Assalamualaikum korang , jalan-jalan cari makan lagi !
Kali ni aku nak ajak korang makan steamboat di Pak John Steamboat & Bbq di IOI City Mall Putrajaya , dari Rawang ke sini sebab aku memang hantu steamboat ! Ada sesetengah orang malas sebab nak kena masak sendiri , tapi aku suka sebab boleh makan banyak-banyak gitu , dasar kurus kering tapi makan banyak :p
Dalam banyak-banyak steamboat yang aku pernah pergi , di Pak John ni ada menu unik yang aku tak pernah jumpa di tempat lain , kebiasaannya seafood sama je kan tapi kat sini ada seafood yang aku sendiri cuba buat pertama kali . Nak tau apa ? Bacalah ~ yang bestnya ada lebih dari 160 dish yang tersedia di sini
Bila makan steamboat ni , pertama kali kuah / sup kene sedap dan tak manis (citarasa aku tak suka manis) , kalau sup kureng umphh , terus selera dah mati . Haha cerewet nya iols kan , tapi yang bestnya kat sini ada 5 jenis sup yang korang boleh pilih
- Prawn Soup
- Tomyam Soup
- Chicken Soup
- Miso Soup
- Curry Soup
Walaupun banyak jenis sup yang ada , tapi aku tetap memilih tomyam , alway my fav soup bila makan steambot hehehe ~ ok lah nanti kita cuba sup lain pulak , aku suka hirup kuah tu dan suka buh cendawan banyak-banyak. Alaaa ~ tetiba lapar balik , sobsss :(
One more thing yang wajib ada adalah tempat grill / bbq ! Yang ni wajib kena ada sebab aku suka makan daging panas-panas lepas tu cicah thai sos pedas kat sini , cuma tempat bbq di Pak John agak kecil tapi its okay sebab tempat bbq ni staff dia akan selalu tukar bila nampak hitam-hitam hangit tu haaa
Tu yang best , sebab orang akan ingat kita baru makan padahal dah banyak round dah grill daging dan seafood semua , haha ala-ala suci gitooohhh . Sup tomyam kat sini memang sedap , tak mengecewakan tekak sebab ianya tak manis dan tak pedas sangat , anak-anak boleh makan juga
Tempat Yang Luas Dan Selesa
Bila tengok bahagian dalam dan luar Pak John Steamboat ni memang luas dan selesa , sebab ia mampu memuatkan 150 hingga 200 orang , fuh datang weekend memang ramai gila , full pack gais. So jangan lupa datang awal atau booking awal-awal okay !
Pelbagai Menu Buffet , Seafood dan Ala-Carte
Nah round pertama , hehe banyak kan seafood , sayur dan pelbagai menu ala carte , ada nasi goreng , spaghetti , bee hoon goreng dan lain-lain , kena datang sendiri nanti tau , menu untuk anak-anak kecil pun ada , buah-buahan , kek dan juga puding.
Muka tengah lapar be like ~
Haaa tadi aku cakap ada seafood premium kat sini dan pertama kali aku cubaaa ~ tadaaaaa semua yang tersenarai ni korang kena order di kaunter ni , order FREE je sebab semua dah termasuk dalam 1 harga , dont worry okay , so kat sini korang boleh order :
- Premium Beef Slice
- Premium Lamb Slice
- Abalone Slice
- Smoked Duck
- Dim Sum
- Waffle
Semua sedap , daging itik tu memang rasa manis dan paling unik adalah abalone , sebab sebelum ni tak pernah pun makan , unik gila rasa dia , tak tahu nak gambar kan macam mana tapi sedap dan kenyal-kenyal gitu . Jangan lupa tau order kat sini karang orang makan itik , korang tak merasa heheh !
Sos kat sini pun banyak , bukan takat ada sos cili je tapi ada sos thai fuh sedap dan pedas , cicah dengan daging bakar memang umphh gais !
Pelbagai minuman yang ada di sini dan boleh order juga , ada jus buah , ais krim , abc dan juga coffee panas
TQ so much Pak John Steambot & BBQ kerana menghidangkan pelbagai menu yang sedap dan puas hati dengan harga , memang berbaloi nak makan-makan dengan family kat sini , selain tu korang boleh juga book untuk sambut birthday or private party , sila call Pak John , dia sedia membantu heheh
.
More Info :
Lokasi :
GE-11 Ground Floor, IOI City Mall Putrajaya
(bahagian luar tau , berdekatan dengan kolam)
Web : http://www.pakjohn.com
Facebook : https://m.facebook.com/pakjohnioicitymall/
kita suka itik kat sini sedappp
BalasPadamserius banyak gila pilihan dia..macam ni, boleh setaraf dengan seoul garden dah..tapi macam lagi best dari seoul garden aje! harga pun berbaloi-baloiiii..cer qaseh cakap kat tuan dia: bukak la kat JB pulak! Hahaha!
BalasPadamteringat2 itik dia huhuuu
BalasPadamKena tunggu dapat gaji dulu baru boleh datang makan sini. Hehehe
BalasPadamya rabbi..mengundang betul tp haritu ada lalu kat sini bau dia sedap betul pk sbb dah kenyang je next time boleh try sini pulak
BalasPadamalaaaa teringat ayam yang kfiza grill tu. sedapppppnyaa
BalasPadamBanyaknya pilihan..memang berbaloi2 kalau pi makan kat sini
BalasPadamwow banyaknye pilihan makanan..boleh rambang mata macamni..makanan pun nampak sangat menyelerakan..
BalasPadam