Assalamualaikum ,
Holla semua , amacam Ramadhan korang tahun ni ? Makin cerdas atau masih lagi lemah .. hehe kalau budak-budak tu boleh lah puasa yang yok kan , bagi aku Ramadhan kali ni terasa sangat- sangat cepat , hurmm rasa macam baru sangat lagi masuk bulan Ramadhan tapi pejam celik pejam celik Allahu lagi seminggu dah Ramadhan bakal meninggalkan kita . Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelum-sebelumnya
Hari ni sebelum kita meninggalkan bulan Ramadhan , aku nak kongsikan tips - tips di waktu bersahur , bagi aku seorang mak-mak yang masih punya anak yang kecil ni tak menjadi masalah untuk makan apa sahaja di waktu sahur sebab yang berpuasa dalam rumah hanya aku dan suami . Style aku dan suami pulak jenis nak makan yang simple-simple je cuma dalam waktu yang sama ia mengenyangkan dan kekal bertenaga di siang hari walaupun melakukan rutin harian .
Tips Untuk Kekal Bertenaga dan Berkhasiat di Waktu Sahur
- Makan Makanan Berprotein Tinggi
Kenapa protein tinggi sangat penting dalam pemakanan kita lebih-lebih lagi untuk mengelakkan kita dari rasa lapar , kerana ia lebih mengenyangkan .. Jadi korang boleh masak berasaskan ikan ataupun daging
- Elakkan minuman berkafein dan juga gas
Minuman berkafein membuatkan korang selalu terasa hendak membuang air kecil , dari situ korang akan kehilangan air atau dehidrasi
- Makan Sayuran
Makanan yang tinggi serat akan mengurangkan nafsu makan dan membuat korang lebih cepat kenyang , makanan yang berserat mempunyai kepadatan energi yang rendah
- Minum susu dan kurma
Kadang-kadang aku terlambat bangun untuk menyediakan juadah bersahur , tapi sangat cukup dengan mengambil susu yang di blend dengan kurma , seriously tak rasa lapar di siang hari , korang patut cuba
- Wajib sahur dengan OAT
Kajian mengatakan bila kita mengambil makanan yang kurang energi ia akan menyebabkan kita kenyang dan tahan lapar , kerana makanan yang mempunyai energi yang rendah bermakna ia mempunyai sejumlah kecil kalori , pilihan terbaik aku adalah dengan menyediakan Oat , untuk pengetahuan korang Oat sangat bagus untuk di ambil di waktu sahur kerana ia mengenyangkan dan memberi lebih tenaga
Quaker Oats, Jenama Oat No 1 di dunia memang membantu memberikan penyelesaian terbaik menerusi satu hidangan oat berjumlah 40g yang mampu membantu mengurangkan rasa lapar sehingga 4 jam!
Oat adalah sajian yang mengenyangkan kerana mengandungi 9.4g seratdalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum2. Kandungan khasiatnya yang tinggi menjadikan ia lambat dicerna serta dapat membekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah.3Oat dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan. Quaker Oats mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.
"Di Quaker, kami percaya yang ‘Hari HebatBermula dengan Quaker’ kerana sarapan adalah waktu makan yang paling penting,” kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik. “Lebih-lebih lagi apabila tibanya bulan Ramadan, ramai orang sukar untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat kerana perlu mengejar masa untuk bersahur kemudian bergegas ke sekolah atau ke pejabat. Ramadan ini, nikmatilah Quaker Oats yang dapat membantu membekalkan tenaga serta cubalah resipi-resipi sahur yang berkhasiat serta hidangan Raya oleh chef selebriti Malaysia, Anis Nabilah.”
RESEPI OVERNIGHT OAT
Ni resepi paling mudah yang korang boleh cuba untuk juadah di waktu sahur , seriously sangat sedap dan mudah , hanya menggunakan buah - buahan kegemaran korang tau
Bahan-bahan
- Oat (aku guna instant Quaker Oat
- Yogurt
- Madu
- Susu Low Fat
- Buah-buahan (aku guna buah kiwi dan buah naga )
- Bekas comel-comel
Cara - Cara
- Masukkan Oat di dalam bekas / cawan
- Masukkan yogurt , sukatan dia ikut korang lah haha sebab aku letak ikut suka je :p
- Masukkan madu , if nak lebih manis letak banyak sikit
- Kemudian masukkan susu
- Next step , korang kacau semua sehingga sebati
- Lastly masukkan buah kegemaran korang dan simpan di dalam peti sejuk semalaman , yeahhh sahur dah boleh terus ngap je , sedap !!!
Tadaaaaa , nanti nak cari banyak lagi buah-buahan , letak banyak-banyak lagi sedap tau korang . Ada sesetengah resepi letak sedikit serbuk kulit kayu manis , untuk resepi-resepi oat korang boleh tengok kat sini , macam-macam rupanya boleh di buat dari Oat ni seperti cookies , bubur lambuk , haaa banyak lagi mengikut kreativiti korang sendiri pun boleh ----> Buku Resepi Quaker Oat
Jom Bersama Chef Anis Nabilah !
Peminat boleh memenangi pas untuk sesi istimewa bersama chef selebritiAnis Nabilah dengan menyertai ‘Peraduan Resipi Oatsome bersama Quaker’! Mereka hanya perlu membeli satupek Quaker Multigrain Cereal 400g, ‘like’ laman Facebook Quaker Malaysia, dan tuliskan komen mengapa Quaker Multigrain Cereal adalah bahan paling serasi dalam resipi biskut. Seramai 15 pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai bengkel masakan eksklusif dan Majlis Jamuan Teh bersama chef selebritiAnis Nabilah. 150 pemenang sagu hati pula akan menerima produk Quaker Oats bernilai RM50!
Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oat serta promosi, acara dan resipi Ramadan/Rayaterkini, layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my
Banyak kebaikan oat ni kan. Boleh dipelbagaikan resepinya.
BalasPadamBanyak kebaikan oat ni kan. Boleh dipelbagaikan resepinya.
BalasPadamcawan tu cantik.. nnt nk try tgok boleh hadam tak tekak ni
BalasPadammemang banyak kebaikan oat nie... nampak sedap !!
BalasPadamterbaek.. nampak sedap :)
BalasPadamsalam sis qaseh..
BalasPadambestnyer..nampk sedap tu
Raya raya raya...dah seminggu lebih bulan Syawal. Cepatnya masa berlalu. Orang nak diet pun bagus makan oat.
BalasPadamGambar raya mane.. Hahaha.. Ckp org, sha sendiri pun x update.. 😄
BalasPadamOat bagus membantu penurunan kolestrol, akak dah amalkan sepanjang ramadan lepas.
BalasPadam