My Cetaphil Gentle Skin Cleanser Review | Tips Untuk Dapatkan Kulit Sihat

Assalamualaikum 

Hai gais , hari ni aku nak kongsi  tentang pencuci muka aku yang baru iaitu Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan perkongsian aku kali ni sebenarnya  lebih ke arah macamana nak dapatkan kulit yang sihat dengan penggunaan pencuci muka yang bagus . Sebelum aku cuba Cetaphil cleanser ni korang heh heh heh , aku telah buat satu poll di ig story yang mana aku bertanyakan followers ''adakah Cetaphil ini pilihan yang bagus'' ?


Dan 90% yang vote yes pada Cetaphil , oh dari situ aku tahu Cetaphil memang dah di kenali ramai , thats why aku pun agak teruja dan tak sabar jugak lah nak cuba sendiri , then boleh lah share dengan korang semua. Aku ada juga google dan baca review tentang Cetaphil cleanser ni (habit sebelum cuba produk baru mesti akan gugel dulu :p) 

Kebanyakannya ramai yang bagi feedback positif dan ada yang cuba setelah muka mereka breakout teruk , jumpa pakar kulit dan pakar kulit sendiri mencadangkan Cetaphil and then lepas konsisten guna Cetaphil cleanser ni , muka yang breakout kembali normal dan pulih . 

Sebab tu , kalau nak kulit cantik kena mula bagaimana nak mendapatkan kulit yang sihat . Jangan terlalu obses dengan kulit yang putih tapi sebenarnya penuh dengan bahan kimia. 

Pengalaman Aku Menggunakan Cetaphil Cleanser 



Pertama sekali bila korang nak cuba pencuci muka , korang kena tahu jenis kulit korang tu dahulu dan cleanser yang di pilih tu sesuai tak ? Haa macam aku sendiri , kulit aku ada masalah kulit kering dan Cetaphil Gentle Cleanser ni pulak sesuai dengan semua jenis kulit . Jadi kalau kulit korang jenis normal , sensitif atau berminyak sekalipun memang sesuai je guna Cetaphil cleanser ni. Jangan pulak , bila kulit korang jenis kering tapi pergi bantai pakai cleanser untuk oily ! huh~

Bila aku cuba sesuatu produk yang baru , aku lebih suka hasil pertama selepas aku cuci muka , pertama kali aku cuba Cetaphil cleanser ni walaupun mula-mula agak pelik sebab ia memang tiada buih  langsung , hasilnya selepas bilas , kulit tak terasa tegang dan ketat  dan kulit terasa lebih lembut. Ada sesetengah pencuci muka buatkan kulit muka terasa ketat selepas di cuci dan menyebabkan kulit kering makin perit dan akhirnya terjadinya penggelupasan kulit


Bestnya Cetaphil cleanser ni , ia tak tarik kelembapan kulit kita dan kalau korang nak tahu 99% pengguna bersetuju bahawa Cetaphil cleanser adalah pencuci muka yang betul-betul membersihkan dan melembabkan kulit muka tanpa menghilangkan kelembapan semulajadi kulit , sebab itu ia juga sesuai untuk kulit bayi

Tekstur / Packaging Cetaphil Gentle Skin Cleanser 

Packaging nya bagus , sebab ia boleh di lock dan senang untuk di gunakan , biasa letak dalam bilik mesti si anak tu suka main dengan barang Uminya , huh !



Tadi aku cakap yang Cetaphil cleanser ni langsung tak berbuih kan , bila tengok tekstur nya pun, memang lain dari cleanser yang aku pernah cuba yang kebanyakannya agak cair dan perlu di bilas dengan air hingga berbuih , tapi Cetaphil cleanser ni teksturnya agak kental seperti losyen / pelembab dan langsung tiada bau (fragrance-free) .


Aku paling suka skincare yang fragrance - free , sebab fragrance tu boleh menyebabkan skin irritation terutamanya pada kulit yang sensitif , so kalau boleh , avoid lah cleanser yang ada fragrance ni , wangi-wangi sangat nak ke mana , cleanser je uols :p



Oh ye , jika sebelum ni , dah terbiasa dengan pencuci muka yang berbuih mungkin mula-mula rasa tak terbiasa~ heheh jangan pulak tuang banyak-banyak dan sental kuat-kuat pulak ye nanti 

Cara Penggunaan Cetaphil Gentle Cleanser Skin



Cara penggunaan pun sangat baru bagi aku sebab Cetaphil cleanser ni boleh di gunakan dalam dua keadaan .Di gunakan bersama air dan juga tanpa air . Bagus ni bila air takde kat rumah pun , muka tetap berseri gitu walaupun tak mandi haha  , so bagi yang malas nak cuci muka , malas nak basah-basah boleh lah cuci-cuci tanpa air , yang lebihan boleh di lap dengan cotton pad je . Mudah gila kan !




Biasanya aku akan guna 2 kali sehari , pada waktu pagi dan juga malam , kadang - kadang jadi second cleanser di waktu malam sebab bila rajin aku buat double cleansing (tu pun jika di siang hari aku pakai mekap tebal lah )


Kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser 



Antara kelebihan yang ada pada Cetaphil cleanser : 
  • Dermatologist recommended
  • Formula yang bebas dari sabun , wangian dan linolin
  • Remove light makeup
  • Non - comedogenic ( tak menyebabkan liang pori tersumbat)
  • Berkesan untuk semua jenis kulit termasuk bayi dan kulit yang sensitif
  • Membersih dengan lembut sambil memberi kelembapan pada kulit 
  • Berkesan tanpa menyebabkan kerengsaan pada kulit 
  • Menyeimbangkan PH kulit 
  • Won't sting eyes
  • Boleh di gunakan dengan air dan tanpa air 
Jadi pada korang yang masih tercari-cari produk / pencuci muka yang sesuai dan bagus dari segi menyihatkan kulit , memang aku rekomen sangat untuk korang sendiri cuba , terutama yang kulit yang sensitif , yang selalu jadi tempat persinggahan jerawat (ciri-ciri kulit tak sihat ), dan masalah kulit yang lain . 

My Honest Review 

Overall , memang ada kesan perubahan pada kulit aku , tapi aku tak dapat nak kongsi secara ketara perubahan tu sebab Cetaphil cleanser ni bukan lah untuk memutihkan kulit wajah kan yang kita boleh tunjuk sebelum dan selepas  kan , tapi aku boleh rasa sendiri kulit aku makin lembab yang sebelum ni terasa agak kering sampai satu tahap di bahagian hidung asyik menggelupas.


Selepas di cuci , kulit terasa lebih lembut , bersih dan sihat sebab nampak makin glowing , nak muka glowing ni pastikan kulit dapat penghidratan yang cukup , dan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ada penyelesaiannya

Yang paling aku suka , Cetaphil cleanser ni tak kacau skin barrier aku . Tanda-tanda skin barrier dah terganggu bila kulit kering , tekstur kulit kasar , berminyak dan macam-macam lagi masalah kulit , tapi bila skin barrier kita dah makin okay , kita boleh rasa perbezaannya yang mana kulit rasa lebih sihat , lebih lembab , tak kusam , tak rasa tegang dan lebih glowing .

Sebenarnya untuk menyihatkan kembali skin barrier kita yang dah terganggu , ambil masa jugak untuk fix kan balik , so korang jangan putus asa dan cuba je okay , kalau korang tanya aku betul ke Cetaphil ni bagus , because tak semua produk sesuai dengan kulit kita , tapi kalau kita tak cuba , mana kita nak tahu ?

Cetaphil Gentle Skin Cleanser wajib cuba jika korang masih buntu dan tercari-cari cleanser mana yang dapat mengembalikan kesihatan kulit , tak ganggu skin barrier kulit dan yang sangat bagus untuk semua jenis kulit







30 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. adik kita pun pakai ni,dia pakai sebab kulit sensitif, bila pakai cethaphil memang sesuai sangat dengan dia..Cuma cethaphil ni macam takde buih kan...

    BalasPadam
  2. My friend recommend this product to me too. She said it make her skin looks smoother and cleaner.

    BalasPadam
  3. Akak suka sebab boleh cuci tanpa guna air, senang!

    BalasPadam
  4. I think Cetaphill ni memang sesuai untuk orang kulit sensitive. Bukan sekali dua dengar good review about this brand. Many times and mostly works well.

    BalasPadam
  5. Thanks for info.. Leh gtau wife nanti...

    BalasPadam
  6. Wah ramai tengok pakai ni.. Bolehla suggets dengan kawan nanyi yang muka breakout

    BalasPadam
  7. akak hari itu ada orang jual murah..sebab dia tak pakai...dapat 3 botol terus...puas hati..kulit lembut.

    BalasPadam
  8. Kak nina pun suka pakai Cetaphil. Dah tak tukar lain dah. Serasi ngan Cetaphil. Alhamdulillah.. Memang produk bagus sebab tu doktor pun rekemen kalau anak ada eczema pakai ni. ad

    BalasPadam
  9. Kak nina pun suka pakai Cetaphil. Dah tak tukar lain dah. Serasi ngan Cetaphil. Alhamdulillah.. Memang produk bagus sebab tu doktor pun rekemen kalau anak ada eczema pakai ni. ad

    BalasPadam
  10. kalau cerita pasal kulit mmg ramai la yg akan suggest Cetaphill...mmg brand ni ada tempat sendiri kalau cerita pasal nak elokkan kulit muka ke kulit sensitif ke..nampak muka fresh je lepas guna eh...

    BalasPadam
  11. Wah..teruja baca review dari Qaseh.. nak try juga lah cleanser dari cetaphil ni..

    BalasPadam
  12. Ramai rekomen produk ni. Nak tryyy

    BalasPadam
  13. Ramai juga yang guna etaphil nih cakap bagus sebab ka dungannya yang selamat digunakan. Ramai muka vreakout guna cetaphil untuk rawat masalah breakout tuh. Dulu ada juga nak cuba cetaphil tapi tak terbelu sampai sekarang. Hehehe.. Memang Cetaphil nih bagus kan.

    BalasPadam
  14. Kalau cakap pasal kulit, macam2 produk ada jual. Tapi nak yg dapar betul2 sesuai dengan kulit tu yg payah. So far ramai yg suggestkan pakai cetaphil dan ramai beri feedback positif. Boleh lah nak try nanti. Tp harga dia sangat takut ya . Hahahah

    BalasPadam
  15. Cetaphil ni mmg trusted brand kan? Ramai yg suggest guna cetaphil. Lg bagus sebab dia tak keringkan kulit.

    BalasPadam
  16. Selalu baca orang kata Cetaphil nk bagus. Tapi Iza tak pernah try lagi. Teringin jugak nak try. Kakak Iza pun pakai Cetaphil. Dia kata best. Iza banyak lagi cleansee tak habis. Tunggu dah habis semua la baru nak cuba.

    BalasPadam
  17. Kita tak pernah la pakai pencuci jenama ni..
    Tapi selalu la terbaca review, ada yang cerita, kalau kulit muka bermasalah
    elok la guna dari brand ni.
    Kebanyakan kata elok la.

    BalasPadam
  18. Jenama cetaphill ni sejak dulu dipercayai keberkesanannya. Walaupun harga agak pricey tapi memang berbaloi sebab produk ni sesuai untuk semua jenis kulit terutama mereka yg ada penyakit kulit

    BalasPadam
  19. I should probably drop all my skincare routine for cetaphil. I have seen many who have achieved flawless skin just by using cetaphil.

    BalasPadam
  20. pilihan wanita sekarang,memang cari cetaphil bagi masalah kulit breakout.Memang berkesan. Adik Ina pom guna ni

    BalasPadam
  21. Good to know that you can actually use it without water which makes it so convenient and useful. Highly recommended for busy people.

    BalasPadam
  22. Terima kasih atas info ni. Cetaphil mmg sesuai untuk kulit yang sensitif.

    BalasPadam
  23. Oooo ni la rahasia kecantikan awak ya? Kena beli ni letak kat rumah.kita pon nak cantik jugak. Haha

    BalasPadam
  24. Woww pakai cetaphil gitu. Patut ler kulit wajah cantik berseri2 .. cun sokmo deh dio pkai cetaphil ..

    BalasPadam
  25. Tak boleh jadi ni. Ramai kata produk ni bagus. Haida pun nak cuba juga.

    BalasPadam
  26. Ramai dah bagi review kata Cetaphil ni best, nak cuba jugaklah.

    BalasPadam
  27. Ramai dah bagi review kata Cetaphil ni best, nak cuba jugaklah.

    BalasPadam
  28. akaka pun guna cetaphil walaupun kulit jenis kombinasi, alhamdulillah sesuai , boleh jadi makeup remover jugak nih sebab tak pedihkan mata

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama