Assalamualaikum
Sebenarnya tak terlintas pun nak beli ipad lebih-lebih lagi secara online, sebab qaseh duk fikir nak beli laptop, tapi bila fikir-fikir balik, rasa macam ermm laptop pun qaseh buka sekadar blogging, word, photoscape je untuk edit gambar, fikir balik baik beli ipad je la, lagi pula harga lebih kurang dan senang pulak nak bawa balik ke kampung nanti.
Sebenarnya tak terlintas pun nak beli ipad lebih-lebih lagi secara online, sebab qaseh duk fikir nak beli laptop, tapi bila fikir-fikir balik, rasa macam ermm laptop pun qaseh buka sekadar blogging, word, photoscape je untuk edit gambar, fikir balik baik beli ipad je la, lagi pula harga lebih kurang dan senang pulak nak bawa balik ke kampung nanti.
$ads={1}
Beli pun sebab laptop qaseh sekejap okay sekejap dah tak okay, tq Asus dah 5 tahun berjasa, qaseh syak screen jadi macam tu sebab tertindih kot heee. Sebelum kita beli sesuatu mesti kita akan survey habis-habisan kan, terutamanya bila membeli secara atas talian ataupun online, nah haritu qaseh memang survey-survey jugak beli ipad secara online selamat ke tak padahal website apple tu memang trusted, haha biasalah paranoid gitu kan lebih-lebih melibatkan harga yang mahal
$ads={1}
$ads={1}
Yaa i know, musim pandemik ni sebolehnya simpan duit jangan nak shopping tah hape-hape kan, tapi qaseh paling tak suka pertikaikan apa yang orang beli, dan tak suka orang pertikaikan apa yang qaseh beli :p, ni juga hasil kerja blogging dan ig (susahkan suami bab lain, lebih2 lagi bab makan hahaha)
$ads={1}
Bab kehendak diri selalunya qaseh akan usaha sendiri ehehe selalunya gajet memang qaseh beli guna duit sendiri, kamera, laptop, hp :p sian dia dah banyak berkorban utk keluarga :p alhamdulillah bolehlah buat poket tepi and im proud with myself sejak PKP ni qaseh tak shopping merapu pun, ada hikmah disitu ye. Nak beli emas pun terbantut :( haa kalau emas memang tak berani lagi nak beli online hukhuk dah la emas tengah murah sekarang kan
Estimated Date : Sebulan
Pengalaman qaseh sendiri, delivery memang lambat, sebulan jugaklah, qaseh place order 5 Jan then sampai 1 Feb, so Apple bagi estimated date sehingga 4 Feb gitu, tapi takpe lah sebab bukan nak guna rushing pun, sekarang pun qaseh tengah berehat dari terima job, fasa alahan lagi so better fokus untuk kesihatan diri sendiri. Next bila dah kuat balik, qaseh terima balik gitu.Hope PR masih tak lupakan qaseh ahahaha
$ads={1}
Okay kalau korang nak beli ipad di website apple, jangan lupa pilih under Apple Education sebab korang akan dapat lebih diskaun dari harga biasa. Jangan risau, Apple tak minta maklumat or ID education korang pun or apa-apa bukti pun yang korang tu masih pelajar ataupun tidak, just beli je macam biasa.
$ads={1}
Kelebihan bila beli online selain dapat diskaun, korang boleh engrave ipad secara percuma je, engrave tu nak tulis nama korang dekat belakang ipad, or apa-apa lah nak tulis, qaseh tak buat sebab orang cakap bila engrave ni lagi ambil masa, and mana tahu nanti nak jual ke kan, ipad ni laku jugak even secondhand. Then, shipping pun free.
$ads={1}
Delivery pulak diorang guna DHL, memang selamat sampai dont worry okay, setiap proses place order, penghantaran dan sebagainya korang akan dapat email dan juga mesej so korang akan sentiasa tahu info pasal ipad korang tu dari masa ke semasa. Korang pun boleh alert dan standby je kat rumah.
Ipad 8th Generation
Apa lagi nak tahu ye, oh ye Qaseh beli ipad 8th generation, paling latest lah kiranya sebab keluar tahun 2020 tak silap. Eh 2020 wujud ke gais ? Haha okay for blogging atau kerja-kerja basic atau editing biasa je dah cukup okay, if korang ada kerja heavy duty, graphic designer ke apa benda lah boleh beli ipad air or Pro, ntah lah apa beza, qaseh tak buat comparison sebab dah aim yang ni je.
Untuk ipad 8 ni ada size 32gb dan 128gb je, qaseh pilih warna rose gold, semestinya warna pastel dan lembut menjadi pilihan ye dan qaseh pilih size 128gb + wifi only, better amik size besar terus ye gais, 32gb memang tak cukup. Harga RM1769 under apple education if not harga normal RM1849, walaupun beza Rm80, korang boleh buat beli casing and tempered glass di shopee okay, sebab ipad ni hanya dapat bersama charger sahajo. Yang lain sila beli sendiri.
$ads={1}
$ads={1}
Okay mungkin akan ada pengalamana duit korang still lagi dalam bank, korang jangan pulak habiskan yeee duit itu, bila apple dah shipping baru lah duit dalam bank ditolak, ni pengalaman qaseh sendiri, mula-mula bank hold, tapi kemudian duit tu ada balik dalam acc, then bila ipad dah sampai ke tangan kita, duit tu akan di tolak juga. Tak semua pengalaman macam ni, mungkin sesetengah sahaja just nak say dont worry at all selagi takde notice pembelian kita direject, maknanya tunggu je ipad tu sampai.
$ads={1}
So far qaseh guna untuk blogging sangat memudahkan, kalau dulu nak blogging dengan fon or tablet agak leceh kan, tapi blogspot pun dah bertukar wajah baru so sebenarnya ia lagi mesra mobile. So far no problems, screen pun takdela cinonet sangat, 10.2 inch for me okay je, dan senang nak bawa ke mana-mana. Tq for reading !
$ads={1}
Hati Berbicara :
Nanti qaseh share link shopee untuk casing dan tempered glass, so far berkualiti dan harga pun tak mahal sangat :) Stay tune !
$ads={1}
Baca juga :
Keyboard untuk Ipad : https://www.qasehdalia.com/2022/08/keyboard-ajazz-308i-review-sesuai-untuk-ipad.html
Lawanya🤩🤩🤩 tgh plan nak beli juga ni.. laptop pun dah start mragam
BalasPadamWah...bestnya ada iPad...Ingat nak beli jugak lah nanti..Haaa nak tanya... Keyboard tu dapat free ke beli asing? Kalau beli asing..berapa harga?
BalasPadamAmmar Yasir , beli asinv dekat shopee, harga untuk ipad 8, rm59 lebih macam tu
BalasPadamCantik ipad
BalasPadamcantik,nampak eksklusif plak,kak sue plan nak beli tab biasa je,bekap abe eddy bawa gi keje,dia malas nak usung laptop huhuuu
BalasPadamIt does look gorgeous indeed. :)
BalasPadamIpad harga student mmg bole beli through website je ke😭
BalasPadamYup hanya di website untuk student diskaun
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamOh patula..saya beli online juga di apple store pelik sebab duit x tolak2 dlm bank acc 😅..tq 4 ur info
BalasPadamSis, saya order juga tp dah 2 hari keba hold di Penang. Dok google kenapa, rupanya tahan kat kastam. Sis punya tu kena bayar cukai tak?
BalasPadam@suzila takde pulak kena cukai pape..
BalasPadamUnknown : pen kena beli asing heheh pen harga lain pula
BalasPadamSalam Sis, duit tu akan tolak dr acc bank kalau produk tu dh sampai ke tangan kite ke?
BalasPadamYup, haritu dah sampai baru dia tolak
BalasPadamBeli dari apple store, ade extra charges ape ape tak and international transaction fees ke?
BalasPadamTakde wak, haritu just bayar harga ipad sahaja
BalasPadamKenapa bila Saya nak beli pakai debit card bank Islam x boleh ehhh banyak Kali try apple tolak.
BalasPadamSorry Izzah, i pun tak tahu kenapa, skrg ramai jugaklah ada prob untuk bayar guna debit card, masa beli hari tu takde masalah langsung, donno lah why apple tolak debit card skrg, if ada yang tahu boleh lah share
BalasPadamHi qaseh, saya nak tanya untuk alamat tu kita cuma perlu tulis bandar je ke tak perlu tulis alamat full ke?
BalasPadamSorry anon baru baca, qaseh tulis alamat full, nanti kan tak sampai kat rumah pulak
BalasPadamSis saya order 15Oct2021 but till now no update, tapi takde pulak message apple reject purchase kita. Kenapa lama sgt ���� mmg betul macam tu ke?
BalasPadamnak tanya dia guna penghantaran apa ye? takut pulak kalau hilang waktu penghantaran... tq tolong jawabkan <3
BalasPadamPenghantaran guna DHL
BalasPadamEstimate sebulan , hari tu pun sebulan jgk la sampai, if takde jugak cuba call
BalasPadamsis , saya order 4/10 haritu … tracking masih processing lagi .. duit masih ada dalam bank .. tapi bank lain.. saya bayar guna cimb , tpi takut cimb tolak duit , saya pindah acc lain .. ada effects juga ke?
BalasPadamTak sure ada effect ke tak, risau apple reject pulak nanti
BalasPadamHi Qaseh,
BalasPadamThanks for sharing. Betul ke takde mintak any proof as student masa nak purchase?
Register nama kita dgn email ( which kita pernah ada acc apple kan) takkan kena reject or ada apa2 problem
In future?
Hye Nura, yes no proof, sebab before ni pun i baca pengalaman org lain tak pernah apple minta proof, i pun takde masalah apa2, dapat diskaun tu hehe
BalasPadamQaseh saya nak tanya kalau apple dah beritahu 24 Mac sampai ada kemungkinan x barang akan sampai awal sikit sekiranya 16 Mac dah start shipping 🤭😭
BalasPadamMaaf anon, baru baca komen, haha tak tentu, maybe ada awal tapi tak awal sangat, agaknya dah sampai kan haha
BalasPadamHi , rasanya tak boleh, education online sahaja
BalasPadamIzzahsuhaimi ada update ke pasal debit card bank islam tu sbb I pun tgh face problem yg sama... risau jugak ni, hritu call bank kata semua dah okey huhu
BalasPadamHi :) ya. Kalau ada masalah nak bayar tu mungkin sebab online transfer ada limitation. Contoh debit mungkin set boleh keluar dalam below rm1,000. Jadi boleh setting dulu dekat setting account bank masing2 ya. Baru apple tak reject.
BalasPadam