan kesannya bila di gunakan bersama dengan Vit C
- Dirumuskan dengan kepekatan 2% kerana ia akan menyebabkan pembakaran jika kepekatan yang tinggi
- Merawat jerawat yang di sebabkan oleh kulit berminyak
- Ramuan aktif yang ditetapkan dos bagi mengurangkan kedutan
- Menguatkan percambahan fibrolast dalam lapisan derma dan menggalakan kolagen sintesis
Tekstur yang sangat unik bagi aku kerana ia seperti pudding / kastard , bila gaul dan pecahkan kemudian tutup ia akan berubah ke asal seperti pudding .. hohoho nampak sedap je haha .. dengan intipati tekstur macam pudding ni ia akan lebih menyerap ke dalam kulit dan mengunci kelembapan sekurang-kurangnya 8 jam walaupun kulit korang sangat kering .. yeah i feel it !
Honest Review - Mula-mula rasa agak melekit tapi bila dah menyerap ke dalam kulit rasa melekit tu makin hilang dan memang terasa kelembapan muka aku , asyik nak sentuh muka je ! haha tabiat yang tak dapat di ubah , dan yeah tak rasa pedih , panas atau terengsa juga. Bau yang tak mengganggu dan rasa ringan di kulit muka .. recommended !
Cara guna , sapukan rata ke seluruh wajah apply sebagai pelembab muka , urut lembut dan biarkan ia menyerap ke dalam kulit .. boleh guna di siang hari untuk melindungi kulit dari UV dan gunakan di waktu malam bagi mengurangkan kedutan , lebih cerah , glowing dan lebih terhidrat .. so esok pagi muka korang nampak segar dan berseri ..
p/s : Oh ya one more thing , korang boleh DIY dengan mencampurkan mask ni dengan produk penjagaan kulit korang untuk kesan yang lebih baik
Boleh dapatkan di https://goo.gl/NmbG8B
3. By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum
Last step sebelum tidur , apply Vitamin C serum by Wishtrend .. kombinasi yang sangat berkesan bila di gunakan bersama Freshly Juiced Mask tadi , sebenarnya Wishtrend telah meningkatkan formula yang baru dari sebelum ni yang mana hanya 20% Vitamin tulen dan yang formula terbaru dengan peningkatan 21.5 % Vitamin Tulen .
Fungsi Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum
- Dengan formula baru , serum ni meningkatkan lebih kelembapan kepada kulit sambil memulihkan kulit
- Menyampaikan nutrien sepenuhnya keperluan kulit korang dan meningkatkan kesan vitamin
- Kandungan Asid Askorbart (Vit C) sangat bagus dalam penyembuhan luka so boleh membantu memudarkan parut dan memperbaiki tekstur kulit
- Mencerahkan , meremaja dan menyembuh kulit wajah yang sihat dan cantik
Tekstur sangat berair ..
Cara menggunakan nya , gunakan pada langkah terakhir untuk rutin skincare korang sama ada siang dan juga malam .. sapukan ke muka dan urut 2 - 3 kali sehingga ia benar-benar meresap lepas tu dah boleh tidoq !
Honest Review : Walaupun di tulis pada label ianya tidak melekit tapi untuk pertama kali aku cuba ia agak melekit tapi masih lagi selesa untuk di gunakan .. tunggu ia betul-betul meresap kemudian rasa makin selesa .. mula-mula guna terasa pedih sedikit dan ianya tindak balas normal kerana bila aku cuba ke dua kali dan seterusnya rasa pedih tu dah tak terasa ..
Do and Dont's
- Wajib simpan di dalam peti ais
- Jangan campurkan denga mana-mana bahan AHA / BHA supaya kulit korang tidak terbakar
- Jangan campurkan dengan Retinol / Benzoyl Peroksida kerana ia akan mengurangkan kesan Vitamin C .
Boleh dapat kan di https://goo.gl/J8xp88
SLEEP Zzzzzzz
- Mochi BB Cushion
Rutin malam korang dah selesai , bila bangun pagi-pagi haruslah wajah pun dah tak lesu , segar dan berseri jadi mekap korang pun akan lebih smooth dan mudah di oleh , haaa gitu .. Lagi senang dan mudah bila mekap dengan Mochi BB Cushion ni je .. Kalau korang nak tahu , produk ni paling terlaris setiap masa tau
Patut lah jadi best selling sebab ia memang tahan lama dan boleh melawan peluh hiyarkh hiyarkh nyah kau peluh , bayangkan muka korang berpeluh of course mencacatkan mekap kan .. Jadi dengan BB cushion ni korang tak perlu risau lagi tau lagi pun ia di reka bentuk sebagai sejenis balm dan bukan cecair so ia memberi kemasan yang sangat halus ~ selamat tinggal kulit kusam !
Tone dia nampak je gelap tapi sebenarnya lebih kepada natural - apricot beige tone yang mana membetulkan tone kulit yang tidak sekata dan hilangkan warna-warna yang membosankan ..
Best gila pakai Mochi BB Cushion ni sebab beri kesan glowing cenggitu , pakai nipis pun puas hati ~ |
Tq for reading ! Hope dapat membantu menyelesaikan masalah kulit korang .. more info
WEB : https://www.hermo.my/
oo kalau beli kt hermo.. tau dah mmg ori. ok terbaik.. 😍😍
BalasPadamLama dah tak jaga kulit muka...
BalasPadamPure Vitamin C 21.5 Advanced Serum tu kan menarik minat kakya nak try laa.. serum2 ni kan elok untuk kulit lebih anjal..
BalasPadamMochi bb cushion besttttt! Boleh tutup jerawat seketul
BalasPadamWahhh produk dari Korea, menarik ni!
BalasPadamComel lah bby cushion dia... lovee...
BalasPadamSerum tu kena letak peti sejuk mesti tiap kali guna sedap je sejuk kan..
BalasPadamAlahai comel packaging dia, dah tua2 ni bole look after for this kind of good thingy ni..
BalasPadamcomel jee packaging dia. bookmark. nanti dah habis boleh try yg ini pulak
BalasPadambtw, kak! jeles gambar lawa... hahaha
comelnya bb tu..ada set toner klairs nie dr althea mmg best guna
BalasPadambestnyaa, kakfiza suka bb cushion tu
BalasPadamcantiknya gambar produk.. camera baru..hehehee
BalasPadamBagusnya..produk dari Korea ek..best3..gambar pun cantik2 ekeke..camera baru gittewww
BalasPadamnampak flawless sangat2 aihhhh
BalasPadamSuka tengok bb cushion dia
BalasPadampaling berkenan kat BB cushion. comel sangat2
BalasPadamTak tau pulak ni dr korea. Packaging pun nampak best !
BalasPadamkoho comel la ummi rayyan ni eh bb cushion tu macam best je...loni malam2 tok dang la nok belek muka huhuuu tahu2 lena doh kikiki
BalasPadamX pernah shopping kat hermo lg hehe
BalasPadamJatuh hati laaa ngan Vitamin C Serum dia tuh!
BalasPadambanyak kelebihan Klairs ni..kena trylah beli & guna produk Klairs ni
BalasPadam