Assalamualaikum
Weil Hotel Ipoh Review | Holla gais, beberapa hari lepas Qaseh ke Ipoh, jalan-jalan makan angin hehe, bila keluar dari negeri ni semestinya penginapan paling penting, jadi dimana nak stay sepanjang berada di Ipoh? Haa bagi yang mengikuti instagram Qaseh, semestinya korang tahu ~ sebab qaseh dah banyak buat ig stories tentang hotel ni ~ eh siapa belum follow boleh follow @qasehdalia k :p
Jika korang pergi Ipoh tapi tak tahu nak stay mana, qaseh nak suggest Weil Hotel Ipoh, sangatlah cantik, selesa dan seperti taknak balik rumah dah bila stay sini, staff peramah, lobby cantik, makanan sedap, ada Infinity Pool di rooftop, bilik sangat selesa dan yang bestnya hotel ni bersambung dengan shopping mall ~ Ipoh Parade, so tak perlu nak drive keluar untuk ke shopping mall ~ just jalan kaki je gais.
Weil Hotel Ipoh memang strategik tempatnya, sebab ia berada di tengah-tengah bandar Ipoh, waktu qaseh stay sini, ramai juga pelancong dari luar stay kat sini dan Weil Hotel adalah hotel 4 bintang, design dari luar nampak santai dan simple tapi bila jejakkan kaki dalam hotel ni, wow teruja sebab konsepnya moden kontemporari, ekslusif dan mewah.
LOBBY
Bila jejakkan kaki di lobi hotel ni, wow lobi dia sangatlah luas dan cantik amat, ada beberapa port untuk lepak dan ruang menunggu dan semestinya rambang mata bagi korang yang suka berootd sebab banyak sangat port cantik untuk bergambar, instagrammer pasti suka sangat, memang dapat banyak stok gambar bila ke sini hikhik
Tak sabar nak tunjuk kat korang view bilik yang qaseh stay di sini selama 3 hari 2 malam ~ so moh kita check in ! Jangan lupa bawa duit lebih for deposit but dont worry ugais boleh guna credit card.
BEDROOM
Masuk je bilik ni, wowwwww luas, cantik dan nampak selesa sangat, bila dah landing atas katil ermm nyaman banget, dengan aircond yang function phewww kalau lah bilik i kat rumah macam ni konfirm asyik tido je, tak buat kerja rumah ahaha
So bilik yang qaseh stay ni adalah STUDIO ROOM di level 9, nice sangat. Kelengkapan pun cukup semuanya, antara kelengkapan yang ada dalam Studio Room ni, iron & iron board, mini bar with coffee, tea, snacks, dan ada soft drinks dalam peti ais mini, hair dryer, large led tv, long desk, free wifi yang laju gila, aircond and also ada handy smartfon untuk korang survey tempat menarik di Ipoh.
Dibahagian tingkap pula ada beberapa buah sofa untuk minum-minum kopi sambil relax dan santai (abaikan Rayyan disitu), sebab qaseh 3 beranak, ada extra bed untuk Rayyan. Bilik ni full carpet tapi tak ada masalah bau, biasa karpet kan memerangkap bau tapi alhamdulillah takde bau yang kurang menyenangkan and banyak plug (penting!!) sebab qaseh bawak camera lagi, hp 3 biji, powerbank lagi, so plug sangat penting juga.
For info, Weil Hotel Ipoh mempunyai 313 bilik yang terdiri dari beberapa konsep, perfect staycation untuk bercuti, businness or event. Macam bilik qaseh ni adalah studio kan, ada lagi dua kategori bilik iaitu Cosy and Suites dan ada pula konsep/ design berlainan iaitu Brewer, Summer Bliss, Telegraphs and Miner. Sumpah lawa gila, boleh tengok di website untuk room kategori ni
The Bathroom
Woahhh, bila masuk bathroom paling penting nak tahu ada tak bathtub ~ haha sebab qaseh suka berendam dalam bathtub,of course la bathtub ada gais, omaigod bathroom pun cantik, bathtub besar dan luas, sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak, antara kesukaan Rayyan ni haaa ~ sama perangai dengan mak kan
Bathroom ni, korang boleh nampak dari luar tapi ada tirai yang boleh tutup, sangat bagus buat konsep kaca yang boleh nampak dari luar sebab takde la risau bila Rayyan duk berendam dalam ni, qaseh boleh pantau dari luar. Tapi kalau Umi nak mandi of course lah kena tutup :p . Ruang bathtub ni sekali dengan shower di pisahkan dengan pintu kaca.
Ni pula ruangan kering gitu, untuk cuci muka, gosok gigi and melabur :p. Semua kelengkapan cukup,ada syampoo, conditioner, body wash, lotion, soap di ruangan cermin. Untuk berus gigi, ubat gigi, shaver, shower cap, bath salt semua ada dalam drawer.
Kalau bathroom cantik cenggini kat rumah, hari-hari i buat skincare routine ahahaha.
FOOD
Tentang makanan pula, korang jangan risau. Ada beberapa restaurant dalam Weil Hotel ni yang korang boleh cuba. Untuk breakfast boleh breakfast di Tiffin Restaurant yang menyediakan buffet breakfast yang punyai banyak pilihan makanan melayu. For lunch, boleh cuba di Yuk Sou Hin (Chinese Fine Dining) , boleh cuba teh asli dan masakan China. Selain tu boleh ber Hi Tea di Tea Lounge for dessert, premium tea / coffee and for dinner and view yang cantik boleh dinner di The Deck Gastro Bar at Rooftop.
Hari tu qaseh check in dalam pukul 3, lepas dah settle semua, qaseh terus pergi Hi Tea di Tea Lounge.
HI TEA di TEA LOUNGE
Tea Lounge kat sini sumpah cantik sangat, nampak sangat ekslusif, menenangkan sebab didendangkan dengan melodi piano, sambil-sambil makan terbuai dengan melodi indah, rasa macam Hi Tea yang sangat romantik. Suka sangat persekitaran di Tea Lounge ni, makanan toksah cakap la, dessert dia lembut, cappucino and latte sedap berlemak, omaigod teringat balik.
Qaseh cuba 3-Tier-Hi-Tea untuk afternoon di Tea Lounge ni, harga untuk 3-Tier-Hi-Tea hanya RM64 for 2 pax dari pukul 12pm - 5pm setiap hari. Murah kan ? Tapi sangat berbaloi dengan rasa dan suasana di Tea Lounge ni.
Ada pelbagai premium tea kat sini, if korang suka kan tea boleh order tea, but hari tu qaseh order cappucino adn latte for husband. Sangat sedap coffee kat sini, rasa memang tak cukup secawan, im addicted with their coffee !
3 Tier Hi Tea ni ada beberapa dessert such as Coffee Cheesecake, Fresh raspberry Mousse, Lemon Curd Eclair, Macarons, Durian Meringue, Rendang Lamb, Mash Potatoes ,Mini Burger, Sandwish, Smoked Salmon Brioche and others. Walaupun nampak kecil tapi nak habiskan ~ yaampun kekenyangan sangat dengan scone with strawberry jam. Sedap tak terkata gue.
BREAKFAST - TIFFIN RESTAURANT
Second and third day, qaseh breakfast di Tiffin Restaurant (halal). Konsepnya macam biasa lah buffet breakfast, so boleh makan hingga kenyang. Pelbagai pilihan makanan dari barat and also melayu. Ada Nasi Lemak and also Roti Canai, tapi tiap kali ke hotel mesti qaseh cari bubur nasi untuk breakfast hehe dah biasa, nasib baik kat sini ada bubur nasi, plain dan chicken.
Nak jugak ootd tu :p
First round, qaseh cuba roti canai kat sini, paling suka kuah dal dari kuah kari hehe, not bad, kuah dia agak pekat for me, so terasa kacang dhal tu. Perghhh and qaseh suka kopi kat sini, eh memang kopi kat sini sedap-sedap wei !
Pagi-pagi biasanya qaseh tak makan banyak tapi sebab banyak makanan sedap kat sini, memang ulang alik ambil makanan ahaha, sian staff asyik kutip pinggan ai je.
LUNCH - YUK SOU HIN (Pork Free)
For lunch, qaseh cuba Chinese Food, orang cakap di Yuk Sou Hin ni Dim Sum dia terbaik ! Qaseh ada juga baca review beberapa blogger datang makan dimsum kat sini, terliur jugak lah nak cuba, so lunch kat sini qaseh berkesempatan cuba Dim Sum yang dipilih oleh Chef. Sedap ke tak ? Haaa
Lunch kat sini, korang akan dihidangkan dengan Chinese Tea, that day qaseh minta Crysantymum Tea, kebiasaannya chinese tea ni memang original tanpa perisa, agak sedap even no sugar. Diorang selalu tuangkan kita tea bila dah habis dalam gelas, means akan selalu tambah hehe. Teringat masa kat China, hari-hari minum chinese Tea ori, badan rasa segar je.
By the way menu kat sini, chef yang pilihkan sebab qaseh tak tahu nak order apa haha, so pilihan ni antara yang best seller lah kat sini, jadi pilihan orang ramai.
Antara menu yang yang qaseh cuba kat sini adalah steamed dimsum , must try ye dimsum kat sini memang sedap gilos, biasa qaseh tak berapa minat sangat dimsum sebab nampak biasa je, tapi bila inti dimsum ni sedap, perghh ketagih. Korang boleh cuba menu-menu kat atas ni
- Fried Rice
- Steamed Prawn Dumpling
- Pan Fried Siew Mai with Crab Roe
- Hot and Sour Soup
- Crispy Fried Bean Curd Roll with Shrimp
- Kailan
Lastly Smoked Duck yang sumpah sedap, nampak macam sikit kan tapi kitorang bercinta jugak nak habiskan, sebab kekenyangan. Smoked ni pun must try bila lunch disini. Sebab tu orang kata kat sini syurga Dimsum, memang sedap dan punyai pelbagai Dimsum yang korang nak. Phewww ia mengenyangkan juga sebenarnya ~
Last but not least, korang boleh cuba premium chinese kat sini, free katanya.
DINNER - THE DECK GASTROBAR (pork free)
Dinner qaseh untuk malam pertama, qaseh cuba menu-menu best di The Deck GastroBar, fuhh masuk bar gais, tapi makanan sini pork free. The Deck terletak di roof top, level 13 sebelah Infinity Pool, view di sini sangat cantik, sebab boleh lihat pemandangan bandar Ipoh di waktu malam.
A lil bit susah nak snap picture sebab colour lampu kebiru-biruan macam ni haha but sokay untuk lepak dinner with friends okay je with relaxing song
BUFFET DINNER - TIFFIN RESTAURANT
Second night, qaseh ber buffet dinner di Tiffin Restaurant, waktu qaseh post di instagram, ada follower cakap buffet dinner di Weil Hotel ni sangat sedap, dan dia habiskan sushi haha. So, qaseh masuk je untuk dinner, memang meriah gila, penuh dengan makanan yang sedap-sedap dan that night ramai juga yang buffet dinner kat sini.
Surprisely, ada barbeque jugak ! Ohmygod, i love seafood ! First thing, cari ketam! haha so memang pelbagai pilihan jika korang datang untuk buffet dinner di sini, meriah dengan all dessert, ada sushi, ada barbeque, lamb, beef, salmon, fish dan macam-macam lagi.
Jujurnya, buffet dinner lagi sedap dari breakfast perghhh siriyes makanan dia berkualiti dan punya rasa yang qaseh suka, dessert sangat sedap, ada yang tak terlalu manis (fav) , dan sangat lembut, cair dalam mulut. huihui teringat-ingat lagi rasa dia.
INFINITY POOL
Sempat juga qaseh turun di Infinity Pool Weil Hotel ni at rooftop level 13 , pemandangan bandar Ipoh memang terlihat jelas dari atas. Sejak-sejak selalu masuk pool ni, dah makin pandai berenang ahaha boleh lah, kena praktis more. Kedalaman pool ni 1.2 meter, paras dada qaseh, Rayyan takut nak turun aduhai dia suka main air tapi penakut !
Towel disediakan disini, ada toilet for changing cloth tapi qaseh just lap-lap sampai kering then masuk bilik.
View waktu malam lagi cantik gila. ~
Sepanjang qaseh berada 3 hari 2 malam di Weil Hotel Ipoh ni, rasa best sangat. Staff tak lokek dengan senyuman bila bertembung, walaupun aku ni spesies clumsy and blur jugak kadang-kadang tapi staff hotel layankan ajee ~ haha sabo je la. So kalau korang datang Ipoh, tak tahu nak stay mana serious ni pilihan tepat untuk korang relaxkan diri, bangun pagi memang liat lah sebab selesa yang amat !
Tq so much Weil Hotel Ipoh, pengalaman stay di sini yang hampir sempurna :) Masukkan dalam list korang ye bila datang ke Ipoh, antara hotel yang best dan terbaik di Ipoh.
ADDRESS
292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
Contact : +605 208 2228
OK nanti nk try lepak Ipoh la. Wajib stay sini
BalasPadamCantiknyaaa! Nampak mewah lah hotel ni. Bathtub tu besttt
BalasPadamTerbaikla hotel dia.. Luas mmg sesuai bawknfamily dekt sini.. Makan pun sedp
BalasPadamCantik.. next time pergi Ipoh nak try hotel ni.
BalasPadamWah wah bestnya... Best hotel ni. Infinity pool tu mmg cantik waktu malam
BalasPadambilik sangat besar. sangat bersesuai yang bawa satu family besar. Terima kasih berkongsi informasi
BalasPadamMemang cantik hotel ni. Marina walaupon kat Ipoh. Tido gak hotel ni sebab ada event kat weil hotel. Hihi. Suka sini sebab shopping mall sebelah je
BalasPadamDulu duk ipoh asyik tengok hotel ni ja, kalau g pun, masa cover event...
BalasPadamsalam, promote habis habis ni.....
BalasPadamcantiknya view malam dekat sini
BalasPadamWow! Memang nampak banyak sangat lokasi utk instagram! Makanan banyak pilihan plak tu. Kalau Rawlins, mau photoshoot dalam bathtub kot. Haha.
BalasPadamBestnya Qaseh dapat stay kat hotel ni. Tengok rate dia boleh tahan mahalnya tu..kena kumpul duit la nak stay sana sekali sekala kalo ke ipoh.
BalasPadamYa ini merupakan hotel mewah terbaharu di Ipoh. Memang cantik. Teringin gak nak review hotel ni mudah ke nak dapat staycation di sini? Nak gak try haha sbb teman Ipoh mali sering juga balik kampung jmpa famili.
BalasPadamwah cantik tempatnya, bilik pun nampak selesa. banyak facilities menarik pulak ti. kalau ke ipoh boleh book hotel ni
BalasPadamCantiknya hotel Weil ni. Duduk lalu lalang depan hotel tiap kali balik ipoh.memang cantik sgt hotelnya, interior pun simple dan nmpk cozy je. Food pun nampak macam sedap je.
BalasPadamCantiknya hotel Weil ni. Duduk lalu lalang depan hotel tiap kali balik ipoh.memang cantik sgt hotelnya, interior pun simple dan nmpk cozy je. Food pun nampak macam sedap je.
BalasPadamWah. Betul2 enjoy duduk hotel ni 3 hari. Full abroAd makanan . Mesti puas hati kan. Kalau tgk dari gambar, mcm 5 star hotel. Cantik lobi n bilik dia bagi. Terasa mcm nak check in sini la pulak. Hahap
BalasPadamWah menarik juga hotel nie.. Hujung tahun cuti sekolah nak bawa anak, adik n mak AM ke sini la.. Bonding time with family la katakan..
BalasPadamPerghhhhh.... Best cantik giler Hotel Weil ni. Food pun nampak sedap menyelerakan! Best nya kalau kita pun dapat stay sini bersama family. Kot laaa dapat hadiah anniversary ker kann? Nak book sendiri tak mampu. Berangan jer laaa kot ada nak sponsor. Huhuuu...
BalasPadamsimpan as salah satu penginapan bila ke ipoh nanti. banyak sangat posting ipoh ni. nampaknya April 2020 kena plan ke sana.
BalasPadamNampak luas dan selesa betul hotel nie. Bolehlah lepasnie menginap sini bawak family kalau datang bercuti dekat ipoh. Makanan yg kafe dirg tawarkan pon bukan main meriah lagi. Best nie !!
BalasPadampergi ipoh nanti dah xsusah laa nak cari hotel...boleh menginap di hotel ni...yang penting selesa dan makanan yang disediakan nampak sedap2 belaka...
BalasPadambest yer hotel ni.nnt ke ipoh nk stay sini lah
BalasPadamMemang seronok stay ni hotel dia cantik sangat. Haritu stay sini tak sempat nak pergi makan dimsum
BalasPadam