Review Obsess Cosmetics | Treatment Cushion Foundation With New Packaging

Assalamualaikum 

Holla girls, lama rasanya tak share tentang kecantikan, mak-mak busy sikit tapi Alhamdulillah hari ni Qaseh nak share tentang produk kecantikan dari Malaysia yang sememangnya makin di kenali dari hari ke hari bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia dan juga Brunei. Tahniah buat founder Puan Hafizatul Atikah Mohd Fauzi atas kejayaannya, dan Qaseh berkesempatan menghadirkan diri ke acara yang sangat happening, all decorations cantk sangat, dan Qaseh rasa tenggelam dalam bidadari-bidadari cantik di Obsess Makeup Party. 


Obsess Makeup Party ni sebenarnya adalah untuk meraikan ejen-ejen yang sentiasa menyokong dari dulu hingga sekarang dan melancarkan packaging baru Treatment Cushion Foundation, sebelum ni Qaseh pernah beli yang packaging lama, bulat comel je dan warna pink tapi new packaging ni lagi cantik, dan nampak eklusif sangat, still warna pastel, ungu shining dan kali ni berbentuk petak. 

Jadi entry kali ni Qaseh nak share and review 6 item dari Obsess Cosmetics, dan paling best sekali of course lah packaging nya, and also nak share all happening activity, decorations, foods and all lah sepanjang event ni berlangsung di Light Box Sungai Buloh. 




Cantik kan semua dekorasi dan warna  Obsess Makeup Party ni ? Jap lagi Qaseh share lagi gambar-gambar sepanjang di event ni ,  sebab Qaseh nak share pada korang semua all item yang ada dalam box ni, beli satu box besar ni lagi berbaloi dan ada 6 item semuanya, full set gitu. So, Qaseh nak review beberapa item yang Qaseh dah cuba. 




Jika korang pening tak tahu nak pilih apa, boleh lah pilih 6 item ni, yang paling best of course lah foundation.
  • Brow Definer
  • Matte Lipstick 
  • Makeup Melt Away - Makeup Remover
  • Loose Powder 
  • Mascara
  • Bite My Cushion Foundation [Paling best!]
Bite My Cushion - Treatment Cushion Foundation [light]


[Harga : RM59]
Produk yang paling Qaseh suka sangat, ia bukan sekadar mekap sahaja tau tapi mengatasi masalah-masalah kulit muka. Terdapat 3 pilihan kod iaitu light, medium and dark. Qaseh guna kod light, tapi ia takdela terlalu cerah sebab warna dia agak warm dan sesuai dengan kulit muka Qaseh, macam kuning langsat macam tu. 

 Look at this new packaging, cantik kan, nampak sangat ekslusif berbanding dengan packaging lama dan of course Qaseh lebih suka yang baru ni. Bila bercerita tentang produk Malaysia ni, korang jangan la anggap semua produk Malaysia tak best, Obsess Cosmetics ni lulus KKM tau dan selamat di gunakan.

 Tektur :  Bau foundation ni wangi sangat seperti Vanilla, tapi lepas pakai bau tu takde la kuat sangat menusuk di hidung, dan tekstur dia tak melekit dan sangat mudah untuk apply di wajah.
Ingredients :Aqua, Cyclopentasiloxane, Titanium Dioxide, Propylene Glycol, Diisostearyl Malate, Talc, Isononyl Isononanoate, Caprylic / Capric Triglyceride, Glycerin, Polyglyceryl-4-Isostearate, Iron Oxides, Squalane (Olive), Dipentaerythrityl Tri-Polyhydroxystearate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Hexyl Laurate, Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxystreate, Polyglyceryl-3 Diisostearate, Hydrogen Dimethicone, Stearic Acid, Alumina, Phenoxyethanol, Fragrance, Disteardimonium Hectorite, Aluminum Hydroxide, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Propylene Carbonate, Arctostaphylos Uva Ursi (Bearberry) Leaf Extract, Geranium Maculatum (Geranium) Oil, Ethylhexyl Glycerin

Nampak kod light ni takde lah cerah sangat kan, kalau tone kulit korang sama macam Qaseh, lebih ke arah kuning langsat, sesuai je korang pakai kod light ni.

Yang bestnya tentang foundation ni, ia full coverage tau, even apply sikit pun dah boleh tutup cela-cela yang ada, pori yang terbuka luas tu haa boleh cover dengan foundation ni. Gambar atas ni Qaseh guna sikit je tapi memang superb dia punya effect tu, lepas apply kan, kulit muka lebih glowing. 

Packaging lama vs packaging baru 

Benefit Treatment Cushion Foundation ni jenis compact yang juga dapat merawat kulit wajah dan mempunyai sunscreen SPF 50 yang melindungi kulit kita dari sinaran UV. Mengandungi Argan Oil Serum dan Vit E. Membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat, jika di pakai secara berterusan dapat melicinkan kulit wajah. Tidak berminyak dan tidak melekit, even berpeluh pun ia tidak meninggalkan kesan bercapuk.

Ia sangat mudah di gunakan, full coverage, glowing, tak berminyak, dapat mengecilkan pori-pori, makeup tahan lama, even pakai sikit pun dah boleh jerawat dan cela yang ada di wajah dan paling best rasa ringan dan tak melekit.

Mattely In Liquid Lipstick - Bunga 

Mattely in Liquid, Qaseh sejak dua menjak ni suka pakai lipstick yang jenis matte ni, dulu tak suka sangat pakai sebab Qaseh pakai yang murah je so ia agak melekit macam gam woi, stress rasa tengok orang lain pakai cantik je haha, then Qaseh cuba satu brand ni agak okay, dan try pula Obsess Cosmetics ni

[Harga : RM40]
Qaseh cuba kod Bunga, sweet je nama Bunga ni seperti Qaseh ahaha so ada 7 variasi kod , Bunga, Carrot, Sirap, Dodol, Bandung, Katira dan Ribena. 

 Ingredients : Cyclopentasiloxane, Trimethylsiloxysilicate, Dimethicone, Isododecane, Polymethylsilsesquioxane, Diisostearyl Malate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Talc, Silica Dimethyl Silylate, Cera Alba (Bees Wax), Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Flavor, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Macadamia Integrifolia (Macadamia) Seed Oil, Argania Spinosa (Argan) Kernel Oil May Contain +/- Titanium Dioxide (CI 77891), D&C Red No 28 (CI 45410) D&C Red No 6 (CI 15850), D&C Red No 7 (CI 15850), Iron Oxide Red (CI 77491), Iron Oxide Yellow (CI 77492), Iron Oxide Black (CI 77499)

Jarang sangat guna kod colour ala-ala orange ni, tapi bila ia jadi matte di bibir, nampak cantik pulak, Qaseh suka lah tekstur dia liquid yang agak cair so ia tak cepat melekit, senang nak rata kan di bibir sebelum ia jadi matte. Bila apply di bibir, rasa sangat ringan hingga terlupa tengah pakai lipstick dan tak mengeringkan bibir, senang di cuci dan mesra wuduk. 


Too Smooth Too Resist Loose Powder

Loose powder paling penting untuk bagi foundation kita nampak smooth dan tak berminyak, dan pastikan loose powder yang kita pilih dapat menyerap minyak di muka sepanjang masa. Yang bestnya tentang Loose Powder Obsess Cosmetics ni ia mempunyai Extract Olive Squalane yang sangat bagus untuk kulit kering dan sensitif. Lagi best Olive boleh membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.

[Harga : RM59] 
Ingredients :Talc, Boron Nitride, Hydrogen Dimethicone, Squalane (Olive), Tocophyeryl Acetate,  Fragrance
Loose powder ni ada satu kod je, kod translucent so ia sesuai dengan semua warna kulit. Loose powder ni akan beri kemasan yang cantik pada mekap dan muka lebih nampak flawless gitu. 

Benefitnya adalah untuk meningkatkan kulit wajah lebih berseri, cepat mencerahkan kulit, melicinkan kulit muka dengan mengaburkan garis-garis atau kedutan yang terdapat pada wajah, makeup lebih tahan lama dan yang paling penting ia bertindak sebagai kawalan minyak.

Makeup Melt Away - Makeup Remover

[Harga : RM25]
Makeup remover ni paling comel dan cute Qaseh pernah tengok, bagus lah Obsess Cosmetics buat makeup remover kecik macam ni sebab senang gila nak bawak ke mana-mana, selalu keluar kan susah nak solat kalau takde makeup remover ni, rasa tak bersih je kulit muka.



Qaseh dah cuba sental beberapa mekap, dah buat uji kaji gitu, memang senang gila nak hilangkan, teksturnya terkandung oil + micellar water yang sangat baik untuk kulit sensitif dan dapat menghilangkan waterproof makeup. Sesuai dengan semua jenis kulit dan tidak akan merengsakan kulit wajah.

Brow Definer Triangular Brow Pencil

 [Harga : RM39]
Ingredients : Isopropyl Isostearate, Synthetic Beeswax, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Ceresin, Magnesium Aluminum Silicate, Tocotrienols (Vitamin E), Ascorbyl Palmitate, Mica, CI 77400, CI 77480, CI 77499

 Sangat mudah digunakan, dengan bentuk segitiga dan mempunyai brush sekaligus melengkapkan kening on the fleek korang hehe, this one kaler chocolate, pencil brow Obsess ni tak keras tau, so untuk cepat patah tu memang dapat di elakkan lah dan senang apply. 

Mascara 
[Harga : RM40]
Ingredients : Aqua, Cyclopentasiloxane, Acrylates Copolymer, Stearic Acis, Disteardimonium, Hectorite, CI 77266 (Carbon Black), Propylene Glycol, Copernicia Cerifera (Carnauba Wax), Silica Dimethyl Silylate, Propylene Carbonate, Tocopheryl Acetate, Synthetic Nylon Fiber, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin.

Mascara ni jenis waterproof, senang nak guna sebab berus dia kan lekuk macam tu so bulu mata di tepi kiri dan kanan mudah di apply kan, lepas apply ni kan zasss panjang dan lentik naww bulu mata ku. Tak mudah bertompok atau hilang dan senang di cuci hanya menggunakan air sahaja. 


Nak share gambar-gambar sepanjang event Obsess Makeup Party berlangsung, banyak aktiviti yang di adakan, semua booth and all decorations semua cantik-cantik, so iols tak ketinggalan lah untuk ambil gambar banyak-banyak hehehe, rasa macam potato berada dalam kalangan orang cantik ni ye, tapi Qaseh enjoy sangat. Tq Whoop Agency and Obsess Cosmetics for having me that day :) Semoga Obsess Cosmetics terus maju dan sokong produk Malaysia. 












More Info :


13 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. bestnya dpt pi event untuk brg2 kosmetik ni..jeles..tapi serius la macam nak try kosmetik obsess ni..macam best plak baca review qaseh...

    BalasPadam
  2. Cushion Foundation tu memang best sangat, dap dap skit ja dah rasa flawless hehe. Limatte pun best, akak plan nak tambah koleksi ni haa..nak beli yg kod Bunga lah, cantik!

    BalasPadam
  3. I've never tried their products before but I've been following them and I can noticed they've been expanding quite rapidly!

    BalasPadam
  4. mek tak sabar nk tengok korang buat tutorial guna makeup obsess ni. semuanya nampak cantik dan harga pun berpatutan.

    BalasPadam
  5. Sangat nyaman ya kalau misalnya makeup dalam satu paket. Apalagi paketnya itu dengan kemasan yang baru. Waaah jadi makin serasi. Ini istri saya lihat jadi kepengen lipstiknya katanya hehe..

    BalasPadam
  6. Wah. First time dengar brand obsess ni. Ok tak produk2 dia? Menarik jgk packaging2 mcm produk international ni. Maaflah lelaki tak menahu sgt produk perempuan ni 😬😬

    BalasPadam
  7. Suka pakai Cushion Foundation sgt sesuai utk guna tanpa guna foundation lain, brand ni pun first time dgr

    BalasPadam
  8. First time dengan produk ni, ok ke. Macam nak try kosmetik obsess ni

    BalasPadam
  9. ala comelnya event ni. sesuai sangat untuk siapa yang obses cantik ni kan. packaging produk pun nampak cantik & menarik sekali

    BalasPadam
  10. Wahh bestnya review 🌹 Terima kasih.. Jom lah sesiapa yang berminat nak dapatkan barang Obsess Cosmetics, Yana Agent Obsess KL. Visit ig Yana @Lisora.Beauty atau pun FB Hafyllia Liana. Nak COD sekitar KL pun boleh. Postage setiap hari tau 😊

    BalasPadam
  11. @Fieza Sani Hai. Nak dapatkan Obsess Cosmetics. Jom la order daripada Yana. Agent Obsess Cosmetics KL. Visit ig @Lisora.Beauty dan COD available sekitar KL.

    BalasPadam
  12. @Fieza Sani
    @Fieza Sani Hai..kalau berminat dgn product obsess cosmetics..bole dapatkan daripada wawa. Agent Obsess Cosmetics puchong.. atau boleh visit ig @wawa.obsess.cosmetics dan COD available sekitar selangor.

    BalasPadam

  13. Hai semua..kalau berminat dgn product obsess cosmetics..bole dapatkan daripada wawa. Agent Obsess Cosmetics puchong.. atau boleh visit ig @wawa.obsess.cosmetics dan COD available sekitar selangor.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama