Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature | Makin Hari Makin Jatuh Cinta

Assalamualaikum 

Hye korang , ingat tak sebelum ni aku ada share tentang Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature , boleh baca di SINI . Kali ni nak share lagi sebab benda bagus kan kena share banyak-banyak kali sampai korang terpengaruh heh heh , tapi seriously la korang , CC Cream ni best giler , dah nak habis dah aku guna , jarang jugak lah aku pakai produk sampai habis ni haa.


Perempuan kan , dalam banyak - banyak produk mesti akan ada favourite produk yang dia sayang dan selalu guna , haaa sama lah macam aku , bila dah jatuh cinta dengan satu produk tu memang akan guna sampai habis , eh tak terpandang pulak yang dalam gerobok mekap tu kan , ops. 

So sebelum ni aku dah share secara detail tentang tekstur , tentang apa itu Hansaegee Nature , tentang kelebihan dan kebaikan CC Cream ni , dah story panjang gila  pasal semua tu kan ,boleh baca di entry lepas , jadi entry kali ni memang aku nak fokus dan share pengalaman aku selepas dah sebulan rasanya aku menggunakan CC Cream ni.




Tindak Balas Negatif ??

Dah lama aku guna CC Cream , hurm agak-agak aku ada mengalami breakout ke tak ? Ye lah kadang-kadang ada sesetengah produk , bila guna jangka masa lama baru ia bertindak balas sama ada secara negatif atau pun positif . Surprisely , alhamdulillah CC Cream ni takde beri aku tindak balas negatif , takde naik jerawat , takde rasa pedih atau kulit menipis ~ NO ! Memang takde ,  kulit rasa lebih smooth adalah hehe best korang.

Yang paling aku suka sebenarnya sebab memang senang dan memudahkan sangat bila apply di wajah   , hanya guna jari je pun dah cukup cun dah , dan mudah bagi aku maksudnya untuk daily rutin seorang mak-mak ni kan , nak berhias tapi nak cepat dan taknak terlalu over sangat , memang betul-betul membantu.




Before this , suami yang kena tunggu kita mekap berjam-jam , bila apply cc cream ni , eh eh kita pulak kena tunggu dia ~ betul lah orang kata penantian tu sangat memenatkan , ops !

Konfiden Dengan Natural Look Oleh CC Cream 

Dengan CC Cream ni , memang cukup untuk buat wajah aku jadi lebih berseri dan glowing , kadang-kadang aku guna  jugak di rumah walaupun tak keluar sebab suka kesan glowing dan kecerahan pada kulit , so suami tengok pun takdelah nampak kusam tak bermaya even buat kerja rumah yang tak pernah habis tu haa ~ tapi calit sikit-sikit je nanti habis pulak haha (sayang woooo)



Bila aku dah terbiasa dengan CC Cream ni korang  , aku jadi macam lebih selesa bila muka nampak lebih natural , lebih konfiden , padahal bukan guna banyak pun , calit-calit nipis je , memang nampak macam tak apply apa-apa pun tapi sebab kesan glowing dan tak kusam kan kulit , tu yang rasa BEST sangat tu , so daily mekap aku sekarang hanya guna CC Cream , blusher dan gincu je haa , foundation pun dah tak kenal dah haha

One more thing , kulit aku ni jenis kulit kering tau dan CC Cream ni tak mengeringkan lagi kulit tapi kekalkan kelembapan ,  sebab teksturnya bukan jenis matte yang cepat kering . Sebab tu makeup lebih tahan lama jika apply CC Cream ni sebagai makeup base , mekap jadi lebih pigmented gitu dan tahan lebih lama , walaupun berjemur ia tak buatkan kulit wajah sunburn sebab ada SPF 30 +++ . Jeragat pun tak perlu risau sebab ianya anti wrinkle.


Sentiasa Bersama Ke Mana Jua ~




Memang sekarang ni , mana - mana je aku keluar akan bawak CC Cream ni bersama , alah dah lah kecik je , so taklah memberatkan beg , lagi pula kadang bila keluar seharian , haruslah basuh muka , solat dan lain-lain kan so memang wajib bawak lah ke mana pun , memang memudahkan life aku dalam banyak hal , contohnya tak payah bawak brush atau pun span untuk apply ~ semua benda tu kadang aduh penatnya nak kena bawak semua benda kan ~ ~ masa pun tak terbuang begitu sahaja hehe ~

Dengan CC Cream ni tak perlu pun nak pening pilih kod warna sebab ia memang satu kod je , walaupun muka kita tak berapa cerah dan putih , still boleh apply this CC Cream sebab ia menyeimbangkan tona kulit , sebelum ni dah share teksturnya yang putih kan , bila apply memang ikut warna kulit kita cuma blend hingga rata , kat bawah ni aku share video daily makeup aku . Senang gila ~







So ugais , wajib dapatkan seketui CC Cream ni dalam barang mekap korang. Bila dah malas nak mekap memang CC Cream ni je jadi pilihan pertama , hehe tak percaya cuba lah sendiri . Mana nak dapatkan Gold Nano CC Cream ni ? Aku dapatkan di web official Hansaegee Nature , kat kedai memang tak de jual tau korang , so kalau ternampak ada di jual di kedai or pasar malam , FAKE la tu haaa ~ hati-hati , details aku dah share di bawah .


Hansaegee Nature 

8 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Memnag tertarik sangat dengan cc cream hansagee ni.. Nampak perbezaan lepas pakai.. Nanti nak beli la

    BalasPadam
  2. Janji ada spf ... tu paling penting

    BalasPadam
  3. teringin juga nak pakai cc cream jena nie..mcm best jer

    BalasPadam
  4. Makin hari makin cantik. Eh?

    BalasPadam
  5. okeh yang ni pun masuk list next shopping hahahha

    BalasPadam
  6. nampak smooth jer.Mesti tak melekit kan? Syok betul.. pakai setiap hari sesuailah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama