Assalamualaikum
Hye korang, happy weekend ! Duduk rumah je kan ? So meh la baca blog qaseh :p sebenarnya entry ni dah lama bertangguh hingga kan dah terbeli yang lain dah haha so okayla kita tambah lagi cerita. This is simple entry just wann share with uols my shopee haul for ipad. Btw yang follow instagram qaseh maybe dah tengok la reels unboxing qaseh
Tapi nak jugak tulis dalam blog sebab maybe ada yang membuat carian di google, lalu terselit blog qaseh ni haaa. Hari tu qaseh ada beli keyboard dan casing ipad, oh ye qaseh guna ipad 8th generation je, kemudian keyboard tu dah rosak sebab jatuh dari meja tinggi, terus dia jadi gelong, sayangnya keyboard tu best guna, cuma terjumpa pulak keyboard yang lagi comel, so beli baru ahahahah.
Lets check it out !!!!
Before ni qaseh beli casing dan keyboard dekat seller ni, so dia dah satu set dah, tak perlu nak beli asing-asing, casing ipad dan keyboard ni sangat lah okay. Ngam cantik dan tak longgar, menaip pun smooth gila, boleh taip laju-laju tanpa tersekat di skala mana-mana.
Sangat-sangat rekeman kat korang yang tengah cari aksesori untuk ipad dengan harga yang murah, tak sampai ratus-ratus pun, bateri pun tahan sangat dalam 2 3 hari lah cuma kena jaga elok-elok jangan bagi dia jatuh la kot, sebab qaseh punya keyboard ni rosak sebab jatuh sobsss maybe sebab tempat tinggi sangat, berdentum perasaan ku
Portable Wireless Bluetooth Keyboard For Ipad
Lepas tu, qaseh pun survey lah lagi, sebab nak menaip blog susah jugak takde keyboard ni, jadi lambat nak taip guna jari, kadang tertypo walaupun jari dah cukup runcing. Ingat nak beli yang sama je, tapi dek kerana nafsu lebih ke arah yang comel-comel, qaseh beli keyboard yang jenis bulat-bulat pulak ! Warna tetap lah pastel okay, nak kata pink tu bukan tapi macam peach kot
Link : https://shope.ee/3KomoYbcB6
Sejujurnya qaseh lebih suka keyboard lama sebab lagi smooth nak menaip, maaybe belum biasa dengan bentuk bulat-bulat ni, dan yang lama tu rasa lebih smooth dan lembut, yang ni design la cantik, menaip pun okay lagi la cuma better yang sebelum ni, untuk charge sama je guna usb kabel, dapat free kabel jugak, casing yang sama macam sebelum ni, tak tukar pun
Portable Wireless Mouse For Ipad
Tetikus pun penting jugak, so di seller sama qaseh beli lah jugak wireless mouse ni ha, susah nak edit html kalau takde mouse, terkial-kial nak cari coding hari tu, huh cemas iols ! Mouse ni pun not bad, dia guna bateri yang biasa tu sebiji, then connect bluetooth je la macam biasa, so far smooth jugak dan laju takde tersekat-sekat di mana-mana, semestinya colour sama dengan keyboard ahahaha
Link : https://shope.ee/A9f6xCMuxd
Stylus Pen With Palm Rejection Ipad Pencil
Lastly qaseh beli ipad pencil, tapi bukan brand apple lah, idok mampu dah nak beli brand apple haha, ipad je mampu sebab dimana ada kemahuan disitu ada jalan aaa gitew, pencil ni takde lah keperluan sangat cuma sekarang addicted dengan digital planner pulak, nanti qaseh share pasal tu (tak tahu lah bila yee)
Link : https://shope.ee/4fKAOZdFgW
Nak guna pun senang sangat, hanya sentuh jari kat atas kepala tu haaa then terus menyala warna biru, dah terus connect dengan ipad, qaseh guna so far setakat ni smooth jugak untuk menaip or tulis, im using not for profesional pun, bukan ada gaya pelukis dan kreatif, untuk charge kena guna usb type C, tak perlu beli sebab dia bagi sekali kabel tu dan beberapa free gift lain
Boleh guna selama 20 jam, then bila lampu dah kelip-kelip tu bateri dia dah low lah, charge sampai lampu warna hijau okay. So far sangat okay dan harga pun murah !
Untuk 3 aksesori ni semua dari seller sama, dari oversea ye, qaseh order 1/6/2021 dan agak cepat tau sampai pada 7/6, so dalam masa seminggu dah sampai, memang terbaik ! Tq sudi baca dan selamat membeli !
Tempered Glass Berkualiti : https://shope.ee/fo1dLpFRb
Tempered Glass Like Paper : https://shope.ee/8zT9ZEVVc8 https://shope.ee/8zT9ZEVVc8
So cute keyboard ipad tu . Warna pun cantik lepas ni lagi semangat la nk taip pakai jari jemari
BalasPadam