Sambutan Ulang Tahun Boat Noodle yang ke-5 Tahun di Garden Mall Outlet

Hello Boat Noodle Lover ~ tahukah korang Boat Noodle telah menyambut ulang tahun yang ke-5 pada 17 March , wow wow wow happy birthday Boat Noodle , dan tahukah korang Boat Noodle telah membuka 48 cawangan di Malaysia , wow banyak kan dan yang paling latest adalah di Garden Mall . Tahniah !


Jadi semalam aku berkesempatan untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis sambutan ulang tahun Boat Noodle yang ke-5 tahun dan launching new outlet yang bertempat di Garden Mall , ohmaigod sangat happening dan awesome di samping beberapa acara yang penuh gelak ketawa berserta MC yang handsome , ceria orangnya haha ops . 

Pelbagai aktiviti dan juga acara juga berlangsung seperti teka soalan dan jawapan tentang Boat Noodle  , challenge siapa makan paling cepat , photobooth dan juga ada lucky draw . As usual aku memang susah lah nak bertuah haha sabar je la ~ tahniah to all winner. 













Before this aku pernah cuba Boat Noodle waktu suami mengidam , eh dia pulak yang mengidam , dan makanan kat sini not bad , portion kecil tapi buatkan ketagih sebab tu bagi peminat makanan Thai , Boat Noodle adalah restoran Thai Street Food kegemaran ramai di Malaysia , nak pergi Thailand bukan nya dekat kan , nak melepaskan rindu boleh lah datang ke Boat Noodle ni dan ia di kenali dengan hashtag #makanstackrepeat , jangan terkejut bila bermangkuk-mangkuk tingkat yang korang mampu habiskan 



Get Rewarded With Noodle Master Card

Tony Lim , CEO and Founder of Boat Noodle 


Nak makan Boat Noodle ni senang je , order dulu sikit-sikit then kalau tak cukup order lagi sampai kenyang. Dulu , sebelum aku cuba Boat Noodle ni , agak terkejut jugak lah dengan style makan di sini , culture shock gituh , haha tapi bila dah cuba style makan macam ni boleh di terima , lepas tu sibuk mengira berapa banyak mangkuk telah kita makan. 

Yang bestnya sekarang , bila korang makan banyak-banyak di Boat Noodle ada special Noodle Master Card , haaa apakah yinni ? Caranya sangat-sangat mudah tau , korang boleh dapatkan stamp card ni di semua outlet Boat Noodle untuk redeem 5 , 10 & 20 mangkuk secara percuma . Cara kumpul stamp :
  • 20 bowl of noodles : 1 stamp
  • 3 stamps : redeem 5 bowls of noodles
  • 6 stamps : redeem 10 bowls of noodles
  • 9 stamps : redeem 20 bowls of noodles
Valid until 30 April , so cepat bawak orang kampung serbu boat noodle , oyeah ! 

Agak-agak korang berapa bowls ni ? Hihihi sedap sangat sebab ada menu kegemaran ramai telah kembali ! 

Menu Wajib Cuba di Boat Noodle | Ayutthaya 2.0 is back ! Yummeh !


Sempena ulang tahun yang ke-5 , Boat Noodle telah mengembalikan salah satu menu yang menjadi kegilaan ramai iaitu Ayutthaya 2.0 , kenapa 2.0 ? Haa sebab resepi Ayutthaya ini telah di upgrade lagi sedap dan better dari sebelumnya , so new Ayutthaya ni akan di serve dengan fried enoki mushroom , minced chicken / minced beef topping and also a spoon of fried garlic witl oil , chopped coriander leaf and chili flakes. If ugais nak berapi haa boleh tambah more chili flakes okay . 

Rasa dia hurmm sedap , pekat , pedas , all flavour is so good dengan aku punya selera , ala-ala tomyam santan tapi lagi sedap . Nak tau , hang datang sendiri di Boat Noodle okeh ! 



Di Boat Noodle ni bukan hanya ada mee je tau , ada side dish yang lain . Before this tak order sebab tertumpu pada Boat Noodle heheh so semalam berkesempatan cuba side dish yang lain iaitu (tengok gambar di bawah :p)

 Crunchy Thai Popeye's Tempura 

Flamed Grill Chicken , yaAllah ni sumpah sedap gila dengan sos dia masam-masam pedas tu weh , recommended sangat untuk korang cuba 

Hot Steamy SangKaya yang tak pernah mengecewakan 


Dan banyak lagi menu-menu yang lain , korang boleh tengok di website Boat Noodle di bawah ye.

 Lastly photo session with CEO Boat Noodle , Tony Lim

Lastly , tq for having us #kelabbloggerbenashaari for Boat Noodle Celeberates 5th Anniversary as one of Malaysia's Favourite Thai Street Food Restaurant 

More Info :

Website : MyBoatNoodle
Instagram : @myboatnoodle
Facebook : MyBoatNoodle

2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. wah bestnya..sampai hati qaseh makn xajak..:)

    BalasPadam
  2. Happy birthday boat noodle. Sedap rupanya makan dia.. Nanti nak datang repeat makan lagi.. Hehehe... Teringat dengan ayam grilled dia

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama