Assalamualaikum
Kadang-kadang ada yang salah faham bila kita menyuarakan hati , kita kata penat , mereka kata kita mengeluh .. kita kata geram dekat anak , mereka kata bersyukur lah ada anak sedangkan ramai yang meminta masih lagi tidak dapat .. haih salah kah kita menyuarakan hati ? sekadar berkata tanpa ada niat untuk mengeluh mahu pun tidak bersyukur .
Bila aku menjadi seorang ibu , selalu jugak aku meluahkan perasaan pada suami yang aku penat , kadang-kadang penat dengan dia haha , kadang - kadang penat dengan Rayyan , kadang-kadang penat jugak dengan diri sendiri , semua benda di dunia ni sangat memenatkan , lagi dewasa lagi banyak benda nak kena fikir , mula lah nak undur balik masa , tapi andainya masa dapat di undurkan mampu kah kau mengelak dari ujian ALLAH ? tidak bukan ~
Korang ~ andai ada yang menyuarakan hati dia , melepaskan segala perasaan dia bukan bererti dia mengeluh dan berputus asa , tapi adakalanya seseorang itu memerlukan hanya kata-kata semangat ,yang sudi mendengar luahan hati dia , yang setia mendengar setiap esak tangis nya dan pelukan yang hangat untuk menenteramkan dia bukan hanya tahu berkata ''jangan mengeluh'' kerana bukan tujuan dia untuk mengeluh atau tidak bersyukur .
Kerana manusia itu adakalanya bersifat lemah , sekuat-kuat manusia pasti ada hari yang selama ini kuat di depan manusia lain , akan rebah juga samaada di depan Tuhan dalam diam dan di depan manusia . Aku berkata penat dengan sesuatu keadaan bukan bermakna aku mengeluh dan tak bersyukur tapi aku hanya manusia yang lemah dan adakala tewas untuk mengawal semuanya
Aku rasa orang lain pun sama , cuma fahamilah sedetik sebelum bersuara .. kerana manusia sebegini lagi memenatkan dan merimaskan .. tak salah untuk jadi seorang yang positif di setiap detik , tapi sebelum berbicara fahami apa yang manusia lain bicarakan .. bukan tidak bersyukur jauh sekali untuk mengeluh tapi manusia tetap manusia , punya hati dan perasaan yang harus juga di luahkan :[)
Sebab tu orang kata , lebih baik berdiam diri daripada mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati ~ ye dak ? lebih-lebih lagi yang bercakap macam tiada hari esok .. :p
Tags:
Luahan hati
Betul tu.. ada kala berkata2 bukan merungut tetapi sekadar meluahkan perkara dan tak minta solusi pun, tetapi perlu melihat juga agar tak jadi beban kepada pendengarnya.
BalasPadamMama setuju kdg2 Kita just nak lepaskan Rasa Di Hati aje so moralnya kenalah dgr Rasa Hati org
BalasPadamseeloknya tempat yang terbaik untuk meluahkan masalah ialah allah.Insyallah.. hati semakin kuat dan tenang. Jiwa positif
BalasPadamBetul3.. setuju sangat dgn entri kali ni
BalasPadamindeed..so true.
BalasPadamSetuju tu, sekadar meluahkan isi hati tidak bererti kita tidak bersyukur
BalasPadamluahan kata tak menggambarkan kita seorang yang tak bersyukur, manusia punya hati dan perasaan. setiap apa yang kita luahkn, akan buatkan kita rasa lega
BalasPadamSaya setuju sekali dengan pepatah diatas,bermanfaat tuk kita orang.
BalasPadamWell, I believe that we need to air our frustrations once in a while. Kalau tidak, meletop lah. This doesn't mean mengeluh. It's just releasing some stress.
BalasPadamyes setuju
BalasPadamkadang2 bukan merungut cuma saja lepaskan apa yang bersarang di hati
kadang-kadang meluahkan apa yang terbuku dalam hati membuatkan kita rasa lagi lega & kurang stress..bukannya tak bersyukur..
BalasPadamKita hanya manusia biasa..tp sebaik2 tempat utk mengadu hanya pada Dia kan,..
BalasPadamGo Body Rafting
BalasPadamYa, sangat setuju, Pepatah di atas sangat bermamfaat..thank..
Ya, Sangat Setujau, Pepatah sangat bermamfaat
BalasPadamYa, Sangat setuju, Pepatah di atas sangat setuju.
BalasPadamTerimaksih< sangat bermamfaat
BalasPadam