Fuhh ! Jungle Trail Yang Mencabar di Cyberview Resort & Spa - Day 2

Assalamualaikum 

Sambungan dari part 1 , hari ke dua iaitu hari last di Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya , bila hari last ni tetiba rasa sedih sebab sebenarnya bukan senang nak gather ramai-ramai dengan kawan-kawan yang dah kenal lama ni , ni pun tak cukup korum tapi takpelah ada hikmah semuanya haaa tiber haha , so hari ke dua lagi banyak aktiviti-aktiviti mencabar iaitu meredah hutan yang kitorang pergi waktu night walk . Bila siang baru nampak keadaan sekeliling ~ 

Sarjan dah pesan awal-awal untuk berkumpul jam 7am,tapi pagi tu tetiba aku sakit perut haha so agak lambat dan semua kena denda weh , kena pumping lepastu lari seround dengan kiraan yang agak laju , tapi jadi dua round sebab tinggalkan behoq kat belakang haha ape ni ! Kelaut pulak team spirit . Then aktiviti di teruskan dengan senaman , beberapa aktiviti dan latihan memanaskan badan sebelum masuk ke dalam hutan 


Eh korang dah kenal belum MILA ? Dah banyak bagi hint tau , so game pertama ni memang dapat tebus kesilapan lalu dengan memenangi game masukkan bola dalam baldi sambil tutup mata , yeahhh Buddies Team menang , tq Min kerana mengharumkan nama team kahkah drama sangat , so X-Team kena angkut MILA ke dalam hutan boooooo ~ 



Latihan Sebelum Jungle Trail
Next kami ada buat latihan-latihan yang perlu di harungi bila masuk hutan nanti , kena praktik dulu kot nanti tak tau cara yang betul pulak , silap langkah boleh cedera oik , so far aku tak lepas bila naik atas tali tu sebab salah step , apa lagi gedebuk jatuh hahaha . Kemudian Sarjan Idris ajar step yang sebetulnya , so jom tengok latihan-latihan yang kitorang buat 

First latihan kena berjalan dari tayar ke tayar ni , aku tak tahu apa nama sebenarnya latihan ni heheh tapi kaedahnya macam tu lah , nampak senang tapi kalau tak boleh buat jangan paksa diri sebab ia boleh buat kan kita tersalah urat haaa habis la , percubaan demi percubaan aku berjaya jugak harungi nya acewah . 


Yang buatkan ia agak susah sebab benda ni kan bergerak-gerak , then nak melangkah tu tayar dah jadi tak tentu arah , gelabah pasai apa tak tau haha , tapi kalau yang sejenis kaki panjang tu senang lah kot .

Yang ke dua , latihan berjalan atas tali . Latihan ni lah yang buat aku jatuh gedebuk wei ! Nasib baik lah tak sakit sangat , lebih kepada perasaan geram je hahah , kuang hajo tali ni kan taknak beri kerjasama , dush ! Rupanya aku yang salah step :p


 Awal-awal pegang tali pun dah tak betul . Dah jatuh di timpat tangga , tapi seorang qaseh mana nak mengalah kita cuba lagi ! Dan akhirnya berjaya jugak . 

Ini step yang sebetulnya ya anak-anak sekalian ~ Tali tu kena pegang biar ke arah depan , jika tarik tali tu ke belakang tak dapat lah nak berjalan dengan elok dan jadi lah seperti nangka busuk like me ! :( 

Kemudian kitorang buat latihan as a team pulak , kena angkut si gemok ni melalui tayar . Berapa la berat Ujang ni , nasib tak terberak je angkat dia , banyak dosa ni hahahaha , tapi berjaya jugak sebab bekerjasama gituh .

tiber terlebih rajin hahah 

Kemudian diteruskan dengan berjalan atas tali macam tadi tapi kali ni tali tu di pegang oleh diorang , dan aku kena meniti atas tali tu tanpa cecah rumput . Nasib baik daku ni kurus je so diorang boleh bertahan dengan powernye hihi best pulak jalan macam ni , macam princess gitu hahaha pun boleh. 

Nampak muka-muka struggle di situ . 

And the last one sebelum memulakan perjalanan panjang ke dalam hutan , semua kena panjat dinding ni ke sebelah sana. Masa ni MILA memainkan peranan penting , tq MILA , yang paling susah adalah orang terakhir lah sebab takde sokongan untuk naik , haa kena lompat dan strugle sikit untuk bertahan , dua orang plak memainkan peranan untuk angkat naik ke atas wehuuu ! DONE ! Akhirnya tiba untuk Jungle Trail. 


 Jungle Trail di Cyberview Resort & Spa 

Rupanya luas jugak hutan yang ada di sekeliling resort ni , sebelum masuk hutan Sarjan ada bagi cream untuk mengelakkan di gigit nyamuk , sebab sumpah nyamuk banyak gila . Perjalanan tu memang di iringi oleh nyamuk lah tapi tak kena gigit pun sebab dah sapu cream awal-awal , dan setiap team di beri satu tali. Pentingnya tali ni korang kena baca sampai habis . X-Team jalan dulu baru kitorang geng Buddies gerak 

Tali ni memang sangat penting sebab banyak laluan cerun dan tinggi , mengelakkan dari jatuh , tali ni lah penyelamatnya 

Jungle trail di sini mengambil masa kira-kira dalam 1 jam 45 minit jugak lah , lebih kurang dalam 2.8km , jauh ke ? Dekat je kan ~ So meh la tengok liku-liku perjalanan kami , alhamdulillah dalam hutan ni memang takde pacat , yang banyak adalah ayam hutan . Patut lah kami kena buat latihan tadi sebab memang ada dalam perjalanan kitorang , kira dah power r so kacang gitu , acewah ! 

Biar gambar yang berbicara ... Ni semua antara halangan-halangan yang kami dapat tempuh dengan jayanya. Yeah we did it ! Enjoy sangat walaupun jauh dan penat tapi still okay lagi .

Baru nampak tali yang menjadi petunjuk untuk night walk , laluan yang sama pada awalnya dan lagi jauh , sebab night walk 140 meter je 

Keadaan dalam hutan yang penuh liku , ada port-port licin dan curam , nampak senang tapi always kena waspada supaya tak tercedera 

Halangan pertama , kena mengharungi jalan yang di block oleh tali-tali ni . 

Selfie manjang ek , haha tapi dengan gambar lah kami menyimpa segala memori , kalau boleh setiap saat nak rakam tapi jalan kene guna dua tangan dan fokus. 

Lepas tu jumpa halangan ni , kena merangkak bawah kawat . Kalau sayang bontot anda jangan angkat tinggi-tinggi :p 

Halangan ni kena kepakkan tangan sikit dan lari dalam tayar ni , kalau berjalan lambat naw hehe tapi jangan over confident nanti gedebuk jatuh kikiki

Acah-acah sangat abg lan ni haha 

Teringat balik latihan tadi , step dia tali kena ke hadapan . Taknak jatuh lagi ! Kalau jatuh dalam ni memang sakit ohhh longkang dan ada batu - batu semua . Semua team okay dan berjaya harungi dengan tenang

Selain dari jalan hutan , ada juga jalan cerun berbatu macam ni . Kena jaga kaki supaya tak tersalah langkah

Halangan ni ramai jugak tak lepas . Haha so masuklah korang ke dalam air ye , aku lepas jeee , eh eksen sikit :p 

Di pertengahan jalan , berehat sebentar . Memang agak dahaga dan lupa nak bawak air , rupanya kat sini staff dah sediakan air mineral hehe apa lagi , moh la kita minum , lepak jap and sapkok luuuu haha dan perjalanan di teruskan .


Haha Abg Fazrol dah kepenatan ke tu .. Lekluu ~ Sian behoq sakit lutut tapi still Behoq semangat kuat untuk meneruskan ! Yeah team Buddies kan kuat semangat nya ahaks


Perjalanan masih di teruskan dengan baik dan selamat , dah nampak dah peluh merecik di muka setiap orang haha , tapi masih lagi enjoy .Kemudian kena masuk terowong kecik , pertengahan dalam terowong ni kena bongkokkan badan sebab ada kayu menghalang separa terowong , dan ada air berlumpur paras buku lali.




But first lemme take a selfie heheh tapi dalam perjalanan alamak ada lagi terowong yang kami kena harungi , kali ni air agak dalam . Nasib baik takde lintah ! Lintah lagi seram dari pacat oooooooo , aku benci spesies 2 ekor tu haha

Dalam hati terdetik , dalam hutan ni takde sungai ke , best jugak kan harungi sungai dan mandi manda gituh tapi hampa gak sebab sungai takde tapi ada terowong ni haaa , haha adoiyai kena masuk dalam ni lagi ke ? Wajib !!!!

Muka redha kena masuk dalam ni hihi air paras peha je , tapi agak berlumpur .. Wuuuuuu ~ 



Kat sini tiber rasa penat dah haha , rehat jap nikmati pemandangan then perjalanan di teruskan hingga ke akhir garisan , bila dah sampai tu kena patah balik tapi ambil laluan lain dan terus ke tempat permulaan , yahooo ! 

Ini lah MILA ,  ia pun selamat berjungle trail , berat oi MILA  ni , bongkah kayu ke simen ntah , tapi memang berat lah haha ciannn Angah :p 

Akhirnya kami sampai , haha muka masing-masing pun dah penat benaw tu fuhhh tapi kami semua dapat mengharungi semuanya dengan selamat , tiada insiden kecederaan berlaku , lepas tu buat senaman sikit untuk regangan badan . 2 3 hari lepas tu baru terasa sakit-sakit badan haha tu lah lama gila tak exercise tapi aku suka buat aktivit-aktiviti macam ni , maklumlah lepas bersalin hingga anak dah besar baru dapat buat aktiviti cenggini weh , urat yang putus harap bersambung kembali ! 

Tq sangat buat Sarjan Idris dan team , dan of course buat madam Sooky, Cyberview Resort & Spa sebab mengadakan program team building yang sumpah best dan melekat di jiwa ni , memang banyak ilmu , pengalaman , dan kenangan yang kitorang dapat , tak lupa buat kawan-kawan yang always gila-gila dan sporting namati . Tq gais beri peluang untuk kali ni , lebiyu ols :) Kami balik bilik , checkout dan ke sesi terakhir . Huwaaaaa im so sad ! 

Last but not least , kitorang kena lakonkan balik pengalaman kami sepanjang 2 hari 1 malam menghadiri Program Team Building di Cyberview Resort & Spa. Kena cerita apa yang kami dapat , apa yang kami buat dan semua lah .
 Tq buat Awie , Yus & Chef yang gigih menjaga kami :) 

 Tq buat Madam Sooky & Sarjan Idris untuk program yang terbaik ni , tiada cacat cela semua nya terbaik . Siap dapat sijil lagi haaaaa , kenangan yang tak mungkin dapat di lupakan . Hope will meet again :) Tq so much all yang terlibat 

 The last one sesi photoghraphy beramai-ramai . 

Antara aktiviti yang ada di Cyberview Resort & Spa 
Telematch Games
    Water Games
    Team Building Games (kami cover)
    Obstacle Course (10 Elements)
    Water Confidence (kami cover)
    Jungle Tracking / Jungle Trail (kami cover)
    Night Tracking (kami cover)
    Motivation Camp

If korang nak jumpa Sarjan Idris , Ex army n Ex Special Force ni korang datang sini dan sembang-sembang lah dengan dia , korang akan terpegun dengan pengalaman dan team building kat sini . Bilik kat sini walaupun yang paling murah pun sangat-sangat luas dan selesa gila , bath tub pun besar ! Konfirm anak-anak enjoy datang sini , kat sini jika korang nak masuk spa or jacuzzi free je . 

For more info klik link kat bawah ni , if korang nak join team building tapi taknak stay pun boleh 

Tel: 03-8312 7000


24 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. hahahahahhahah kak, berdekah part qaseh tergolek tu kak. tapi ye nih. ujang berat. hahahahaha.. yang seberang sungai tuu akk terlepas kan kan kan. hahahahha demmm tak lepas..

    BalasPadam
  2. best aktiviti camni.. menarik :)

    BalasPadam
  3. qaseh macam posing duduk tengok je time angkut ujang tu... :p

    BalasPadam
  4. suka aktiviti cemni tapi kena fit and kuat jugakla. hehehe lama da tak buat cemni kalo ttb kena mau pancit jugakla =D

    BalasPadam
  5. wow menarik nyer!!! terpikat!!!
    ajak geng ni best ni. uji diri sendiri.
    aida ni tak la lasak. tapi lately, byk jugak riadah / bersenam.
    so mcm ok ok la if buat benda lasak gini.
    bila ada team yg helpful, happy go lucky, task yg susah jadi mudah kan.

    BalasPadam
  6. Bestnya team building..lama dh x pi team building macam ni..bagus aktiviti ni..memupuk semangat setiakawan dan always positive

    BalasPadam
  7. Memang suka aktiviti lasak mcm ni. Baru tahu ad dekat cyber ad. Nak kene try nanti. Thanks sharing ya

    BalasPadam
  8. I like all the pics, it shows the team spirit. Good to stay positive together as team.

    BalasPadam
  9. Seronok dpt gathering ni.. Ada mcm2 activities yg dilakukan.. Menguji ketahanan fizikal.. Tempt ni pn best

    BalasPadam
  10. Weh bestnya tengok gambar-gambar ni semua. Saya last buat benda-benda macam ni masa degree dulu. Dah 6 7 tahun tinggal. Rindu betul nak join aktiviti macam ni lagi

    BalasPadam
  11. Seronoknya, teringat zaman muda remaja waktu camping kadet polis. Sekarang ni cuma tumpang gembira aka nengok gambor2 tu

    BalasPadam
  12. Seronoknya aktiviti yang dibuat dalam team building di Cyberview Resort dan Spa ni.. mencabar sangat aktivitinya..semangat tengok, apa pun dalam aktiviti grouping macam ni memang kena ada semangat kerjasama satu pasukan "teamwork"!

    BalasPadam
  13. Wah bestnya team building mecam ni. Macam2 aktiviti menarik dapat dilakukan. Tempat pun nampak esklusif. Blh syorkan pd sykt mana2 nak anjurkan trainning untuk adakan di sini

    BalasPadam
  14. it is so fun! it is always great to near to natural :))

    BalasPadam
  15. Jungle trail nampak macam xbest tapi sebenarnya seronok kan.. liez dulu rajin gak join tapi since dah bersalin ada anak.. dgn berat bdn bertambah2 mmg xnak dah.. melaonkan lose weight mmg nak sgt buat jungle trail

    BalasPadam
  16. Wow...nampaknya jungle trail tu benar-benar mencabar lar. Memang payah kan kena panjat lar. Merangkak lar. Memang payah tetapi mencabar kan. :)

    BalasPadam
  17. The trail looks really exciting especially the part where you go into the tunnel, I'll suggest this to HR for team building it'll be fun for everyone.

    BalasPadam
  18. Memang seronok dapat joint jungle trail ni. Penat memang penat tapi akan dapat 1 kepuasan nanti. Saya pun suka aktiviti lasak macam ni, mampu menguji minda dan mengekalkan stamina

    BalasPadam
  19. Wah!! AM suka buat aktiviti lasak nie bersama geng AM.. bagus utk eratkan persahabatan & lebih mengenali diri memasing.. apapun syabas sbb berjaya harungi setiap cabaran halangan!! Good job!! 💖💖💖

    BalasPadam
  20. Ahh best lah aktiviti macam ni. Last Bella join aktiviti macam ni masa kat Genting. Penat jugak lah sebab banyak masuk dalam air, selut. Siap ada satu tempat tu, ada katak lagi, dah sorg ahli team Bella penggeli katak terjerit2 lah dia. Bahahaha. Aktiviti ni penat tapi bila dah habis dan terkenangkan macam2 hal dan perangai masa aktiviti tu, memang boleh menjadi bahan ketawa..

    BalasPadam
  21. Boleh rehat rehat dan boleh juga buat jungle trekking yang mencabar di satu lokasi yang sama kan

    BalasPadam
  22. Buat kawan kawan yang suka akan aktiviti lasak dan berada di kehijauan alam. Boleh sangat ke sini kan.

    BalasPadam
  23. best betul aktiviti dia..yang jalan atas tali tu perghh tgk pun cuak klau slh step naya oiii...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama