SABAR

Assalamualaikum . 

Tengah mencari idea menulis sehingga hilang sabar dan blog terbiar sebegini rupa hihihi , bila berbicara soal sabar , pernah tak korang tenggelam dalam amarah hingga membuatkan penyesalan pun tak mampu membayar balik kesannya . Aku ? Hurm sebelum ni dapat lagi lah jadi penyabar , tapi .. 

Bila berbicara soal sabar ni , ia makin mencabar bila bergelar seorang ibu , masih lagi seorang ibu kepada hanya seorang anak lelaki , ''eh baru sorang , aku ni ha ramai anak , rileklah'' kata si bawangrangers. Betullah manusia ni bila kita meluahkan lebih suka terus membandingkan dengan apa yang dia alami.

-aku tak perlukan perbandingan , aku perlukan hanya sedikit penawar- 


Sebab tu kadang-kadang ada ibu yang masih stay dengan seorang anak , bukan sebab dia tak nak tapi dia tahu level dia tahap mana , ekonomi dia tahap mana , emosi dia tahap mana , sakit dia tahap mana. Tau lah dia nak beranak bila , sibuk suruh orang beranak buat apa - ''ayat ni bila level sabar mula terhakis bercampur mood tak menentu'' , silap mood tak memasal kena sembur keh keh keh . 


Sambung balik , yes jadi ibu ~ level kesabaran kena tinggi tahap gunung everest , kalau tak sabar tengok lah kes-kes dera , kes-kes pukul anak sampai meninggal ~ aku rasa sebab tak dapat nak kawal marah , bila amarah dah naik ke kepala , baby muka comel pun takde beri kesan simpati pada diri sang ibu bapa . YaAllah mintak di jauhi lah dari kejadian sebegitu.


Kenapa tetiba aku buat topik sabar ni ?Sebab aku tengah bersabar dalam proses potty training Rayyan ni , tak buat hari-hari sebab cepat stress haha , hari ni dia terberak sejemput atas karpet , dia baru cakap ''Umi , nak berak'' terus memberak hahahaha , then cepat-cepat angkut dia masuk bilik air sambung berak , adoha tapi bab kencing hari ni boleh puji , tak terbabas. Lupa pulak nak ambil gambar buat tatapan korang semua , kah kah kah ! 

To be continue .... 

Hati Berbicara :


Sabar boleh jadi benda yang paling payah . Ada masa dia jadi benda yang kita dengar pun dah jadi benci. Tapi itu lah satu-satu jaring yang pegang kita dari jatuh gaung . 
Tak ada dia kita boleh mati - Wani Ardy 



7 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Jangan banding kesabaran sesaorang membesar anak dengan kepayahan kita membesar anak kita Qaseh..
    Mungkin no1 banyak karenah banyak cabar kesabaran kita, tapi nanti anak no2, no3, mereka dah lain pulak perangainya..dan anak no1 kita nanti banyak mmebantu kita..percayalah...
    Biarlah Allah nak uji sejauh kesabaran kita, kita tempuh aje..nanti satu hari anak dah membesar macam Sis, Allah uji pula dengan kesunyian huhuhu..

    Enjoy your life Qaseh..but ada masa cari ruang untuk diri sendiri ya.. :)

    BalasPadam
  2. bab terberak tu memang kena banyak sabar. atau boleh alihkan dulu segala mak nenek karpet semasa proses training tu.. hehe

    BalasPadam
  3. @Sis Lin

    Haha baiklah sis , just semak dengan persoalan yg sama , ada rezeki ada la nanti , for now masih lagi punya kesabaran yang tinggi , dont worry be happy ahaks

    BalasPadam
  4. @Kak Wawa haha tu lah lupa nak simpan karpet hihihi

    BalasPadam
  5. saya pun kadang (eh, selalu jer) hilang sabar jugak. tapi saya baru anak 2. huhu.. tak mampu lagi nak tambah anak lagi buat masa ni sebab tahap kesabaran pun makin menipis nampaknya. huhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama