Assalamualaikum
Sebenarnya ni pertama kali qaseh cuba dessert di My Kori Cafe, baru jugak lah bukak cawangan di Bukit Beruntung ni. Dulu bila tengok ada cawangan di Putrajaya rasa jugak nak makan sebab tengok dessert yang ada memang tempting betul, tapi jauh nawww so hajat nak cuba tu hilang begitu sahaja
By the way lama gila kot qaseh berkurung dalam rumah, naik tepu gak lah kepala otak ni, bila ada kelonggaran sikit dah boleh lebih 2 orang dalam 1 kereta yaAllah lega sangat, akhirnya boleh keluar tapi still kena jaga S.O.P.
Waktu qaseh datang pun tak ramai sangat orang, sebab hari bekerja kan so sangat lengang. Ada la beberapa orang tapi tak padat. So apa menu best di My Kory ni ? Qaseh pun blank jugak sebenarnya sebab banyak jugak menu-menu yang ada disini, yang pasti semua dessert ye, takde nasi ke pasta ke semua takde, banyaknya aiskrim, ada juga waffle dan kek.
Disebabkan blank untuk percubaan pertama kali ni, qaseh tanya je staff apa yang best haaa mudah kan, so qaseh order Kaki Gori Red Melon dan Kenko Kaki Gori, yang ni boleh custom sendiri buah, kacang, ice flavour (milk or yogurt). Sebelum tu meh kita tengok dekorasi di My Kori Dessert Cafe di Bukit Beruntung
Sebab dah lama gila tak bergambar dan ootd mari lah kita haha :p
Dekorasi dari luar, pintu masuk , awhhh so cute sebab pastel colour, oh maybe bcause pink !
And dekorasi dalaman just simple deko but nice. Kerusi sakit montot jugakla duduk lama2 haha
THE MENU
Disebabkan qaseh bertiga je, dengan husband and Rayyan so i think cukuplah dulu order 2 menu, sebab laki aku selalu cakap aku ni ‘’lapar mata’’ je haha semua nak tapi bila makan tak habis. But yeah, menu-menu yang ada kat sini banyak jugak lah thats why terus blank. Disebabkan teringin nak makan aiskirm kita order aikrim je dulu, maybe next time boleh order kek, waffle, or air pulak.
Signature #ABCJEPUN Kaki Gori Red Melon
Untuk Red Melon ni, qaseh suka sebab rasa dia tak terlalu manis, dia sebenarnya milk ais, disediakan dengan susu pekat juga untuk add on, then dalam aiskrim ni ada nata de coco dan juga lychee. Memang sangat ngam lah di makan bersama watermelon tu, kitorang order yang large, so this one large la, untuk makan 2 orang cukup , nice ! RM26
Yang ni pulak Kenko Kakigori, 3 step untuk order
- Choose Ice Flavour (Milk or Yogurt)
- Choose 2 fruit toppings
* ada honeydew, rock melon, strawberry, mango, dragon fruit, lychee, banana
Kitorang pilih Lychee and Honeydew
- Choose 3 grain toppings
* ada Gronola Oats, Corn Flakes, Pumpkin Seed, Sunflower Seed, Toasted Almond Dice, Toasted Whole Almond, Coconut Flakes with Chia Seed, Toasted Almond Flakes.
Kitorang pilih Pumpkin Seed, Sunflower Seed and Toasted Whole Almond.
My Review untuk Kenko Kakigori ni, qaseh tak suka sangat rasa dia agak masam, maybe sebab qaseh pilih yogurt dan macam tak berapa kena dengan tekak. Rasa macam ais kisar je haha so maybe tak order dah kot yang ni - RM13
Antara menu-menu yang ada di sini
Kesimpulannya banyak lagi menu-menu yang qaseh kena cuba, if ugais ask will repeat or not, yes! Qaseh nak try yang lain pulak nanti, tak perasan ada kek huhu tempting gakla tengok kek dia dan dessert2 yang lain. Lagipun tak perlu dah nak rentas daerah, memang dekat je dengan rumah qaseh hihi. Ada la port ngedate ye dak ~
Hati Berbicara :
Dessert ni atas orang jugak sebenarnya, kalau kita makan rasa sedap tak semestinya orang lain pun rasa sedap, so cuba sendiri dan nilai sendiri hehe :p
kat ganu pun ada, asyik lalu jer xpernah pun nak singgah. nnt nak try lah
BalasPadamKat perlis pun baru je buka cawangan baru before PKP hari tu . Tak terjah lagi . Orang ramai je .
BalasPadamSetuju, kalaun un suka manis mesti suka, suami yg tak suka manis mesti katanya tak sedp. atas diri sendiri kan. but for sure you are good looking.
BalasPadamThose who love to indulge in healthy dessert should try this.
BalasPadamKita tak pernah cuba mykori ni. Kena try jugak sekali nanti.
BalasPadam