Assalamualaikum .. alhamdulillah :)
Alhamdulillah 24 Jan 2016-24 Jan 2018 .. hari ni genap lah umur Rayyan 2 tahun , alahai cepatnya membesar anak Umi ni .. so far Rayyan ni mudah jugak nak jaga dia cuma bab mengamuk , bersepah , nakal tu biasa lah kan budak-budak .. kadang-kadang ada ketika tahap kesabaran Umi level rendah jugak tambah-tambah bila tak sihat dan emosi always tak menentu .. marah ? pernah je marah dia bila buat sesuatu yang salah .. kalau tak marah manja lah pulak , ye dak ?
Perkembangan dia setakat ni okay cuma pertuturan masih lagi belum lancar .. tapi makin banyakk perkataan yang dia dah boleh sebut sebenarnya cuma agak malas .. kadang bila push sangat dia lari lah haha .. dan dia sangat faham apa yang aku cakap , alhamdulillah .. huh masih lagi nak ngempeng-ngempeng , masih lagi pakai pampers , haha aku malas lagi nak free kan dia dari semua tu sebab dalam umur 1-2 tahun biarlah dia still my baby , so sekarang 2 tahun dah boleh start ajar serius sikit .. kikiki lain orang lain cara kan makcik bawang
Jadi malam tadi ada sambut besday dia simple-simple je lagi pun Umi terasa nak makan kek haha so nampak tak di situ siapa yang nak kek sebenarnya .. Rayyan pun bukan makan sangat , main je lebih .. tq husband :)
Jadi ibu memang adakala sangat penat tapi nikmat bahagia itu lebih terasa , tq Allah hadirkan Rayyan dalam hidup kami berdua .. Panjangkanlah umur Rayyan , berikanlah dia kesihatan yang berpanjangan , akal yang cerdas , akhlak yang bagus dan lindungi lah Rayyan kemana pun dia berada dengan langkah kaki ke arah yang benar , mata yang selalu melihat yang baik , mulut yang berkata benda-benda baik , telinga yang mendengar kebaikan dan nasihat yang berguna , tangan yang selalu memberi dan tempatkanlah anakku Wan Muhammad Rayyan di syurga kelak .. ameen :)
Andai nanti Rayyan dewasa kelak dan bukak blog Umi , ketahuilah sayang Umi dan abah sangat menyayangi mu .. jaga Umi dan Abah di masa tua nanti , adik beradik (jika ada) haha .. jadi anak berguna bukan hanya untuk Umi dan Abah , bukan hanya di dunia tapi di akhirat juga .. mungkin Umi dan abah selalu marah Rayyan tapi itu adalah untuk kebaikan , marah bukan bermakna benci ... marah itu tanda sayang .. sebab Rayyan adalah kekuatan Umi , anak adalah sebab musabab tabahnya seorang ibu .. now i feel it :)
Makna kebahagiaan itu kadang-kadang bukan berapa banyak kita menerima tapi berapa banyak kita memberi , Umi harap nanti Rayyan dah faham apa erti kehidupan jangan berhenti membuat kebaikan , kerana bila kita baik Allah lagi sayang .. tak perlu menjadi yang terbaik tapi cukup menjadi orang yang baik-baik walau di mana pun berpijak :)
Ada saat kita terasa kesunyian , kesedihan .. tapi tiba-tiba Allah mengirim seseorang untuk merawat kedukaan yang selalu membuat kita tersenyum dengan karenah comel walaupun seringkali di duga dengan kesabaran yang sampai kini masih lagi dapat di tahan .. kerana apa ? kerana kiriman Allah itu sangat indah dan pada waktunya kita rasa kita berharga pada dia , perasaan itu sangat bahagia bila mana ternyata diri kita sangat bererti pada dia .. - ibu bapa dan anak adalah perasaan yang indah
Hati Berbicara :
Umi pun dah blank nak tulis apa haha , takde gambar abah sebab huh dia tamo pakai baju cishkek betul kan , takpe nanti kita sambut besday lagi sekali dengan abah .. tak aci lah bulan sama , Umi jugak jauh ke tengah sobsss ..
''sesedih-sedihnya kita akan ada yang lebih sedih melihat kita .. Tersenyumlah kerana Allah memberi rahmat dan nikmat dari arah dan cara yang berbeza dan kita pun takkan pernah menyangka .. love u Rayyan !!!!!
Selamat hari lahir Rayyan. Anty lya doakan Wan Muhammad Rayyan sihat selalu, sentiasa cergas diri dan cerdas akal, jadi anak soleh umi abah.. membesar sempurna jadi insan berjaya dunia akhirat. Aaamin aamin ..
BalasPadamTuuu Rayyan main2 kek je tu..Umi yang nak makan sangat tu sila makan sila makan hahahaha.
Happy BIrthday Rayyan... Be A Gud Boy okay...
BalasPadamhappy birthday rayyan
BalasPadamhappy birthday rayyan hensem! dah 2 tahun dah! semoga membesar dengan sihat yer
BalasPadamcute nya...happy birthday
BalasPadamHappy besday abg rayyan encem sayangggg...bakpo la ummi mu wat ayat tacing ni ,sebok sekok ibu baca ho hahaahhaa moga jadi anak soleh rayyan,ingat jasa ummi abah tau.
BalasPadamHappy birthday rayyan.
BalasPadamhappy birthday rayyan..semoga jadi budak yang baik
BalasPadamwahhhh..happy birthday rayyan...semoga menjadi anak yang soleh...hihihi
BalasPadamSanah Helwah Rayyan.. semoga menjadi anak yang soleh
BalasPadam