Hiraki Air Fryer Review | Berbaloi ke beli air fryer ?

Nak beli ke tak nak, nak beli ke taknak ? Tapi macam sama je beza beli or tak sebab laki belanja. Hahaha part seronok bila ada laki sebab ni lah #eh ! Okay sebenarnya aku tengah pening sebelum ni patut tak aku beli air fryer ? Sebelum ni ada oven tapi haritu tiberr oven tu berasap lepas tu terus KIOK, oven pun aku jarang guna :p


Air Fryer Hiraki Review 

Berbalik pada topik Air Fryer, lama jugak duk fikir, berbaloi tak beli ~ last-last beli jugak haha tq suami tercinto, tapi aku beli Air Fryer biasa-biasa je, Air Fryer brand Hiraki, ada google jugak brand ni so far review okay, duk intai-intai group Air Fryer kat fb ramai jugaklah guna brand ni

Aku beli di shopee je, tapi pre-order. Memang lambat dapat lah cite dia, tapi takpelah dia tulis dalam 25 hari tapi hamik kau sebulan lebih jugak lah haha but sokay sebab PKP jugak so tak rushing pun. Awal bulan Jun sampai ke rumah dengan selamat. Aku beli kat shopee tau, harga dia dalam RM148 sekali shipping.




  • 1 years warranty 
  • Mechanical control
  • Power ; 1300 w
  • Timer : 30 minutes with alarm / indicator 
  • Temperature : 80 - 200'C
  • Cooking without oil / less oil 
  • Removable Pot 
  • Cool touch housing
  • Plug 3 kaki

Kapasiti : 3.8 L pan
Kapasiti : 2.6 L non stick coating food basket 

Kalau nak buat kek, yang food basket ni muat loyang 6 inchi, yang food basket ni boleh je nak bukak, contoh nak bakar sekor ayam tak muat kan, so bukak je basket ni, sebab kapasiti dia 3.8L keseluruhannya. If masak biasa-biasa je, tak perlu bukak, masak dalam basket ni je, dia ada jaring-jaring, so minyak or air keluar dari jaring-jaring itu. 

Nanti aku share, aku bakar burnt cheese cake ni, sedap woii cuma rupa je tak berapa lawa haha

Aku dah try dah juga, semua okay. Air Fryer ni kena ejas-ejas bab suhu la, lain Air Fryer maybe lain dia punya suhu. So aku try and error, buat ekperimen dulu. Cuba la goreng nugget dan fries dulu, pastu try goreng ikan dan ayam, aku siap buat kek dah haaa

Berbaloi tak beli Air Fryer

Konsep dia sama je dengan oven sebenarnya, cuma Air Fryer ni lagi mudah nak goreng-goreng nugget, frozen food dan boleh baking juga cuma agak kecil berbanding oven, tapi ada je saiz besar cuma bentuk dia tak sebesar oven. Oven pulak ke arah baking. Lagipun Air Fryer ni takdela besar sangat, kalau rumah korang tak ramai, berdua atau bertiga sangat-sangat sesuai.

Sekarang kan dah ramai ada kesedaran untuk makan makanan sihat, tak berminyak dan nak jaga kesihatan so sangat berbaloi disitu ye, bebas dari minyak. Tapi paling worth bagi aku as a housewife sangat berbaloi wei, biasa nak goreng ayam or ikan kena tunggu,kena panaskan minyak, tunggu dia masak, kena balik-balikkan, lenguh menunggu tau ! Wei siriyes lah patut lama dah aku beli haaa.


Jadi, dengan air fryer ni mudah nak mampos, sumpah jimat masa wei, masukkan je dalam air fryer pastu tunggu je bunyii tingggg! Shiap dan boleh makan. Kiranya masa menunggu untuk menggoreng manual, kita boleh masak benda lain gitu. 

Dan macam-macam wei boleh masak, buat kek, buat biskut, bakar ayam sekor, ayam panggang, buat pizza dan macam-macam wei, korang search je resepi, ramai je orang share.

Bab rasa, sebab dari kecik sampai besor panjang selalu makan makanan bergoreng dengan minyak, rasa dia tak sama tapi takdela tak sedap langsung, okay je bagi aku. Ada baca bila goreng ikan or ayam akan kering, by the way untuk elakkan kering, perap ayam or ikan bagi basah-basah sikit then bakar or goreng lapik baking paper, so takdela kering sangat. Isi ikan jadi lembut dan yummy !



Akhir kata, ia adalah pelaburan yang sangat bijak. Tq husband :) Memudahkan isteri di dapur adalam kegembiraan setiap isteri aaa githewww. Okay bye (sambil search resepi). Kalau korang tengah duk fikir patut tak beli air fryer ni, aku sarankan beli lah cepat-cepat gais, untuk yang bekerjaya lagi lah memudahkan urusan korang :p

Kurag bujet ? Cari lah yang murah macam aku, terlebih bujet? Ambik yang mahal terus, apoo tunggu lagi heh heh heh janji jangan tersadai sudeh. 


8 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Murah yer air fryer dia..huda pun baru beli air fryer bulan ni

    BalasPadam
  2. murah...aish nak jugak beli air fryer ni. rmai plak review

    BalasPadam
  3. I have an air fryer at home too and it is really like you have said a good investment. :)

    BalasPadam
  4. berbaloi... harap dop duk sekkung sajo jah laa airfryer tu..

    BalasPadam
  5. Haha yang penting, gunaaaa. Jangan sadaii 😂

    BalasPadam
  6. huhuuu terliur dah ni nak beli tapi masuk wishlist dulu la huhuu...

    BalasPadam
  7. Hi...boleh tak bagitahu suhu yang sesuai unk masak fries, nugget....

    BalasPadam
  8. Biasa nugget qaseh letak 170 suhu 5 minit , sometimes

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama