Apa Itu Zakat Pendapatan dan Cara Pengiraan Zakat Pendapatan

 Assalamualaikum

Hai korang,  hari ni qaseh nak ambil sedikit masa untuk fahamkan apa itu zakat pendapatan, bab ilmu ni kena baca dan fahamkan betul-betul okay. Apa sebenarnya zakat pendapatan, wajib ke kita bayar ? Macamana kita nak kira zakat pendapatan yang perlu kita bayar. Haaaa dalam rezeki kita sebenarnya ada rezeki insan lain juga.

    

Jadi maksud pendapatan tu apa ? Pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekala.

Dalil Zakat pendapatan adalah wajib :

Firman Allah s.w.t : ‘’Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.’’ Surah Al-Baqarah : Ayat 267

 


Yang pasti zakat itu dari hasil usaha kalian yang baik-baik. Ada beberapa jenis harta pendapatan yang korang wajib tahu, antaranya adalah 

1. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja

Iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam

Contohnya :

- Gaji, upah, bonus, tuntutan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah, anugerah dan insentif, hasil ESOS (skim pilihan saham pekerja ) dan sebagainya

- Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian

2. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan

Iaitu ‘’Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samaada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa’’ dalam berbentuk harta zakawi yang bukan dalam bentuk harta tetap(al’aqar) dan bukan merupakan nafkah wajib

Contohnya :

- Hibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekah

- Pampasan, harta pusaka, mahar perkahwinan

 3. Zakat Harta Kerja Bebas

Iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.

Contohnya :

- Bayaran perkhidamatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya

- Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim

- Komisyen dan residual income - pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, broker dan seumpamanya.

- Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasil penuliasan, penerbitan, aktiviti seni, dan sebagainya

- Hasil tunai sekali sekala seperti hasil pembiayaan semula aset atau hasil jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain

4. Zakat Harta Al-Mustaghallat

Iaitu segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.

Contoh :

- Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya

- Hasil sewaan kenderaan, pengankutan, peralatan, aset atau sebagainya.

- Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual

Itu adalah antara jenis-jenis zakat pendapatan yang korang wajib tahu.Dari zakat pendapatan ni ia mengajar kita bahawa dalam rezeki kita ada rezeki insan-insan yang lebih memerlukan, jangan risau bila kita memberi kita takkan pernah hilang rezeki tapi makin bertambah-tambah.

Cara Pengiraan Zakat Pendapatan

Kita boleh ikut kadar zakat pendapatan seperti biasa iaitu 2.5% dari pendapatan.

- 2.5% dari pendapatan kasar atau 2.5% dari pendapatan setelah ditolak segala perbelanjaan. Korang juga boleh bayar secara tahunan ataupun bulanan. 

Haaa sekarang senang sangat nak kira, korang buka je zakat kalkulator dan isi maklumat yang dipaparkan.

Zakat Kalkulator 


Syarat Untuk Bayar Zakat Pendapatan
  • Islam
  • Merdeka
  • Milik Sempurna
  • Cukup Nisab
  • Haul



Qaseh harap korang yang masih belum faham apa itu zakat pendapatan bolehlah ambil ilmu ini dan kongsikan kepada semua, kadang-kadang kita buat tak endah hal-hal yang wajib, lepas ni kena lebih cakna dan selamat membayar zakat pendapatan okay. Kalau korang nak lebih info boleh layari laman web di bawah. 



Website : https://www.zakatselangor.com.my/





3 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Thanks for sharing this useful information. Certainly, a lot of Muslims will need this.

    BalasPadam
  2. Banyak cara nak berzakat kan... Jom berzakat...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama