Surya S Great Grain | Minuman Kesihatan Untuk Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum 

Selamat hari raya aidilfitri korang semua, amacam Ramadhan dan Aidilfitri tahun ni? Ada yang terlebih makan atau pun tak tercapai lagi azam untuk diet ? hehe tu lah siapa suruh makan tak ingat dunia :p tapi takpe bila dah ada niat untuk diet atau kuruskan badan, pasti banyak cara yang korang boleh usahakan, jangan sedih-sedih okay

Hari ni qaseh nak kongsi tentang pemakanan / minuman sihat untuk korang amalkan, waktu Ramadhan haritu qaseh tak amalkan pengambilan susu waktu sahur, sebab qaseh beralih kepada Surya S Great Grain pulak, ramai yang share kebaikannya dan ada yang turun berat badan bila mengamalkan Surya S Great Grain ni haaa


Qaseh cuba Surya S Great Grain ni bukan untuk kuruskan badan tapi lebih kepada untuk kekal bertenaga sepanjang hari di waktu Ramadhan tempoh hari, kadang bila terlalu lemah sebab tak makan, semua kerja pun jadi terbantut ~ yelah, sebab cepat penat kan ? So, meh qaseh kongsi sikit kebaikan tentang S Surya Great Grain ni 

Surya S Great Grain ni mempunyai bahan kandungan yang terdiri dari 18 bijirin berkhasiat dan 5 makanan sunnah dan sememangnya ia mempunyai protein yang tinggi, jika korang seorang yang sangat mementingkan kesihatan tubuh badan, better amalkan produk ni dan ia sesuai untuk seisi keluarga juga.



Antara bijirin yang ada dalam Surya S Great Grain adalah beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitam, benih cia dan beras pulut di tambah dengan 5 makanan sunnah yang lain iaitu Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan Madu. 

Kekal Bertenaga Di Bulan Ramadhan 

Jadi, waktu Ramadhan hari tu, kadang-kadang qaseh memang agak mual untuk masuk makanan di waktu pagi, tapi sebolehnya nak juga bersahur supaya kekal bertenaga sepanjang hari, yelah bila jadi mak-mak dan seorang isteri ni memang banyak kerja nak kena buat, so qaseh hanya bancuh 1 sachet Surya S Great Grain bersama air suam sahaja dan makan kurma, memang gabungan yang bagus untuk kekal bertenaga.



Alhamdulillah, waktu bulan Ramadhan haritu, badan qaseh tak terasa cepat penat dan mengenyangkan, so takde la terasa cepat lapar di siang hari ye dok. Memang sangat bagus untuk di amalkan di bulan Ramadhan ni haa, dah lepas raya ni boleh lah sambung puasa 6 dan haruslah ada Surya S Great Grain sebagai peneman sahur. 

Jangan pelik pulak sebab warna Surya S Great Grain selepas di bancuh berwarna merah jambu, dan rasanya seperti bancuhan kacang merah, tekstur nya pulak berserat seperti oat yang halus, kalau korang suka buah-buahan boleh je tambah or blend bersama, lagi yummy !





Kebaikan Surya S Great Grain Untuk Kesihatan



Jadi, ia bukan hanya boleh di ambil sewaktu sahur sahaja tapi boleh di ambil secara harian, kebaikannya adalah untuk kesihatan tubuh badan dan untuk gaya hidup sihat dengan kandungan kebaikan yang di peroleh dari gabungan bijirin dan makanan sunnah ia nya sesuai dalam landskap multi-bijirin Malaysia

Multi-Bijirin mempunyai set nutrien komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksida menjadikan Surya S Great Grain adalah pilihan yang terbaik untuk sekeluarga dan pada ibu-ibu yang ingin memberi nutrisi yang baik untuk anak-anak.


Yang pasti ianya HALAL dan tiada pengawet, korang boleh dapatkan di semua cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan yang terpilih dan secara online di Shopee.

More Info :
Dapatkan Surya S Great Grain di : Watson, Himalaya, farmasi terpilih atau shopee 
Shopee : SGGShopee
Facebook : Surya.Malaysia
Instagram : @surya.malaysia

1 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama