Assalamualaikum
Sekarang ni qaseh perhati ramai anak muda dah ada kesedaran untuk membeli emas, macam qaseh sendiri sebenarnya dari dulu tak minat pakai emas, tapi rupanya bodoh sangat sebenarnya ya haha benda lain sanggup membazir tapi emas ni waktu-waktu terdesak boleh jugak dapat pulangan balik untuk kita
Hari ni qaseh nak kongsi kedai emas murah yang korang boleh beli iaitu di Kedai Emas Hajjah Halijah. Kadang kita pening kan kenapa kedai emas ni harga berbeza-beza tapi yang pastinya kita akan cari kedai emas yang paling murah dan lagi best tanpa harga upah, emas ni lagi mahal bila ditambah dengan harga upah ye, kadang beratus-ratus hanya harga upah je haa
Kedai Emas Hajjah Halijah
Kedai emas Hajjah Halijah ni ada 3 cawangan di Kangar, Perlis dan Sungai Petani, dan kedai Emas Hajjah Halijah ni lain sikit dari kedai-kedai emas yang biasa qaseh dengar sebab siap ada pakej menabung lagi, bagi korang dan qaseh sendiri la kan yang nak beli sedebuk tu tak mampu, boleh ambil pakej menabung, menarik kan, ada dua pakej yang korang boleh pilih
2 Tempoh Menabung di Kedai Emas Hajjah Halijah
1. Tempoh 1 : 6 Bulan
Terma dan syarat
- Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 untuk ahli tabungan yang baru
- Tempoh menabung hanyalah 6 bulan sahaja
- 3 pilihan pakej yang disediakan
1. Pakej GOLD : RM200/ bulan
2. Pakej Diamond : RM500/ bulan
3. Pakej Platinum : RM1000 / bulan
- Layak mendapat pemotongan sebanyak RM10 daripada harga pasaran semasa mendaftar pakej menabung- Barang yang hendak ditebus tidak boleh lebih atau kurang dari jumlah tabungan- Jika barang yang hendak ditebus adalah melebihi jumlah tabungan, berat selebihnya akan mengikut harga semasa- Barang hanya boleh ditebus setelah tamat pakej menabung- Bayaran wajib dilakukan setiap bulan, jika ada bulan yang terlepas untuk membuat pembayaran, automotik harga akan dikira seperti biasa- Jumlah tabungan tidak boleh ditukar dengan wang tunai- Anda dibenarkan untuk menyertai lebih dari satu pakej- Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak Kedai Emas Hajjah Halijah
Jangan risau ye, kedai Emas Hajjah Halijah ni memang trusted seller, dah lama dan dah ada 3 cawangan dah haa. Oh ye kalau korang jauh sangat tapi nak beli di kedai emas ni, jangan risau ye, korang juga boleh beli secara online, gerenti selamat.
Bila beli emas ni memang tak rugi tau korang sebab emas boleh di jual semula jika terdesak. Emas ni perhiasan yang tidak akan merugikan korang, bila pakai ia mencantikkan diri wanita, bila ada masalah duit, ia boleh di gadai atau di pajak di pawn shop yang di percayai
Apa itu Enamel ?
Qaseh sekarang minat betul tengok orang kumpul charms emas, yang gelang style pandora tu, tapi ni pandora emas ye, atau dikenali sebagai Masdora. Macam-macam bentuk dan corak yang ada. Fuhhh kurus semangat haha, selalu jugak qaseh tunjuk dekat suami pastu dia cakap kenapa ada cat, warna-warni bagai, tak rugi ke beli yang macam tu, adehhh geram sis.
Btw, charms tu semua ada collector dia tau, kalau jual prelove pun still berbaloi sebab ramai je yang suka kumpul charms tu, boleh je letak harga tinggi dan masih berbaloi. Cat tu sebenarnya adalah enamel
Enamel ni sejenis cat yang diletak pada emas untuk menambah seri dalam set masdora, cantiklah sikit warna warni, dia bukannya sedebuk tu cat, hanya lapisan nipis je.
Sebelum ni ada emas chrome kan, so sekarang style ada enamel ni haa, kesan dia tidak mempengaruhi ketulenan emas 916.Ia masih kekal sebagai emas 916, enamel ni sekadar memeriahkan lagi dan bagi emas tu lagi berseri-seri mengikut trend zaman kini.
Kenapa EMAS penting? Apa kelebihan membeli emas ?
1. Emas adalah alat penyimpan nilai wang anda, nilainya adalah fleksible. Walau ada masanya emas menurun, namun tidak selamanya ia akan terus menurun sebaliknya bila tiba masa nilainya akan kembali naik dan kukuh
2. Atasi masalah inflasi, dengan kepelbagaian kos hidup yang semakin meningkat, nilai yang ada pada wang akan mengalami pengecilan pada nilainya kerana kuasa beli pengguna yang semakin hari semakin jatuh
3. Emas merupakan pelaburan yang terbaik untuk masa depan seperti pendidikan, perniagaan, perkahwinan, umrah & haji, kerana nilai emas adalah seiring dengan perubahan masa dan zaman (kalis inflasi)
4. Mudah untuk dicairkan menjadi wang pada bila-bila masa terutama bila mengalami waktu kecemasan dan nilainya mengikut harga semasa pasaran emas seluruh dunia
5. Aset yang mudah untuk diselamatkan terutama apabila berlaku bencana alam. Dari sifat fizikal emas yang tahan lasak dan tidak mudah dileburkan oleh suhu.
Meh nak cuci mata korang sikit, antara design-design emas yang ada di kedai Emas Hajjah Halijah, memang berpinar bijik mata woiii, ada yang besar ada yang kecil, segala jenis apa yang korang nak, nah boleh pilih mana hat berkenan okay, hulur je duit tu haha.
More Info :
Website - https://halijahjewels.com
Looks like a good form of investment. :D
BalasPadam