Shopping Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari-Hari

 Assalamualaikum

Beraya mana korang tahun ni ? Sedih sebenarnya sebab dah 2 tahun beraya tanpa mak ayah, tak boleh balik kampung sebab pandemik, tapi raya tetap raya, kena sambut juga, takpela kita bahagiakan anak-anak, belikan baju raya Rayyan sebab dia macam eksited tau nak beraya, so tahun ni baju raya qaseh beli di Pusat Pakaian Hari-Hari, yeyyy alhamdulillah dah selesai ! 

Sebenarnya ni pertama kali qaseh beli baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari tu pun sebab member bagitahu banyak pilihan baju raya kat sini dan harga berpatutan, eyyy kenapa la daku baru tahu ! Selalunya sanggup bersesak dekat KL dengan orang ramai semata nak cari kelengkapan raya huh.


So qaseh shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari yang bertempat di Rawang, kat sini ada dua buah Pusat Pakaian Hari-Hari, tapi sama je, if takde saiz dekat kedai 1 diorang akan roger kedai 1 lagi haaa senang la, inshaAllah saiz yang kita nak ada stok, tapi jangan pergi hampir-hampir raya yeee, tinggal stand je karang hihi




Alhamdulillah masa qaseh pergi tu hari, tak ramai orang so tak perlu nak bersesak, S.O.P of course terjaga dan qaseh suka sangat layanan staff kat sini, mak buyung kan tak larat nak cari sendiri so mereka lah yang banyak menolong, dah macam member-member pulak, tak lokek dengan senyuman dan tak penat layan karenah customer. Tq staff ! 


Koleksi Baju Raya Hari-Hari 2021 


Tahun ni tak plan pun nak tema apa, so asal ada yang sedondon untuk kami 3 beranak pun dah cukup, yang penting sedondon yeeee, misi mencari pun bermula ! Masuk je kedai qaseh mula pening sebab rambang mata dah, bersusun baju raya yang pelbagai warna dan design cantik-cantik, untuk 2021 ni banyak design-design yang up to date tau, takde la yang kosong dan klasik sangat hehe





Geram je tengok baju anak-anak, semua comel-comel eyyy sumpah la geram tengok baju gigirl, tapi Rayyan boy so baju melayu je la :p. Suami pulak dah risau size dia ada ke tak haha, sabo je la. Jangan la risau kat sini baju melayu dari saiz anak-anak-anak hingga saiz XXL


ada. 





Pilih punya pilih akhirnya berkenan dengan warna tettttttttt (rahsia) haha nanti hari raya qaseh tunjuk warna apa okay, yang pasti alhamdulillah dapat cari yang sedondon dan saiz ngam, tq staff tolong cari hingga jumpa sampai kena roger kedai satu lagi untuk saiz Rayyan, akhirnya dapat jugak ! 



Dah alang-alang tu, terus cari samping dan songkok untuk Rayyan, Umi mung pun dah penat nak berdiri lama-lama bila dah sarat ni, semua staff tolong carikan, senang kerja Umi hikhik. Kat sini songkok dan samping murah sangat gais, tapi banyak pilihan yang cantik-cantik untuk sedondonkan dengan baju yang kita pilih. YaAllah faham tak perasaan lega tu hihi

Biasanya kan tahun-tahun sebelum ni, kitorang spend untuk baju raya banyak jugak lah, ops ! Tapi dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni sangat jimat dan berbaloi, untuk kami 3 beranak kitorang spend dalam RM260 lebih macam tu, memang berbaloi cukup lengkap samping dan songkok, lagipun raya kali ni mana boleh ziarah sangat, huh. Eh panjang pulak membebel ! 


Free Gift Sampul Raya Dan Beg Purple Hari-Hari


Dah penat shopping, dapat free gift sampul raya pulak, jimat duit disitu ye tak perlu nak beli sampul raya dah, so kalau korang shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari dengan pembelian RM100 dan keatas bermula 23/4 korang dapat sampul raya free yang comel dan cute ni! 


Untuk beg purple pulak, bila korang shopping dengan pembelian Rm200 dan keatas bermula 23/4, dapatlah beg purple comel macam qaseh dapat ni haaa. Qaseh dapat dua-dua sebab shopping lebih dari harga tu, yeyyy


Untuk info korang, sekarang Pusat Pakaian Hari-Hari dah ada 85 cawangan tau, wow banyak jugak ek, terbaik lah dan akan dibuka lagi 5 di Kajang, Klang, Tampin, Bukit Mertajam dan Kedah dalam tahun ni jugak. 


Beli Online Pun Boleh ! 


Disebabkan sekarang masih pandemik dan kita pun sangat diwajibkan jaga kesihatan diri dan keluarga, lebih-lebih lagi ada anak kecil, so qaseh sarankan juga korang untuk shopping online je, lagi senang gais 



Yang bestnya harga berbeza ye sebab bila buat pembelian secara atas talian di www.ehari.com atau di Shopee Hari-Hari korang akan dapat menikmati diskaun sebanyak 15% ! Lagi jimat wang anda ehehe. 


Lastly haaaa aceteka tema qaseh tahun ni warna apa, kalau betul memey bijokkk la haha. Yang pasti dari jauh dah nampak :p eyyyy tak sabar nak photoshoot, macam nak photoshoot dekat studio ajer untuk kenangan bertiga ni, next inshaAllah berempat pulak, ameen. 


More Info :


Website : www.ehari.com

Instagram : www.instagram.com/harihariofficial


2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama