Bayar Zakat Fitrah Menggunakan Aplikasi MAE | Maybank Phone Banking
by qasehdaliaQaseh Dalia•
0
Assalamualaikum
Alhamdulillah dah masuk 21 Ramadhan hari ni, yaAllah sekejapnya rasa kan, lagi seminggu lebih, Ramadhan bakal meninggalkan kita lagi, semoga Ramadhan kita kali ni lebih baik dari sebelumnya. Yang pasti bila masuk bulan Ramadhan jangan lupa untuk menunaikan rukun Islam ke-4 iaitu menunaikan zakat.
Sebelum tu bagi yang masih berat dan mengambil ringan tentang pembayaran zakat, qaseh menyeru bayarlah zakat, zakat anda manfaat buat lapan asnaf, ramai sangat yang memerlukan bantuan, yang hidup serba kekurangan hingga kemudahan asas pun terpaksa bercatu, ketahuilah bahawa bila kita memberi kita takkan pernah jatuh miskin malah dapat rezeki yang tidak disangka-sangka
Dari duit zakat kita pelbagai inisiatif yang telah Lembaga Zakat lakukan untuk membantu pihak yang kurang berkemampuan, sempena bulan Ramadhan, Dapur Ramadan Asnaf Selangor 2021 atau DRAS 2021 telah dilancarkan pada 1 Ramadan 1442H bersamaan 13 April 2021.Ia merupakan program tahunan yang kedua dilakukan selepas tahun lepas tahun 2020 .
Insiatif program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial Lembaga Zakat Selangor dalam usaha menyantuni golongan yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan rentetan dari penularan wabak COVID19.Program ini melibatkan asnaf fakir miskin yang bukan penerima makanan bulanan. Bekalan yang diagihkan adalah berbentuk makanan asasi.
Terima kasih pembayar Zakat Selangor kerana wang zakat yang anda tunaikan dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Tapi dalam masa yang sama ada juga yang mempertikaikan mana hilangnya duit zakat, haihh rajin-rajinkan lah tengok page Lemabaga Zakat betapa segala sumbangan telah disalurkan pada pihak yang betul-betul memerlukan.
MENYANTUNI IBU TUNGGAL YANG TERLANTAR.
Zakat Selangor berpeluang menyantuni Puan Rubiah Binti Yusof di Kampung Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor.
Puan Rubiah, 84 tahun, seorang ibu tunggal telah disahkan menghidap pelbagai komplikasi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung. Akibat faktor usia, Puan Rubiah kini terlantar di atas katil dan memerlukan pemantauan sepanjang masa.
Menyedari kesulitan yang dihadapi, Zakat Selangor telah meluluskan bantuan perubatan berupa lampin dewasa dan kerusi roda untuk keperluan beliau.
Kami mendoakan agar Puan Rubiah dikurniakan kesembuhan dan semoga keluarga beliau tabah menghadapi ujian ini.
Terima kasih diucapkan kepada pembayar-pembayar zakat.
Sesungguhnya 2.5% zakat anda, amat bermakna kepada asnaf yang memerlukan.
'Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka'
Bila masuk bulan Ramadhan pula zakat yang wajib kita bayar adalah zakat fitrah, dulu bila qaseh masih bujang selalunya ayah yang akan bayarkan siap-siap hehe sekarang alhamdulillah suami pulak ambil alih tanggungjawab tu.
Apa Itu Zakat Fitrah ?
Jom kita ulangkaji balik ye anak-anak, apakah itu zakat fitrah? Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal
Waktu Afdal
Sebelum sembahyang hari raya
Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal
Cara-cara Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian
Sekarang mudah sangat dengan teknologi yang serba canggih ni, pelbagai cara yang kita boleh guna untuk membayar zakat, lagi-lagi secara atas talian sahaja dan ia sangat-sangat memudahkan dan tak mengambil masa yang lama, so hari ni qaseh nak kongsikan dengan korang cara bayar zakat secara atas talian menggunakan aplikasi sahaja.
Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi MAE | Maybank Phone Banking
Aplikasi yang qaseh maksudkan adalah menggunakan aplikasi MAE dari Maybank2u, rasanya bagi pengguna Maybank2u, aplikasi MAE memang wajib ada kan, bagi yang masih belum ada, korang boleh download di google play untuk android atau Apps Store untuk pengguna IOS. Memang sangat mudah kerana terdapat pelbagai badan zakat yang tersenarai so korang boleh pilih dan secara automatik MAE akan mengira jumlah zakat yang perlu dibayar.
6 Langkah Mudah
Langkah 1,klik pada butang ‘PAY BILLS’ dibawah bahagian ‘quick action’ setelah masuk ke akaun M2U korang
Langkah 2 , kemudian klik ‘ZAKAT’
Langkah 3, pilih ‘BADAN ZAKAT’ , so korang boleh pilih badan zakat negeri masing-masing dan zakat apa yang ingin dibayar, untuk bulan Ramadhan ni pilih je zakat fitrah
Langkah 4, pilih jenis beras yang korang selalu makan dan jumlah tanggungan, sama ada seorang atau dah berkeluarga, kira lah bilangan ahli yang cukup syarat untuk dibayar
Langkah 5, masukkan nombor telefon bimbit korang
Langkah 6, kemaskini butiran yang korang dah isi tadi dan jangan lupa baca ‘AKAD’ yang tertera dan klik pay now untuk membayar
Alhamdulillah selesai sudah korang bayar zakat fitrah menggunakan aplikasi MAE ni, hanya 6 langkah sahaja, senang sangat kan !
Boleh rujuk video juga
Kempen Jom Zakat Cashless
Dah alang-alang cerita tentang pembayaran zakat secara online ni kan, jom sertai kempen ‘Jom Zakat Cashless’ sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, mana tahu ada rezeki korang sambil-sambil bayar zakat secara online kan, caranya pun sangat mudah
Bermula dari tarikh 13 April sehingga 12 Mei 2021, sepanjang bulan Ramadhan ni lah, korang berpeluang memenangi hadiah menarik dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15000.
Hanya 3 langkah mudah :
Bayar zakat secara online sama ada melalui online banking, e-zakatpay, online@branch, mobile banking, ATM machine, atau e-Wallet yang penting pastikan cashless