Assalamualaikum
Hye korang , dah survey buffet ramadhan untuk tahun 2019 ? Opss walaupun terasa masih lagi awal tapi sebenarnya waktu sekarang terasa sangat pantas berlalu , tinggal lagi sebulan lebih untuk kita menyambut bulan Ramadhan , di samping kita merindui bulan yang mulia ini , pasti lah sesekali kita ingin merasa berbuka puasa di buffet Ramadhan kan .
Seperti tahun-tahun sebelum , aku selalu kongsikan tempat yang best untuk korang ber buffet Ramadhan jadi tidak terkecuali untuk tahun 2019 ni haa , aku berpeluang merasa buffet Ramadhan 2019 di The View Cafe Best Western I-City Shah Alam . Agak-agak apa yang menariknya buffet Ramadhan di Best Western I-City ni ? Yang paling menariknya kat sini ada Aladdin tau ! Hahaa ~ bukan senang nak jumpa Aladdin in real life ni tau dan of course lah jaudah yang menggoda iman gituh . So , jom tengok apa yang best di sini.
Buffet ramadhan di Best Western I-City Shah Alam ni akan bermula pada 6 May - 3 June 2019 , so ugais takkan terkuciwa dengan juadah berbukan di sini kerana korang akan di hidangkan dengan pelbagai jenis hidangan yang ada di Malaysia , dari appertizers , salads , soups , main dishes , dessert , gerai masakan secara live dan yang selalu di minati ramai jeng jeng jeng durian kampung ~
Juadah Utama Buffet Ramadhan di Best Western I-City
Kebiasaannya bila bulan Ramadhan , ramai yang lebih sukakan hidangan tradisional , masakan kampung seperti masakan mak semestinya kan , jangan risau di sini pun ada juadah utama yang korang rindui seperti Kari Kepala Ikan , Daging Masak Hitam , Mutton Varuval , Ayam Masak Berempah , Udang Sambal Tumis Petai , Baked Honey Pumpkin , Lamb Shoulder with Mint Creamy Sauce , Teriyaki Honey Beef , Kambing Lada Hitam , Irish Lamb Stew , Beef Stroganoff , Bamboo Clam with Chili , Steamed Fish Teochew Style dan bermacam lagi , banyak oiiii lebih kurang 160 Masakan Malaysia yang ada di sini.
Selain dari juadah utama yang superb banyak gila tu haa , korang akan di hidangkan dengan pelbagai pilihan sup seperti Sup Kambing Berempah Mamak , Seafood Tomyam , Sup Lobak Putih Ikan Kering , Crabmeat and Corn Soup , Cream of Mushroom , Lotus Roots with Herbs , Soto Madura dan banyak lagi gais .. Yummeh ! Menyelerakan sangat !
Di sini juga terdapat 13 show stations offering live cooking seperti Rojak Campur , Okonomiyaki , Teppanyaki Shawarma , Pasta Station , Bolognaise , Lala Meat Char Kuey Teaw , Ikan Bakar , Lamb Shoulder , Sliced Beef , Otak-Otak , Yong Tau Foo, Murtabak dan Arabic Marinated Roasted Whole Lamb .
Amacam ? Dah mula terliur ke hehe sebenarnya ni baru sedikit yang aku kongsikan , hanya teaser gituh jadi nanti konfirm korang akan terbeliak biji mata dan sedaya upaya menggunakan ruang di dalam perut supaya korang dapat merasai semuanya haha orang kata makan hingga perut penuh gituh.
Eh dessert nya mana ? Rileks okay ~ Of course lah kat sini pun ada dessert-dessert yang sedap dan pasti menarik minat anak-anak juga kerana ada ais krim ! Kuih-kuih melayu (takkan di lupakan) , Bread and Butter Pudding , French Pastries , Assorted Mousse , Jelly , Chocolate Fountain , Baklava , Tapai Dodol dan banyak lagi , yang pasti semua nya sedap.
Tempat Yang Luas dan Santai
Aku tahu , bila berbuffet ramadhan ni memang perlukan tempat yang selesa , santai dan luas kan , lebih-lebih lagi yang bawa anak-anak . Aku suka konsep cafe di Best Western I-City ni sebab ada yang tertutup dan juga terbuka . Jika ingin suasana santai , sambil tengok dan rasai angin luar , korang boleh duduk di ruang luar , ada ruang untuk anak-anak yang tak duduk diam juga kan hehe (anak aku la tu)
Haaa sambil-sambil santai kat luar ni bolehlah kita ngap durian kampung . Manis sangat durian kampung ni ha , dua round jugak lah layan durian haha sebab dah lama tak makan .. Best !
Tema Kampung Melayu , Sentuhan Arabic dan Cabutan Bertuah Menanti Anda.
Untuk tahun 2019 , tema kali ni lebih kepada kampung melayu , so nanti korang akan lihat miniature 'Rumah Melayu' yang akan mengimbau kembali kenangan waktu kecik-kecik dulu , rindu kan . Sambil-sambil makan mesti teringat kenangan waktu kecik bersama family , hah tetiba sedih haha dan juga ada sentuhan Arabic , thats why Aladdin akan ada menemani korang semua
Yang di tunggu-tunggu adalah akan ada cabutan bertuah juga yang akan di menangi setiap hari , apa hadiahnya ? Antaranya adalah hi tea vouchers , room diskaun , hotel stay dan banyak lagi hadiah yang bakal menjadi milik korang .
Antara menu yang ada , dan banyak lagi sebenarnya , if nak tahu sila booking awal-awal okay
Early Bird Specials & Bookings
Harga normal : RM119 nett per adult / RM69 nett for children / Senior citizen
Harga Special ( 13 March - 30 April) : RM99 nett per adult , 1 FREE for every 9 paying adults
So gais jangan lepaskan peluang untuk booking awal-awal dan dapatkan harga special ni , sekarang pun dah boleh start booking ! Untuk reserve / booking seats boleh contact nombor di bawah okay
CONTACT : 03 - 5521 9000
EMAIL : enquiry@bestwestern-icity-my
FOR GROUP BOOKINGS : sales@bestwestern-icity.my
Tq so much Best Western I-City Shah Alam
Boleh tahankan makanan dia.. Tambah byk pilihan.. Hihihi
BalasPadammakan bertemankan cahaya rembulan,awak nak belanja saya an? hahahhaha
BalasPadamBanyak menu dia. Tak tahu nak makan mana satu. Hehehe!
BalasPadambanyak jenis jugak makanan tuhh... kuih pun kena dengan bulan Ramadhan...
BalasPadam