Assalamualaikum, hye semua lama sungguh tak berfacial, seingat qaseh last bulan January hari tu hehe, tapi kali ni qaseh nak share Qaseh buat rawatan lain sikit dari kebiasaan. Qaseh pun terkejut tengok kesan lepas buat treatment ni ~
Rawatan Non Surgical Lift Face Treatment atau High Intensity Focus Ultrasound ( HIFU) di CPS Skin Love Cantik Persis Selebriti di Bangi. Di Bangi ni sebenanrnya merupakan branch ke dua CPS, yang pertama di Shah Alam. Kat sini bukan hanya ada rawatan muka tau, tapi ada juga Spa, siap ada pakej bridal lagi dan juga untuk rawatan kecantikan mata, tapi hari ni Qaseh just nak kongsi pengalaman Qaseh buat rawatan HIFU di sini.
APAKAH ITU RAWATAN HIFU ?
Ni pun kali pertama juga lah Qaseh buat rawatan HIFU ni, hihi takde suntik-suntik tau ~ sebab Qaseh kalau boleh memang elak facial jenis suntik-suntik ni haha penakut gitu. HIFU ni pula adalah singkatan dari High Intensity Focus Ultrasound yang mana sangat sesuai untuk kita yang semakin berumur tapi still nak nampak muda dari umur gitu.
Kebaikan HIFU ni adalah untuk menegangkan kulit wajah kita yang makin lama makin tak berapa anjal tu, mengurangkan garisan-garisan halus atau kedutan yang makin muncul di wajah, dan boleh meredakan eyebag di sekitar mata. Ramai kan bermasalah eyebag ni tapi tak jumpa lagi cara yang berkesan untuk meredakan, haaa boleh lah buat rawatan HIFU ni.
Makin lama kan usia kita makin meningkat, kadang selalu stress atau pun faktor keturunan buatkan kita tak perasan perubahan kulit wajah kita. Kadang umur muda tapi muka dah nampak kedewasaan gitu.
Before korang buat rawatan, akan di bawa dalam bilik ni untuk consult masalah kulit then baru lah proses rawatan di lakukan. CPS ni cantik, luas dan selesa sangat, bilik pun banyak nanti Qaseh share ok.
Pengalaman Buat Rawatan HIFU di CPS BANGI
Rawatan HIFU ni mengambil masa dalam satu jam setengah, kalau korang bawak pasangan, jangan risau ada je ruang untuk menunggu. So, ni lah bilik single yang Qaseh buat rawatan di CPS Bangi ni. Rawatan HIFU ni tak banyak step pun sebab muka Qaseh pun takde masalah sangat. Jom baca lagi proses rawatan HIFU ni, sakit ke uols ? Haaa~
- STEP 1
Mula-mula macam biasa, wajib lah cuci dulu mekap yang ada di muka, gatai kan tau dah nak pergi buat Facial tetap juga nak bermekap haha, tapi tak mekap pun still kena cuci dulu baru lah rawatan HIFU mudah memberi kesan pada kulit
Ni muka Qaseh di cuci dengan pencuci muka, dan juga scrub lepas tu staff ada buat urutan di sekitar wajah.
- STEP 2 - STIM / WAP MUKA
Ni pula adalah proses wap muka, sebelum muka di wapkan, muka Qaseh di letak gel khas dan di letakkan beberapa mask untuk menutup mata dan juga sekitar wajah, sebab wap ni kan agak panas, so akan di biarkan selama 10 minit. Kat sini qaseh rasa ada tindak balas gatal-gatal sikit di bahagian muka, geram je tangan ni nak garu tapi sabo haha, itu tindak balas biasa je jangan risau ye.
- STEP 3 - BUANG BLACKHEAD / WHITEHEAD
Fungsi stim / wap muka tadi adalah untuk menyenangkan proses membuang blackhead dan whitehead di muka ni haa, best je rasa guna alat ni. Biasa buang sendiri, menyakitkan, ni guna alat ni sejuk je rasa, erus rasa kulit muka bersih je ~
- STEP 4 - RAWATAN HIFU
Mesin khas yang di gunakan untuk rawatan HIFU
So inilah dia rawatan HIFU, ada mesin khas yang di gunakan untuk rawatan HIFU ni, sebelum tu muka Qaseh di letakkan dengan satu gel khas bagi mengurangkan kesakitan dan memudahkan proses. Perasaan buat rawatan HIFU ? Rasa dia mula-mula tu rasa sejuk je, lama-lama akan rasa pedih-pedih sikit sebab alat tu ada karen juga tapi takdelah sakit pun, biasa-biasa je haaa.
Video rawatan HIFU
Proses rawatan HIFU ni best, terasa pipi diangkat dan di urut untuk menganjalkan lagi kulit, muka qaseh ni jenis takde pipi sangat, tak berapa nak bambam hihi so HIFU ni akan buatkan kulit muka kita tegang dan lebih anjal gitu
- LAST STEP
Lastly, selepas buat rawatan HIFU muka terasa agak panas tapi last step ni untuk meredakan kembali, muka Qaseh di letakkan mask yang sejuk amat, rasa nak tidur je dan di biarkan beberapa minit. Lepas tu muka di cuci ~ dah siap !
KESAN SELEPAS BUAT RAWATAN HIFU
Yang bestnya, qaseh terkejut jugaklah sebab kesan dia boleh nampak terus, ni staff ambilkan gambar, no edit-edit tau. Kalau korang boleh lihat, sebelum buat rawatan HIFU, pipi qaseh dedua macam cengkung gitu, tapi selepas buat rawatan HIFU tu pipi Qaseh nampak naik sikit kan ? Syokkk oooo, kalau nak nampak lagi berkesan kena buat dalam 3 kali rawatan.
KESAN SELEPAS HIFU
- Kulit semakin menegang kerana kolagen mulai aktif dalam kulit
- Masalah kedutan semakin hilang serta melambatkan proses penuaan
- Pori muka semakin mengecil dan membuatkan kulit lebih glowing
- Kulit wajah bertukar menjadi pinkish semulajadi
- Kolagen baru mulai aktif untuk pembentukan sel kulit yang baru
KENAPA PERLU BUAT RAWATAN HIFU ?
So ni Qaseh nak share review Qaseh sendiri, kadang kita takut lepas buat facial muka kita akan breakout sebab sensittif, tapi alhamdulillah rawatan HIFU ni tak beri kesan buruk pada muka Qaseh, cuma beri kesan sementara selepas buat rawatan kulit merah-merah dan pedih sikit je, tapi lepas 2 3 hari kulit jadi normal balik dan makin lembut.
Rawatan ni serious tak menyakitkan, halal, selamat dari bahan kimia, tiada pembedahan yang dilakukan, tiada suntikan apa-apa di wajah, berjaya memberi kesan positif dan yang bestnya kita boleh nampak kesan secara serta merta. Syiokk woooo ..
HARGA RAWATAN HIFU DI CPS SKIN LOVE CANTIK PERSIS SELEBRITI DI BANGI
Untuk rawatan HIFU yang Qaseh buat ni harga dia RM388, kalau harga member murah je RM318. Untuk lain-lain harga atau pakej, boleh tengok di gambar bawah
Selain rawatan HIFU ada juga rawatan-rawatan lain tapi HIFU ni korang memang wajib cuba lah untuk nak kulit anjal dan tegang, siyes best. Buat sekali pun dah nampak kesan, kalau buat 3 kali rawatan dah boleh jadi artis gitu haha. Bilik pun korang boleh pilih, nak VIP ROOM pun ada, ni qaseh share bilik-bilik yang ada di CPS SKIN LOVE BANGI
Bilik VIP untuk seorang
Bilik VIP Double
Bilik Spa & Sauna
Lawa design lampu oleh owner CPS ni
Bilik biasa untuk seorang
Bilik biasa untuk dua orang
Amacam best kan tengok Qaseh buat rawatan HIFU di CPS Skin Love Bangi ni, jangan tak cuba rugi, lebih-lebih lagi nampak pipi dah makin kendur, makin nampak letih je tu, should try this treatment tau, lagi pun rawatan ni juga famous di Korea, meh lah kita jadi cantik persis selebriti juga ~
More Info :
Alamat : No.57-1, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor
Website : http://www.cpsskinlove.com/
Instagram : https://www.instagram.com/cpsskinlove/
No HQ : 03-55194159
No Shah Alam : 010-8061350
No Bangi : 011-51202090
Email : celebriticantik@gmail.com
wow.. nak buar jugaaaaakkk..!!!
BalasPadamgulp 300 lebeh hahahaha . teringin nak pi juga.. ada voucher tak qasehhhhh hahaha
BalasPadamUishhh.. Bestnya.. Nampak la benyuk muka tu lain. Tempat pun best dan selesa.. Pertam akli dengar rawatan Hifu ni..
BalasPadamTak pernah buat rawatan HIFU ni
BalasPadamharga not bad.. betul usia semakin menambah kena rajin +suplement dan buat rawatan , bagi mudaa sentiasa
BalasPadamNampak menarik.. AM pun nak buat gak la.. Jenuh dok scroll sbb takut ada suntikan bagai.. Nasib baik xder.. Bab urutan wajah tue AM mmg suka. Boleh terlena dibuatnya.
BalasPadampergghhh! makin berseri muka lepas rawatan.
BalasPadamSaya x berani nak buat facial sbb pernah sekali 1st time buat,kulit muka tegang, kemerahan.
2nd time buat, rasa lemas x bernafas masa kena wap kan muka tu.serik la.huhu
owh dekat shah alam pun ada ya, bolehla nak pergi cuba sesi rawatan macam qaseh buat ni. berapa lama treatment yang qaseh buat ni ya? akak nak book masa lunch hour hari junaat, waktu rehat pun panjang ;) memang dah lama nak hilangkan garis halus kat wajah ni
BalasPadamBest ni nak hantar wife manjakan badan jugak. First time dengar hifu tu. N boleh tahan lawa n nampak baru peralatan diorang. Untuk lelaki boleh jgk ke ? Nak jugak jadi hensem hehe
BalasPadamMenarik sangat.
BalasPadamPernah juga buat rawatan buang black n whitehead,
mmg rasa semacam n part hidung mmg agak sensitif
gatal2 gitew..
Yg nak try rawatan ni, bolehlah cuba..
Terima kasih atas perkongsian ya. Menarik. Nak nmpak cantik mmg kena buat pelaburan, barulah menjadi. In shaa Allah akan suggest dkt member.
BalasPadamDekat sangat nie dengan rumah Rawlins.
BalasPadamNak try gak la - almaklum bila dah makin berusia, macam-macam bantuan diperlukan untuk mengekalkan keremajaan kan
Part sis kata tahan je tangan nak garu sbb gatal masa treatment tu, nur pun geram je rasa. Hahahaha sbb nur tak boleh ada rasa gatal sikit kat muka. Memang tangan takleh tahan nak garu. Tapi best lah buat treatment hifu ni. Yela, usi makin bertambah, kulit muka pun mesti nak kene jaga lebih rapi. Boleh la cuba...
BalasPadamwowww.. meanriknya buat rawatan muka kat situ.. 1st time Dilah dengar rawatan HIFU ni.. memang cantik macam celebrity la lepas ni.. hihi
BalasPadambeauty is pain ...tapi syok aihh tengok hasil dia lepas rawatan ...dah lama gak tak buat facial...lagi umur macam akak ni rawatan kena lebih ...kang abam cari lain pulakkk ...ehehehe
BalasPadambestnya weih kalau dapat me time kat sini. rasanya boleh tertidur dengan orang duk urut kat muka tu.
BalasPadamBestnya,nampak gak beza tu sebeleum dan selepas...
BalasPadamcantik persis selebriti ni rasanya macam famous sebab selalu nmpak iklan dia. bestnya dapat try service dia. lepas ni makan cantik and muda la qaseh.
BalasPadamwah cantik & selesa.. kalu rajin datang buat rawatan selalu setiap bulan boleh dapat hasil cantik, kulit sihat & terjaga. nampak perbezaan sebelum & selepas buat treatment tu. harga pakej setiap treatment pun berpatutatan
BalasPadamWah.... Bestnya! Harga pun cun...
BalasPadamSeronoknya dapat memanjakan diri.
BalasPadamwahhh.. lama teringin ni. patut la Qaseh selalu cantik berseri.
BalasPadamsuka masa dia buang blackhead tu.Seronok, nak tertidur tau. Memang muka bersih sangatlah kalau dah ke spa. Itu yang best. Nampak lah muda 10 tahun.. tehehe
BalasPadam