Umi .. Nak susu Omar Hana , Umi... Nak susu Omar Hana ! Sejak dah pandai cakap ni , pantang nampak Umi ke dapur , dan bila masa pulak Omar Hana keluarkan susu ?
Penangan kartun animasi Omar Hana dalam dunia kanak-kanak memang betul-betul mempengaruhi , pantang nampak kartun Omar Hana di TV , terus Umi tak boleh tengok siaran kegemaran ,( berebut TV dengan anak kekdahnya haha ) , tapi tak di nafikan Omar Hana ni salah satu kartun animasi yang bagus untuk anak-anak sebab ia lebih kepada islamik , boleh belajar doa-doa dan adab.
Selain TV , sekarang ada satu benda yang buatkan Rayyan sangat-sangat tertarik , Rayyan ni memilih jugak lah bab makan dan minum , bak kata abahnya , Mr Perfect katakan lebih-lebih lagi susu , tapi satu susu ni di sebabkan di kotaknya ada tertera kartun animasi Omar Hana , terus eksited dan always nak dan suka-suka je tukar nama susu Omar Hana haha
Susu Kambing Lazz Kolaborasi Bersama Omar Hana
Untuk pengetahuan korang , susu Omar Hana yang Rayyan panggil tu adalah Lazz Susu Kambing . Rasanya semua dah tahu tentang Lazz Susu Kambing kan , cuma sekarang Lazz telah mengeluarkan packaging baru , kolaborasi bersama Omar Hana , ia lebih menarik minat anak-anak yang tidak sukakan susu kambing , tapi serious lah ia memang menarik minat Rayyan , asyik nak susu Omar Hana je
Dulu waktu aku mengandung pun , aku minum susu Lazz juga , rasa nya memang lazat dan berkrim , tak hamis langsung , dan ada 3 perisa , original , kurma dan coklat . Untuk Rayyan , aku cuba Kurma dan Coklat , sebab ia ada rasa manis-manis kurma dan coklat kan sememangnya kegemaran kanak-kanak hehe
Kelebihan Lazz Susu Kambing Kepada Anak-Anak
Yang masih tercari-cari susu tambahan untuk anak-anak , boleh lah cuba Lazz Susu Kambing . Lagi pula susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu dan ianya orgamilk iaitu 100% oranik , susu premium tanpa GMO , tanpa gula dan mendapat kelulusan nutrisi dari makmal Unipeq UKM
Kelebihan Lazz Susu Kambing Pada Kanak - Kanak
- Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas
- Lazz susu kambing mudah di hadam
- Meningkatkan imunisasi
- Naturalnya Lazz susu kambing rendah laktosa dan gula dari susu lain yang mana ia nya sangat bagus untuk kanak-kanak
- Mengandungi kalsium yang mudah di serap oleh kanak-kanak
- Membantu pertumbuhan tulang dan gigi yag kuat
- Mengandungi vitamin B12 yang di perlukan untuk penghasilan sel darah merah
- Mengandungi Magnesium yang menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium
- Sesuai untuk anak ekzema
Bila Lazz Susu Kambing berkolaborasi dengan Omar Hana ni , ia adalah idea yang sangat bijak untuk menarik anak-anak sukakan susu , yelah dalam usia perkembangan anak-anak ni memang sangat perlukan kalsium , bila kalsium tak cukup , mulalah gigi cepat rosak dalam usia yang awal
One more thing , sambil-sambil bagi minum susu , kita boleh cerita tentang apa yang di tunjuk oleh Omar Hana yang mana selalu beradab baik dengan ibu - bapa , dalam pergaulan , dan juga ajar doa-doa kepada anak.. Orang kata sambil menyelam minum air gituh. Budak-budak biasalah kan , belajar sambil berseronok itu satu kewajiban , mak-mak pun dah hafal lagu Omar Hana kan
Mula-mula agak risau juga tapi selepas tengok Rayyan minum hingga habis , Umi kena repeat order lah macam ni , sambil-sambil tu dah boleh slowly tak bagi susu dalam botol dah .
Cara Order Lazz Susu Kambing
Sekarang mudah , nak beli online hanya di hujung jari je kan , if nak cepat boleh COD dengan agent-agent Lazz Susu Kambing area kawasan rumah korang
Jadi korang boleh dapatkan susu kambing coklat dan kurma Lazz versi Omar dan Hana , yang pasti anak-anak korang juga akan menyukai Lazz Susu Kambing ni hingga korang terpaksa menyembunyikannya haha kalau tak setiap sejam sekali nak , huhuh sabo je la !
Untuk tempahan :
Whatsapp je ke www.wasap.my/600182777290
Atau boleh layari www.lazzdelivery.com
More Info :
Website : http://lazz.my/
Facebook : Lazz Susu Kambing
Instagram : @Lazzsusukambinghq
rasanya sepupu pun da tukar susu anak dia ke susu kambing. tapi tak ingat brand apa. macam sama jeee nampak kotaknya hehe..
BalasPadammudah kerja ummi yea,tak susah nak pujuk lagi time minum susu.Anak-anak ina pun suka sangat susu lazz.Siap kotak susu Lazz dia tak bagi buang tu..ehehe.Penangan Omar dan hana
BalasPadamada tester tak? macam teringin nak minum
BalasPadam