Summer & Peach | Bralette Berjenama dari Seluruh Dunia

Holla  girls ! Jom gossip-gossip tentang kecantikan dalaman hari ni haaa , hari tu ada buat sedikit survey di facebook untuk mengetahui sejauh mana kaum hawa ni tahu jenis-jenis pakaian dalam yang mereka sendiri pakai , so kebanyakannya tak semua tahu bra ni banyak jenis dan fungsi , termasuk qaseh sendiri haha .. Selama ni qaseh fikir , bra ni semua sama sehinggalah ada anak ni baru tahu kewujudan ''bf bra'' dan yang paling loser adalah bra jenis bralette , wow apakah itu bralette girls ?

Tapi bila lelaki komen bra pun ada boyfriend ~ haha so funnieh men !  ''bf'' stand for breastfeeding bra okay , tapi qaseh tahu lelaki tu pura-pura naif , coz uols know lelaki lagi power bab ni right ? ha ha ha



Apa itu ''Bralette'' ?

Bralette ni dalam kategori  bra yang jenis tiada kawat / wire dan padding yang tidak terlalu tebal dan juga tiada padding , kualiti bralette ni pun di buat dari bahan yang lembut , lace , jaring dan sebagainya ..Ianya juga adalah fashionable innerwear yang lebih classy dan banyak design yang menarik dan lebih sexy . Bagi budaya barat , bralette ni jadi sebahagian dari fesyen mereka cuma untuk malay people ada batasan juga dalam berfesyen , tunjuk kat suami je tau :p

Tapi kadang-kadang tak tahu nak dapatkan di mana kan ? So hari ni qaseh nak share tentang satu website online yang menjual bralette yang sangat cantik dengan design mewah dari pelusuk dunia , kat sini korang boleh dapatkan pelbagai pilihan bralette dan of course lah qaseh pun dapatkan juga untuk diri sendiri di www.summerandpeach.com


Summer & Peach merupakan kedai online pertama di Malaysia yang menjual bralette yang berjenama dari seluruh dunia . Summer & Peach membawa jenama mewah dari New York , Italy , Eropah dan lain-lain , dan setiap design yang di berikan adalah ''homemade'' yang berkualiti tinggi ,so mereka memfokuskan bralette yang tidak mempunyai wayar tapi memeluk lengkungan semulajadi kaum hawa dengan selesa
Korang boleh pilih pelbagai design bralette sama ada yang padded/unpadded , konfirm jatuh cinta , selain tu terdapat juga bralette untuk ibu mengandung , aksesori bra , panty liner , premium sanitary pad , pms starter kit dan banyak lagi di www.summerandpeach.com , check it out ok !
  Sebab rambang mata rasa macam nak beli semua , akhirnya qaseh memilih Luna Padded handmade with 💓 by Lilly Daes , dan di padankan dengan Stardust Panty .OMG so sexy :p

 
Design cantik sangat , tetiba rasa sayang pulak nak pakai heheh , okay rasanya tak salah kot qaseh nak share dengan korang semua betapa selesanya memakai Luna Padded Bralette ni . Bila mencuba bralette ni memang berbeza sangat dengan bra jenis lain yang qaseh selalu pakai untuk harian lebih-lebih lagi push up bra , sebab push up bra dengan kata mudahnya ''span je lebih'' so fake dan sangat tak selesa sebab ia menolak breast untuk up , mendada sangat uols , tapi bralette ni akan buatkan kita jadi diri sendiri , pakai sesuatu yang mengikut ukuran natural apa yang kita miliki ..


Di bahagian belakang , ada satu cangkuk je but dont worry because  bralette ni sangat  elastik so ia tetap mengikut lengkungan breast kita walaupun tiada wire untuk memberi sokongan . Satu lagi kan bila pakai bralette ni rasa macam lebih perempuan je hahaha (sebab bila pakai bf bra macam mak-mak)  , terasa aura lembut seorang wanita , yakin , selesa , jadi diri sendiri , konfiden dan of course nampak lebih seksi tapi still lah rasa malu nak pakai depan husband kahkah what the heck kan ! *okay , abaikan  *


Stardust panty - bila dah pakai bralette mesti lah nak juga match-match gitu kan haa , comel je .. so korang boleh juga beli satu set terus , lagi jimat dan berbaloi . Tak sesuai lah uols dah pakai bralette takkan tak nak matching dengan panty berlace jugak kan , this one also super comfortable dan cantik design nya ! Okay mungkin ada yang tertanya , tak gatal ke sebab kain lace ? serius tak rasa gatal langsung sebab lace ni berkualiti kainnya ye sayang-sayang

Jika korang fikir cili itu sangat HOT , bralette ni MORE HOT tau .. 

Secara ringkasnya banyak kelebihan bralette ni yang korang kena tahu  :
  • Selesa - bra yang tidak ada cup dan wire sangat selesa sebab ia tidak menyakitkan dan terasa ketat , so breast lebih mudah bernafas dan bebas bergerak tanpa rasa tertekan
  • Trendy - untuk yang berani , boleh di gayakan bersama kemeja nipis , atau blazer sebagai fashion
  • Tidak Panas - Bila berada di luar dan berpeluh kadang-kadang sangat tidak selesa kan , then mula la rasa rimas , dengan cuaca yang panas , bralette tidak membuatkan korang berpeluh
  • Sesuai untuk menyusu - walaupun bralette ni bukan bf bra , tapi senang untuk menyusu sebab tiada cup / wire , dengan kata lain mudah nak selak

Selain dari bralette , Summer&peach juga terdapat maternity bra , shorts , croptops , panties , loungewear dan juga aksesori - bra , sanitary pad , panty liner dan banyak lagi lah . Korang usha sendiri okay , tapi qaseh tertarik dengan PMS starter kit sebab complete satu set lengkap dan sangat-sangat penting bila datang period

Lilly Daes ❤️ PMS Starter Kit 


PMS starter kit ni selain untuk kegunaan sendiri , rasanya sangat-sangat sesuai untuk di jadikan hadiah kepada kawan perempuan / bff korang sebab memang setiap perempuan akan mengalami period kan , so hadiah sebegini pun mampu membuat kawan korang rasa terharu dan lebih di sayangi .. thanx to me later sebab bagi idea bijak ni kan haaa why not haaaa 


Apa yang terkandung dalam PMS starter kit ni ?

💛 1 x PMS Leakproof Basic Panties 3-Packs (Boleh pilih saiz sendiri )

💛 1 x Beboldz 1-Month Premium Sanitary Pads

💛 1 x Beboldz Premium Panty Liners

💛 1 x Happy Tummy Warm Pouch

 PMS Leakproof Basic Panties 3-Packs


Istimewanya leakproof panties ni , korang dah boleh ucap selamat tinggal kepada kebocoran bila period dan juga lepas bersalin , sebab seluar dalam ni mempunyai lapisan kalis air dari depan , belakang hingga ke pinggang ,so bila bocor lapisan tu menyerap . Kadang-kadang hari pertama dan kedua memang sangat banyak pengeluaran yang berlaku right , kita pun tak terjangka kebocoran akan berlaku jadi seluar dalam ni akan menyelamatkan kita semua yeahh ! Kualiti kain pun sangat best yang bersifat hypoallergenic yang mana akan membuat kan kita selesa , kering dan sejuk sepanjang hari ~ 

Beboldz 1-Month Premium Sanitary Pads

 
Tertarik sangat dengan Beboldz Premium sanitary pads ni , sebab ia di rumus khas di Korea dengan teknologi dan kualiti yang tinggi , Be Bolds mempunyai jalur anti bakteria yang biasanya memang kita tidak akan jumpa di mana-mana kedai , dengan segala ciri-ciri premium yang ada pada pad ni terasa di jaga dan dilindungi sepenuhnya di waktu period so korang jangan risau masalah kebocoran , gatal , ketidakselesaan dan jangkitan bakteria dapat di atasi ~

 Kelebihan Be Boldz Premium Sanitary Pad 
  • Anti bakteria dengan 7 lapisan perlindungan 
  • Bebas dari fragrance & bleach 
  • Teknologi Anti-Leak untuk penjagaan di waktu malam 
  • 5x penyerapan untuk kesegaran sepanjang PMS
  • Kualiti bahan dari kapas yang berpremium 
Beboldz Premium Panty Liners


Selain dari sanitary pad , Be Boldz juga tersedia dengan panty liner , sangat memerlukan juga bagi wanita yang mana bermasalah dalam keputihan , seeloknya cari lah panty liner yang sesuai supaya tidak timbul masalah lain , Be Boldz Panty Liner juga banyak kelebihan untuk kita

5 Kelebihan Panty Liner Be Bolds 

  • 5 lapisan perlindungan ultra 
  • Anti bakteria dan menghilangkan bau 
  • Anti keradangan & bleach free
  • 5x penyerapan untuk kesegaran 
  • Material dari bahan kapas yang berpremium tinggi 


Happy Tummy Warm Pouch

Qaseh bukan dalam kategori hardcore period pain tapi dalam waktu period ni memang sangat memerlukan air suam , ais takkan minum sebab ia memang akan menyebabkan kesakitan ! Bila tengok Happy Tummy Warm Pouch ni , terus terjerit dalam hati , aaaa i really need this ! First impression sebab ia warna pink dan comel haha tapi serious korang wajib ada nidi waktu PMS , ia lebih kurang macam tungku tapi mudah di bawa dan di gunakan

Caranya mudah sangat , hanya masukkan air suam dalam ni , ia boleh bertahan selama 1 jam .

So girls , jom ubah apa yang biasa kita pakai dengan sesuatu yang lebih menyelesakan , lebih-lebih lagi bila berada di rumah , kita bebas memakai apa sahaja kan  tapi dalam masa yang sama ia akan membuatkan kita lebih cantik dan menghargai diri sendiri .. Orang kata kat rumah kena cantik-cantik nak pikat suami , qaseh rasa dengan bralette ni korang akan jadi perempuan yang tercantik untuk suami korang.. auchh so sweet !

TQ so much Summer&Peach kerana membuat sesuatu untuk kami wanita , terasa lebih di hargai
''For Women , By Women With 💗

More info :
Website : www.summerandpeach.com
Facebook : www.facebook.com/summerandpeach/
Instagram : www.instagram.com/summerandpeach/

30 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Bra ada boyfriend tu kelakar.. hahaha.. btw bralette comel-comel cuma ada orang tak gemar lace bagai ni.

    BalasPadam
  2. Wahhhhhh bestnyaaaaaa .. nak kena beli jugak ni

    BalasPadam
  3. lain dr lain ni.. lengkap sangat sangat.Memang special betul lah. Warna pun menarik tu biru.

    BalasPadam
  4. Fuyoo mengancam sangat ni hahaha.. bak satu kikiki

    BalasPadam
  5. masyarakat kita masih taboo dengan bra dan panty di bincangkan secara umum tapi sebenarnya pemilihan bra penting sangat dari segi kesihatan,bra yang tak sesuai juga tak elok sebenanrnya dan menyakitkan tubuh badan ada juga yang kata yang bra tak sesuai boleh sebab kan kanser payudara.

    BalasPadam
  6. Wahhhh cantik n sexy nya bra tuuuuu

    BalasPadam
  7. Cantik yer... Mcm nak beli lak.. 😁 Hihihi

    BalasPadam
  8. wow ! bagus ni. selama ni main pakai apa jee kan. janji selesa

    BalasPadam
  9. bra nisedap pakai. spender pun hehehe

    BalasPadam
  10. Cantik design bra dia, nampak selesa!

    BalasPadam
  11. comel gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.. nak juga semua diatas

    BalasPadam
  12. Sexy weii bra tu, cantik design. Boleh pakai utk somi..hahaha.

    Spender tu pertama kali tengon ada kalis air..best2

    BalasPadam
  13. Gosh, this is so amazing! Would like to give it a try! Thank you for sharing this sis! =)

    BalasPadam
  14. wahhhhh sexy sangat tu. dapat warna merah lagi auuummmmm ihihihhi

    BalasPadam
  15. Wahh serius cantik bra nya.. Suka tgk warna dark blue tu..

    BalasPadam
  16. What such a good knowledge to get to know. But I never know if its gonna be comfort to wear this on.

    BalasPadam
  17. Ouchhh,
    cantik la design dia qaseh, sexyyyyy

    BalasPadam
  18. waaaa.... nak beli la satu bralette, tak pernah ada, so wajib la try kan..

    BalasPadam
  19. Menarik la..kalai ada rezeki nak jugak try

    BalasPadam
  20. Menarik la..kalai ada rezeki nak jugak try

    BalasPadam
  21. Semua menarik..ada rezeki k.sal nak try jugak sebab nampak berbaloi bralette ni

    BalasPadam
  22. Boleh beli online tu best! Kadang2 rasa segan juga nak telek2 bra n panties kat supermarket ni.

    BalasPadam
  23. Macam best ja bralette ni...cantik pun cantik. Boleh cuba ni.

    BalasPadam
  24. nampak macam material dia jenis lembut dan selesa.. yang penting boleh bernafas.. hahaha

    BalasPadam
  25. tengok gambar sambil lalu je hahah

    BalasPadam
  26. I think this is just bra and not bralette. Anyway like lace but don't like that we can see the trace on t-shirt.

    BalasPadam
  27. cantiknya hakak <3 lace2 tu comey btoi ^^

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama