Sambut Birthday di Restoran Cheese Banjir Desa Pandan , Cheras

Assalamualaikum .. 

Dah masuk Februari baru dapat mengupdate sambutan hari lahir untuk budak-budak Jan ni ha , untunglah ayah dan anak sama bulan , Umi kena cari gigirl lah ni untuk bulan Jun nanti haha . Alkisahnya sambut hari lahir husband , Rayyan dan www.yanty.my , alang-alang sama bulan sambil berjimba dengan diorang .. hurmm lama jugak la tak jumpa tu pun still tak cukup korum , kak Fiza sobsss nak jumpa Noah ! hehe 

Fikir punya fikir , mana nak sambut hari lahir depa ni , so terbayang-bayang Meatza dalam kepala hotak , akhirnya buat keputusan kita pegi Cheese Banjir meleleh-leleh gitu , geram je aku tengok makanan-makanan yang ada di Cheese Banjir ni hoi , cheese dia meleleh-leleh tu yang mengundang nafsu dan of course nak cuba Meatza ! Yeah tercapai tak makan meatza neh .. ?

Singgah Bakeri RAK di Bukit Beruntung sat untuk beli kek , eh sambut birthday memang kena ada kek ke ? haha sukahati :p
Gerak dari rumah lepas Zohor sebab paling jauh dari Cheese Banjir kena gerak awal haaa tapi orang jauh yang sampai dulu nih , eh nak kena babab nih :p.. Sambil-sambil tu tengok persekitaran kedai sangat santai dan relax , mula-mula masuk ada beberapa pelanggan tengah menjamu selera , tak lama tu eh makin ramai pulak yang datang , nasib baik dah reserve tempat awal-awal .. tq so much Abg Mamu tapi takde jodoh nak jumpa .. next time inshaaAllah :)




Kemudian sampai lah ahli-ahli mesyuarat tingkap haha , tq Kaksue , Abe Eddie , Ty , Fida , Abe Que dan Cikma sudi datang jugak walaupun sendiri bayar haha dapat banje kek je dan tq Kaksue sponsor Pavlova mix fruit dan Lemon , akhirnya yeahh menjadi jugak dan sedap sangat yang perisa Lemon sebab lain dari pavlova lain .. Sangat sesuai di gabungkan manis dan masam hohoho chaiyok2 kaksue  
Seriously sedap gila weh , kalau korang nak order boleh buat tempahan di whatsapp : 0179397536 , cod Putrajaya dan sekitar sahaja
Selamat hari lahir yang dah lepas buat husband , Rayyan dan Ty .. semoga kalian panjang umur , di perluaskan rezeki , di lindungi Allah selalu ... :) tq for everything selama kita bersama .. dah tua-tua ni jangan perasan muda lagi ahaks .. Rayyan takpe , dia je di benarkan muda :p


Lupa pulak minah ni tengah berdiet sakan dan join JK1M hahaha nasiblah sis kena bahan dengan kitorang , redha je lah yang pasti baguih dia ni tabahkan diri , jiwa kental menahan nafsu makan yang bergelora ahaks .. semoga cepat - cepat kurus lah ye , sebab saya nak tuntut janji kfry chicken nanti oikk

Acah-acah malu padahal bila nampak henfon lupa Umi terus , tq Rayyan kerana always behave .. good boy !



OMG tak dapat nak handel dua anak-anak ini kalian , macamana nak bagi adik kat Rayyan ni haha .. sian Humaira baru bagun tido so mood dia masih ke laut lagi
Haaa jeles letewww ~
Jadi anak yang berguna di dunia dan akhirat anakku , jangan lupakan pengorbanan orang tua Umi , ai is sebak sebab tak sangka akan melalui juga fasa keibu bapaan ni , yaAllah semoga kami dapat mendidik Rayyan dengan cara dan jalan yang betul , lindungilah Rayyan dari apapun musibah .. Umi dan Abah sayang Rayyan ketat-ketat tau !


Mana nak sambut birthday di area Cheras ? 

Korang kalau tak tahu mana nak sambut birthday , boleh je sambut di Restoran Cheese Banjir Desa Pandan Cheras ni , tempat pun relax dan santai .. makan pulak cheese tarik , meatza dan banyak lagi makanan best-best kat sini tau ~ yang pasti sangat sedap ! OH YE pada korang yang tak boleh lari dari nasi haha jangan risau ada asam pedas memang kaw betul wei , tapi kena tahan pedas lah kalau tak nangis huuuuu .. pedas yang sedap lah ~ tengoklah antara menu-menu yang kami makan , sowi aku dah lupa nama makanan-makanan ni semua ~

Sambil menunggu makanan tiba , korang di sediakan keropok moni.. sambil2 bermesyuarat tingkat tak sedor dah licin haaa






Asam pedas ni , satu mangkuk boleh kongsi dua orang sebenanrnya sebab portion dia besar dan banyak jugak weh , melainkan kau memang sejenis yang makan banyak hihi
 MEATZA di RESTORAN CHEESE BANJIR , SEDAP KE ???

Okay menu ni aku nak cuba sangat , nama pun agak unik dan menggiurkan .. aku order untuk personal (4slices) tapi boleh makan dalam 3 orang sebab Meatza ni tebal gila daging dia , memang mengenyangkan lah wei korang .. Sedap ke tak ? mestilah sedap sebab tu berbaloi datang sini .. Jangan lupa tau order dan cuba sendiri Meatza bila datang di Cheese Banjir Desa Pandan Cheras ni tau .. bawak family , anak bini semua pakat try rasa haa githewwww


Last but not least , marilah kita bergambar kenang-kenangan di sini sebagai satu memori agar nanti bila di hari tua kita dapat mengenang kembali waktu-waktu kita bersama .. tq korang :) just take care walau di mana pun korang berada .. love u guys , kak Fiza also , blogger friend yang dah lama bersemadi dalam hati ni .. kadang gaduh , kadang terasa hati , tapi tu biasa dalam persahabatan hope yang buruk-buruk kita lempar jauh .. sebab kenangan manis dah banyak kita ukir bersama .. :)
 


Kesian ~ terpinggir hahah


Paling lama tak jumpa Abe la kot .. nanti kitorang p sana , inshaaAllah kami melawat rumah baru abe haha jangan lupa air kosong je untuk Ty ok !



Alamat : Lot G10 , G ,Jalan 1/76 Desa Pandan , 55100 Kuala Lumpur 
Sebelah Shellout (waze je cheese banjir )
Waktu Perniagaan : 10.30 am - 10.30 pm setiap hari 

Parking : Boleh parking depan area kedai atau basement (sejam pertama percuma) kedua dan seterusnya RM1

14 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. tak tahu pulak pasal restoran cheese ni tapi terliur terus tengok gambar makanan semua :D

    BalasPadam
  2. memang best kan kat cheese banjir..tp pavlova sue tu menarik betul

    BalasPadam
  3. Sedapnyaa semua makanan tu..la Yanty tengah diet ke..patut la tgok ari tu sakan kena bahan...happy birthday Rayyan

    BalasPadam
  4. Happy birthday to the birthday boys. What a great celebration with the cheesey food!

    BalasPadam
  5. Happy birthday to little cute boy. That restaurant has a delicious and tempting cheesy foods.

    BalasPadam
  6. Bestnya tgk semua foods tue... selera menengoknya.. tp liez jarang nak g mkn area pandan tu... padahal byk makanan sedap kat sana...nak kena ajak hubby gak

    BalasPadam
  7. Tak pernah dengar restoran ni. Food selection nampak sedap. Great celebration with awesome company!

    BalasPadam
  8. Happy birthday to the little one. I love to see all the food there and for sure I will go there indulge all those delicious food....

    Racheal

    BalasPadam
  9. Macam menarik pula makanan-makanan nie. Alamak. Macam mengidam plak. Haha. Serious nampak lazat.
    Happy Birthday cute boy!

    BalasPadam
  10. Sedapnya makanan tu...Hepi birthday Boy!

    BalasPadam
  11. Happy Birthday to your cute son! The food serving is huge and delicious =) I pun nak celebrate birthday kat sini lah =P

    BalasPadam
  12. Sonoknya rayyan sambut beday ngan anty2 angka2 hehehe ... semua makanan namoak sodapppp tuuu

    BalasPadam
  13. Dekat dah dengan rumah..tunggu ade rezeki la dpt dtg sini

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama