Seamless Bra Yang Sangat Selesa dari Summer & Peach


Assalamualaikum 

Hello girls out there, hari ni qaseh nak kongsi jenis bra yang sangat selesa untuk korang cuba iaitu seamless bra. Seamless bra tu apa ? Qaseh berani jamin ramai lagi yang tak tahu dan cuba sebab haritu qaseh up ig story then ada yang tanya seamless bra tu macamana. Haaa ni yang nak bagitahu ni, hello mari rapat-rapat okay girls. 

Ikut pengalaman sendiri sebelum ni qaseh rasa nursing bra is no 1 bra yang paling selesa gila wei, masa tu tak tahu lagi seamless nursing bra pun wujud tapi rupanya seamless nursing bra pun ada, kalau mengandung lagi memang qaseh cari yang jenis seamless ni la, super selesa gitu 

Apakah itu Seamless Bra?

Seamless bra ni bra yang dijahit tanpa besi atau dawai, ianya dijahit mengikut size kita,  memang tiada cangkuk ataupun klip di bahagian tali bra, melainkan seamless nursing bra ada cangkuk di tali untuk memudahkan ibu-ibu menyusu , tapi untuk yang tidak menyusukan anak hanya ada cangkuk besi di belakang sahaja.




Bestnya seamless bra ni, kebiasaannya bila kita pakai baju tanpa pakai inner, kadang-kadang akan menonjolkan bentuk cup atau pun line bra kan, tapi seamless bra ni tidak menonjolkan kesan cup di baju sebab kualiti dan jenis kain dia sangat-sangat lembut dan licin. Walaupun tiada besi atau wayar ia masih mampu memberikan sokongan kepada payudara.

Seamless Bra dari Summer & Peach

Mana nak cari seamless bra yang berkualiti dan selesa ni ? Korang boleh survey dan dapatkan di www.summerandpeach.com , sebelum ni qaseh dan pernah cuba bralette dari website ni tau korang, bralette dia cantik-cantik dan sexy gituh, aumm sangat haha boleh baca di sini 
Noelle Seamless Bra 

Bila qaseh cuba sendiri Seamless Bra dari Summer & Peach ni, memang terasa perbezaan dari bra yang qaseh selalu pakai, rasa sangat ringan dan tak menyakitkan langsung, sesuai untuk dipakai ke mana-mana sahaja walaupun waktu tidur. One more, bila pakai seamless bra ni kan, bawah ketiak kita,  tak rasa ada lebihan lemak keluar haha boleh faham tak perasaan tu. Boleh tengok details dalam gambar yang qaseh snap okay.




Bagi korang yang suka pakai bra waktu tidur boleh lah bertukar kepada seamless bra supaya tidak memberi kesan buruk kepada peredaran darah kita waktu malam, pastikan tidak ketat dan mengganggu waktu tidur korang. Elakkan tidur dengan bra yang ada besi okay sebab memang banyak kesan buruk tanpa kita sedar.



Design seamless bra ni sangat simple tau, sememangnya ia tiada renda-renda atau pun design yang sexy seperti bralette tapi bab keselesaan tu memang dijamin best dan selesa sangat, langsung tidak menyakitkan. Qaseh suka sebab selalunya bila pakai bra yang ada besi tu memang tak boleh pakai dalam waktu yang lama, ia menyakitkan dan memang akan ada kesan merah.


Material fabrik Noelle Seamless Bra ni adalah dari Ployamide, elastic material untuk keselesaan. Ada beberapa pilihan warna yang korang boleh pilih dan juga size mengikut ukuran korang sendiri,  boleh fit sehingga saiz XL. Tak tahu macamana nak pilih saiz ? Jangan risau, dalam website ada size guide untuk korang. Saiz qaseh adalah rahsia okay haha, qaseh suka pilihan warna Noelle Seamless Bra ni, lembut seperti materialnya






Kelebihan Seamless Bra 
- Push Up bra tanpa besi / wayar
- Tidak menyakitkan
- Keselesaan yang optimum
- Material lembut dan tidak merengsakan kulit
- Murah
- Sesuai untuk dipakai waktu indoor, outdoor dan ketika tidur
- Selesa dan ringan
- Memberi sokongan kepada payudara

So korang yang masih mencari-cari bra yang memberi keselesaan dalam masa yang sama mampu memberi sokongan penuh kepada payudara kita, ni lah masa yang sangat sesuai untuk korang cuba seamless bra pula dan nikmati sendiri keselesaannya. Qaseh rekomen sangat untuk para wanita di luar sana, dan untuk para suami juga, kalau isteri mintak tolong beli tu, ni tips untuk memilih bra untuk isteri korang heheh ! 


More Info : 


8 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. wow.. cantik. push up tanpa besi tu. aummm

    BalasPadam
  2. oooo mcm sport bra jugak la cuma sport bra tak de camgkuk langsung,tp ni nampak mmg selesa betul kain dia tu....

    BalasPadam
  3. Wah.. New knowledge.. Thanks for your sharing... Boleh berjinak in future maybe.

    BalasPadam
  4. Kita suka jenis seamless ni.. Dhla sedap.. Takde dawai2.. Best2

    BalasPadam
  5. Aduhh.... Terjatuh cinta lak ngan bra ni
    Ketara keselesaan nya! Nak. Order laaaa

    BalasPadam
  6. Ya, memang selesa sangat2 jenis seamless ni. Suka!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama