Assalamualaikum korang ..
Hari ni qaseh nak kongsi cerita tentang syampu baru yang qaseh telah cuba , kebiasaannya bila nak merawat rambut yang berkelemumur , berkeruping dan gatal ni kebanyakan syampu agak berbau ubat atau herba , bab bau ni sebolehnya qaseh kurang gemar yang terlalu menusuk hidung , kalau boleh nak yang wangi-wangi je macam bauan buah-buahan , siapa macam qaseh kita geng ! Bukan apa bila bau rambut busuk mempengaruhi mood den juga , nanti suami pun komplen kenapa bau pelik semacam hahah
Haaa jika korang pun tercari-cari syampu yang dapat merawat masalah rambut dan juga mempunyai bauan yang sangat menyegarkan , syampu baru dari CLEAR akan menjadi kesayangan korang iaitu Clear Superfresh Apple yang akan menutrisi kulit kepala korang untuk perlindungan kelemumur terus menerus dan memberikan kesegaran dan haruman epal 24 jam
Kulit kepala yang berkeruping, gatal serta berkelemumur bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan malah membuatkan seseorang turut berasa malu. CLEAR memahami bagaimana ia boleh menyebabkan sesiapa sahaja yang mengalaminya hilang keyakinan, perasaan yang sama turut dialami oleh hijabista yang sentiasa berdepan dengan masalah kulit kepala serta rambut akibat cuaca panas sepanjang tahun di Malaysia.
Hijabista yang memakai hijab tebal dan tidak telap udara untuk jangka masa panjang lebih cenderung dalam mengalami masalah kulit kepala seperti kulit kepala berminyak, kulit kepala gatal dan juga kelemumur. Para wanita haruslah memberi lebih perhatian untuk memastikan rambut serta kulit kepala kekal segar dan sihat, kerana rambut yang sihat boleh meningkatkan keyakinan seseorang wanita.
SYAMPU CLEAR SUPERFRESH APPLE BAHARU
Memperkenalkan CLEAR Superfresh Apple yang baharu, syampu anti-kelemumur baharu yang diformulasi dengan teknologi Nutrium 10 dan wangian epal segar. Nutrium 10 CLEAR mengandungi pelbagai ramuan nutrien, vitamin dan mineral yang menutrisi kulit kepala untuk perlindungan daripada kelemumur terus-menerus, dan menghalang kemunculan semula kelemumur. Superfresh Apple turut menjadikan rambut wanita kekal segar dan harum berkekalan dengan wangian epal segar sehingga 24 jam.
Pengurus Pemasaran Total Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Phoenix Ho berkata, “Sebagai salah satu peneraju dalam bidang penjagaan kulit kepala, CLEAR memberikan penyelesaian untuk penjagaan rambut dan kulit kepala yang bukan sahaja menangani simptom-simptom kelemumur; tetapi turut menutrisi kulit kepala dan rambut dari akar hingga ke hujungnya, serta menghilangkan kelemumur. Di CLEAR, kami memahami bahawa setiap individu memerlukan penjagaan kulit kepala yang berbeza, maka dengan itu kami telah menghasilkan formulasi-formulasi untuk memenuhi keperluan rambut dan kulit kepala yang berbeza. Superfresh Apple yang baharu telah diformulasi untuk para wanita, terutamanya hijabista, untuk melegakan kegatalan#, menghilangkan sebum berlebihan dan keruping* kulit kepala sambil memberikan mereka kesegaran dan haruman wangian segar epal yang berkekalan, dan keyakinan baharu mereka.”
SANGAT SESUAI UNTUK HIJABISTA
Kelemumur bukan sahaja boleh menjejaskan keyakinan wanita yang tidak berhijab, tetapi ia turut memberi kesan terhadap hijabista. Kami mahu pengguna berasa yakin dan cantik tidak kira di mana sahaja, kerana kulit kepala yang sihat dan rambut yang segar boleh menjadikan mereka lebih ceria dan bertambah yakin. Para wanita, terutamanya hijabista haruslah mengguna syampu penjagaan kulit kepala yang baik supaya mereka kekal kelihatan anggun bergaya sepanjang hari, terutamanya dalam keadaan cuaca panas yang biasa kita hadapi.
Diformulasi khas untuk memenuhi keperluan hijabista, CLEAR menawarkan penyelesaian untuk penjagaan kulit kepala serta kesegaran 3 kali ganda
- Tanpa kelemumur
- Tanpa minyak
- Tanpa kegatalan
- Wangian epal segar yang berkekalan.
HARGA SYAMPU CLEAR SUPERFRESH APPLE
Sebotol CLEAR Superfresh 340ml dijual pada harga RM19.50 dan varian terbaharu ini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, farmasi utama, dan pengedar sah di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Facebook : https://www.facebook.com/ClearMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/clearmalaysia/
mmg tgh cr syampu. nk cuba tgk..
BalasPadamsalam qaseh =)
BalasPadamwah apple..suka bau ni..
mesti best guna
Nak satu hahaha...mesti wangi kuoit kepala ngan bau2 epal ni kan .. hijau tu kakya suka ...nnt nak beli gak laaa yang gini. Botol dia pon menarik sebab ada buah epal hijau nampak lagi fresh hahaha..hijauuuuu
BalasPadamterbaek.. mesti wangi ni.. :)
BalasPadamJemput join segmen ejulz :)
http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html
kita nampak rayyan je kat belakang tu..hahahahah
BalasPadamkakfiza pun sukaa shampoo ni bau epal
BalasPadambau dia sedap tak ?
BalasPadam