Cara Mudah Membuat Pembayaran Zakat Secara Online Melalui eZakatPAY

Assalamualaikum,

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua, Alhamdulillah walaupun tahun ni kita berpuasa dalam keadaan yang berbeza disebabkan oleh Covid-19, puasa tetap puasa ye, menahan diri dari lapar dan dahaga, cuma tak dapat nak berjemaah dan bertarawih di masjid, tapi kita masih boleh melakukan di rumah, terlalu banyak hikmah yang mungkin kita baru sedari, kan ?




Bercakap soal ibadah puasa ni, jangan lupa melakukan kewajiban kita iaitu membayar zakat fitrah, haaa bagi yang belum lagi membayar zakat sebab takut untuk keluar atau pun terhalang dengan perasaan was-was untuk membayar zakat secara online, haa korang jangan risau sebab zakat fitrah boleh di bayar melalui kaedah online

Islam itu mudah,walaupun tak dapat bersalam dengan amil, zakat korang tetap diterima dan sah, lagi mudah kan, alhamdulillah suami dah bayar zakat, kalau dulu ayah yang bayarkan, sekarang suami lah pulak hikhik :p


Pengertian Zakat Fitrah Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. 
Syarat Sah Wajib Zakat Fitrah

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
3. Memeluk islam sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan islamnya
4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Kadar Zakat Fitrah Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasan Agama Negeri-Negeri

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

1. Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu syawal
2. Waktu Afdal : Sebelum sembahyang hari raya
3. Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu Makruh : Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu syawal
5. Waktu Haram : Selepas terbenam matahari satu Syawal


Cara Buat Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online


Okay, ada beberapa cara yang korang boleh buat pembayaran secara online, antaranya boleh menggunakan eZakatPAY, Perbankan Internet dan Applikasi GoPAYZ dan Boost tapi qaseh lebih suka melalui eZakatPAY ni.




1. eZakatPAY

eZakatPAY ni sangat mudah ye, satu kaedah pembayaran zakat secara online yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara online yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor.

Caranya, layari laman web

1. Isi butiran penuh, semak semula butiran dan tekan ‘’Bayar Sekarang’’
2. Pilih kaedah pembayaran : FPX atau JomPay
3. Pilih bank serta mendaftar masuk. Buat pembayaran penuh
4. Simpan resit pembayaran

Nampak tak mudah sangat kan nak bayar, jangan lupa okay kewajiban kita, dan jangan tangguh-tangguhkan lagi, kalau boleh bayar cepat-cepat supaya tidak terlupa.

2. Applikasi E-Wallet




Applikasi ni korang kena download di appstore / playstore di telefon masing-masing, ada dua pilihan untuk membuat bayaran zakat yang korang boleh pilih
  • GoPayz
  • Boost



Elektronik Zakat Online (EZO)


Bagi korang yang ingin menyemak salinan bayaran zakat secara atas online pula, korang boleh menyemak di platform Eletronik Zakat Online (EZO). Platform ini bertujuan untuk pembayar zakat menyemak bayaran zakat sepanjang tahun, mencetak penyata zakat dan mengemaskini maklumat peribadi. Golongan asnaf juga boleh mendaftar dan membuat semakan status bantuan

Hadiah Menarik Buat Pembayar Zakat


Okay one more thing, berita baik buat pembayar zakat, sepanjang Ramadhan ni terdapat banyak hadiah menarik menanti korang haaa best tu, dan pemenang akan dipilih berdasarkan e-cabutan bagi semua kategori pemenang yang ditetapkan.

Cara-cara penyertaan :
1. Taksir dan tunaikan zakat
2. Imbas QR code atau
3. Jawab dua soalan mudah



Nah senang sangat kan nak buat pembayaran zakat secara online, no more alasan untuk tangguh atau tidak membuat pembayaran, jangan lupa tunaikan kewajiban kita sebagai orang Islam, dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain, jom kita tolong golongan yang kurang berkemampuan. Semoga ALLAH redha dan merahmati kita semua :)


2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. elakkan merisikokan orang lain, maka bayarlah melalui online, mudah dan cepat. amlah ada rekod pembayaran lagi tu..senang sangat, jimat masa dan less risiko.

    BalasPadam
  2. senang sekarang semua bayar online ja. tiada alasan tak sempat nak bayar zakat.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama