Ayam Kampong Penyet Lagi Dasyat Rasanya di Dapur Penyet

Assalamualaikum 

Tetiba tekak teringin nak makan ayam kampung di Dapur Penyet di IOI City Mall Putrajaya , sebab sekarang memang tengah HOT dengan ayam kampung . Seingat aku memang dah lama tak makan ayam kampung ni , eeee macam taak sedar diri dah lah orang kampung tapi asyik makan ayam bandar je kahkah ! 

Hey , bukan tak makan ayam kampung tapi bukan senang tau nak dapat menu ayam kampung sebegini , but dont worry be happy gais di Dapur Penyet ni segala menu ayam kampung adoooo , haaa terimbau balik kenangan tangkap ayam kampung dulu-dulu :p


Terjah Ayam Kampung Di Dapur Penyet IOI City Mall Putrajaya 

Kalau dulu aku suka lepak Alamanda , tapi sekarang lebih ke Ioi sebab banyak kedai-kedai dan pelbagai restoran ada , walaupun banyak tapi tetap akan jadi gaduh bila tanya ''nak makan kat mana?'' hihi jadi kali ni aku ajak husband makan ayam kampung penyet pulak di Dapur Penyet . 

Restoran ni di tingkat LG tau , dekat kolam air pancut , detail lokasi aku bagi , kalau tak jumpa jugak sila waze je lah . Sebenarnya aku tersampai awal , tapi dah ada pelanggan yang tengah tunggu , nampak di situ Dapur Penyet ni favourite orang ramai juga tau. 

Dah jom kita terjah , dan tengok menu apa yang best , yang HOT , yang sedap di sini. Kebiasaannya bila aku tak tahu nak pilih menu apa , aku akan tanya staff , apa menu yang selalu menjadi pujaan hati , kiranya selalu orang order , jadi aku akan pilih menu yang paling HOT jugaklah.


Menu Wajib Cuba di Dapur Penyet - Menu HOT di Dapur Penyet 

Kebiasaanya bila dengar menu ayam kampung ni , mesti orang akan fikir ayam kampung ni daging dia agak liat dan keras kan ? Kalau masak tu memang kena rebus berkali-kali jugak bagi lembut , tapi di Dapur Penyet ni ayam kampung dia senang je kita nak makan , means tak liat dan keras tau sebab isi dia lembut je , nampak rangup di luar tapi still lembut di dalam . 

Antara menu yang aku dah cuba dan korang juga wajib cuba adalah (semua ni ayam kampung) :
→ Ayam Penyet 
→ Ayam Berlado 
→ Ikan Bawal Penyet 
→ Empal Bakar 
→ Sambal Kangkung 
→ Tauhu Bersalut Telur Bersama Kuah Kacang 



Oh ye bagi yang tak makan ayam , ada ke tak makan ayam ? Hihi ~ korang boleh cuba Ikan Bawal Penyet dan Empal Bakar , ada menu-menu sampingan lain juga seperti kangkung dan tauhu telur . Setiap menu di sini akan di sediakan juga sup , sebab ada yang tanya , menu dia kering dan takde kuah ke ~ jangan risau , boleh di makan bersama sup. 

Ayam Kampung Penyet



Datang sini wajib lah cuba Ayam Penyet , untuk rasa lagi dasyat Ayam Kampong lah uols . Walaupun portion nampak kecik tapi sebenarnya mengenyangkan , ayam kampong kat sini pun takde la saiz kecil , berbaloi dengan harga , untuk rasa yang lebih sedap korang kena cicah dengan sambal tu , dan kerak-kerak tu semua memang licin sebab memang crunchy gilaaa ~ 

Ayam Kampung  Berlado 



Menu ni pedas-pedas sikit , tapi masih lagi boleh makan walaupun korang bukan minat makanan pedas , sebab rasa dia ngam , serasi dan masyukk gitu dengan ayam kampong . Jangan plak makan ayam je , makan lada tu sekali tau ~ 

Ikan Bawal Penyet 


Ikan bawal memang sedap bila goreng garing-garing gini , lepas tu ada pulak kerak-kerak dan cicah dengan sambal , ikan bawal ni pun fresh je , tak hanyir dan isi pun lembut jeee 

Empal Bakar 



Sebab lapar sangat lupa nak perah limau yang ada haha , empal tu apa ? Empa ni daging lah korang , rasa dia manis-manis gitu , kadang - kadang terasa macam sate pun ada. Sedap ? Of course lah sedap sebab lain dari lain rasa empal ni.

Sambal Kangkung 


Untuk menu sampingan , korang juga boleh order sambal kangkung ni . Rasa dia biasa je , rasa kangkung lah haha tapi ngam lah bila makan bersama-sama ayam kampong dan sambal semua ni.

Sambal Dan Tempe Sedap ! 



Setiap menu di Dapur Penyet ni akan di berikan bersama tempe dan jugak sambal , orang Jawa memang minat la tempe ni kan , aku tak berapa minat sangat sebab selalu jumpa tempe yang di goreng keras-keras tu haha so macam takde rasa apa je , tapi tempe di Dapur Penyet ni , di goreng rangup di luar tapi isi dia lembut , so boleh rasa lah isi kat dalam nya .

Sambal pulak sama jenis je untuk setiap hidangan, memang sedap sambal dia weh , tak pedas sangat. Cicah pulak bersama ayam kampong dan makan dengan nasi yang panas-panas gitu , weh rasa nak terkeluar air liur bila ingat balik hahahaha sabo je lah ! 

Hanya di IOI City Mall Putrajaya ! Tauhu Telur 


Haa yang ni menu agak special sebab hanya ada di outlet IOI City Mall sahaja , kat dalam telur ni ada tauhu tau korang bersama kuah kacang , rasa dia tak muak walaupun telur dan tauhu , sebab telur tu di goreng rangup-rangup gituh. Memang recommend untuk korang cuba . YIHHHHH ! 

Minuman Wajib Cuba di Dapur Penyet 

Masuk bab minuman pulak , air apa yang paling HOT kat sini ? Haaa aku dah cuba 3 minuman HOT iaitu:



→ Jus Alpukat
→ Milo Dinasour
→ 3 Layer Tea. 

Jus Alpukat 

Rupanya Jus Alpukat ni adalah Avocado , memang sumpah sedap weh ! Sebab tekstur nya smoothie gituh , dan rasa dia manis-manis masam , eh susah nak terangkan tapi sedaplah hahaha , korang datang rasa sendiri nanti , sila order Jus Alpukat tau ! Ini minuman HOT di Dapur Penyet.





Milo Dinasour 

Milo tentunya kegemaran anak-anak , di tabur pulak milo di permukaan tu haa , biasa aku panggil milo tabur hehehe sedap ratah tu . 



3 Layer Tea

Yang ni selalu jugak minum , kat bawah tu gula melaka hehe cuma bagi aku , kurang manis atau pun aku yang tak reti nak kacau hahaha . Tu lah selalu minum air manis , suka sangat terlebih gula :p huhuhu


Pelbagai Jenis Menu Ayam Kampong di Dapur Penyet


Last but not least , so pada korang semua yang dah pening tiap hari nak makan kat mana tu , sila lah kunjungi Dapur Penyet yang terdekat di kawasan anda dan nikmati pelbagai menu best terutamanya menu Ayam Kampong yang lagi dasyat rasanya haaaa , makan hari-hari pun tak jemu heheh , tempat pun selesa dan bersih , yang penting wajib lah HALAL. 



More Info :

Lokasi : Dapur Penyet IOI City Mall Lot LG 78A, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, 03 -89539600

24 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. fav place..kdag2 tekak tu teringin nak makan kering2 macam ni. air avocado tu sedap..

    BalasPadam
  2. I had yet to try out ayam penyet.. ur photos looks tempting and nice... hv to try and eat it up..

    BalasPadam
  3. Saya memang suka makan nasi ayam penyet ni. Tapi antara banyak banyak lauk dia, saya lagi prefer lele. Lagi best kalau dapat lele gabak punya. Dan yang penting, sambal dia kena kaw kaw pedas huhuhuh

    BalasPadam
  4. sedapnya semua menu dia.airah memang suka ayam penyet tapi biasa beli tepi jalan je. yang dapur penyet punya mesti lagi sedap kan.paling nak try jus alpukat tu

    BalasPadam
  5. TB memang suka Ayam Penyet ni.. ada tempat2 yang TB pernah makan dan ada satu tempat je yang best setakat ni.. tapi kalau nak try yang dalam review sis ni.. boleh jugak.. nanti nak ajak hubby lah.. heee

    BalasPadam
  6. I know this place, I've tried it once and it was so good, I can't wait to go back again, I mmg suka makan ayam penyet.

    BalasPadam
  7. Akak suka jugak...makan kat sini...suka lauk daging tu...sambal dia pun akak suka..eh eh..lama x pi makan kat sini...nanti nak pergi plak la..bleh bawak mak abah akak jugak

    BalasPadam
  8. saya pun suka dengan menu menu di dapur penyet. ayamnya lembut dan cukup rasa. perfect lah! ayam kampung belum pernah cuba lagi. next time lah

    BalasPadam
  9. Selalu makan sini dulu masa kerja di IOI. Sambal belacan die tu best. Pedas dan sedap. Terus rasa teringin nak makan. Eh macam dah bnyk menu baru. Nk kene try ni.huhuhu

    BalasPadam
  10. Wow kenapa kita tengok post ini waktu macam ni memang lapor sangat kita lama tak makan kat Dapur Penyet dan makin banyak menu yang sedap-sedap dan best nya ok nak pergi juga...

    BalasPadam
  11. Mat Drat mmg penggemar nasi ayam penyet ni... Tertarik pulak dgn posting ni, kena try ni kalau ke Putrajaya...

    BalasPadam
  12. Fav place ni... Sambal dia.. Tempe lak aduh... Gonyang iman..

    BalasPadam
  13. Pergh... penuh meja qaseh makan..habis ke tu. Nampak macam sedap jer semua dan konfem pedas giler kan. Nanti g KL nak terjah lah kedai makan ni

    BalasPadam
  14. Fav sis ayam penyet ni tapi dah lama tak pekena. Tengok entry ni teringin pulak jadinya. Nanti bolehlah sis try gi Dapur Penyet ni pulak

    BalasPadam
  15. kalau nak yg kurang pedas best dah sambal dia,tak sakit perut org kata...serik sambal ayam penyet pedas berapi hahahhaha...

    BalasPadam
  16. Wow..banyaknya makan..hehe..eh RARE la ayam penyet guna ayam kampung ni..konfem lagi sedap drp ayam biasa tu kan..nak kena try di Dapur Penyet ni la..tak pernah lagi makan kt kedai ni

    BalasPadam
  17. Saya pun fans ayam penyet dan lele penyet ni! Nampak sedaappppnya gambor makanan ni, nnt nak pergi cuba jugak dgn famili hjg minggu ni. Tempe goreng dgn sambal pun yum yum jugak!

    BalasPadam
  18. Dulu selalu makan dapur penyet ni dekat outlet maju junction. sekarang dah tutup mall tu. kat dapur penyet ni emi suka dia punya ayam bakar madu. ya Allah sedap sangat. Lama dah tak makan.

    BalasPadam
  19. Tengok semuanya sedap Bella,pernah sekali mkn ayam penyek mula2 xtau mcm mana rupa ayam penyek haaaa,

    BalasPadam
  20. Nampak sedap betul menu2 yang ditawarkan di restoran ini. Rasa teringin cuba ! Xprnh lg dengar n cuba. InsyaAllah nk cuba lepas nie di cawangan terdekat dgn rumah

    BalasPadam
  21. i often see this ayam penyet restaurant and now got Dapur Penyet.
    i used to eat ayam penyet only whenever i back to my mom's hometown at Kelantan. Looking forward to taste the Dapur Penyet!

    BalasPadam
  22. sedapnya oii..rasa lapar pulak..nanti pergi ioi mall boleh singgah dan cuba..tengok air tu uishh memang sedap..hehehe..

    BalasPadam
  23. lalu lalang je depan kedai ni tapi tak singgah pun, nampak sedap plal. ermm nanti lah ek

    BalasPadam
  24. Adoi, tergugat tengok menu dia..semua sedap2..mesti singgah ni..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama