Kokojar Shake Sedap Dengan Perisa Baru | Kokojar Shake Strawberry Dan Mango Yogurt

Assalamualaikum.


Sedap ke kokojarshake ni ? Sebab qaseh tengok ramai suka makan kokojarshake ni haa,  Qaseh dulu-dulu pernah makan yang salut dengan coklat ntah la apa nama dia, dah berkurun lama, tapi jenuh nak tunggu dia cair, kena rendam dengan air panas, sedap tapi terlampau manis, qaseh seorang  makhluk yang memang tak suka benda-benda yang manis sebab rasa macam melekat-lekat je dekat tekak, thats why agak memilih dan pastikan memang manis dia ditahap okay. 

Biasanya kalau kokojarshake ni paling popular dengan perisa coklat la kan, sebab kombinasi tu memang padan dan kena sangat bila kita makan, dengan crunchynya fuhhh meleleh air liur haha tapi kalau dah semua nak buat perisa coklat ajer, boring jugak lah kan, so qaseh dah terjebak dengan kokojarshake ni korang, ni qaseh nak share dengan korang dua perisa baru dari kokojarshake.hq iaitu perisa baru 
Kokojarshake Strawberry Yogurt 

Kokojarshake Mango Yogurt

Packaging serious la besar, memang berbaloi sangat dengan harga 

Bila cuba perisa baru ni baru best, kita lari dari kebiasaan dengan revolusi baru sebab tak semua sukakan coklat, bila banyak pilihan senang la nak pilih. Agak-agak apa rasa dia ye? Hurm before qaseh share apa rasa dia, qaseh nak share apa bahan kandungan Kokojarshake ni, jangan tahu makan aje ye, so kokojarshake ni campuran bubble rice dan mini white crunch bersalutkan coklat cair yang premium. Betul ke premium ? Kalau nak tahu betul ke tak, eh kena lah beli dulu heheh

Sememangnya premium sebab qaseh letak kokojarshake ni dekat luar je tapi coklat dia tak mengeras dan tidak melekit langsung, bila kita nak makan tu takdela menyusahkan hanya kena shake-shake bagi coklat cair tu serasi dan sebati dengan campuran bubble rice dan mini white crunch tu je, baru sedap nak makan tau, kalau korang nak rasa macam suam-suam boleh rendam kan dalam air suam sekejap then shake-shake, tapi qaseh pemalas, so shake-shake dah boleh ngap.


Kokojarshake Strawberry Yogurt 

Antara strawberry dengan mango ni tak boleh nak pilih yang mana satu lagi sedap sebab ia punya perasa yang berlainan, dua-dua sedap dan ada keunikan dan rasa tersendiri. Apa yang paling qaseh suka adalah rasa manis dia tak berlebihan, strawberry ni serious sedap sebab ada juga rasa masam tapi dia jadi seimbang. Manis ada masam pun tu sebati, cuma rasa macam nak coklat cair tu lagi banyak haha (tamak tak). Masam tu dari yogurt tau tapi takdela masam sangat, ngam dengan manis strawberry tu haa 



Kokojarshake Mango Yogurt
Yang ni pula perisa mango, buka je penutup botol semerbak bau dia, bila tanya Rayyan, dia lebih suka perisa mango ni sebab dia memang suka makan makanan yang masam-masam dari manis, adohaaaa. Korang pulak takut nak cuba mango yogurt ni sebab qaseh kata masam, dia takdela masam yang macam buah mangga tu, tetap ada masam manis dan yogurt, rasa dia sedap tau, tak reti pulak nak explain macam mana haha yang pastinya bila dah ngap sekali, berkali-kali masuk mulut gais

Walaupun botol dah cukup besar dan tinggi, bila sekali makan tu yaAllah tak boleh nak berhenti -_- kalau beli 10 tak sampai seminggu agaknya, ni pun dah tinggal suku botol dah haha, siap berebut lagi 3 beranak ni haaa. So korang jangan lupa cuba okay, bagi qaseh sangat-sangat berbaloi dengan harganya RM18 sahaja. Oh selain tu ada juga original flavour semestinya coklat dan juga Mocha. Korang boleh usha-usha di link yang qaseh bagi kat bawah okay. 

Jana Pendapatan Bersama Kokojarshake 

Okay ni peluang baik untuk korang semua, di tambah dengan lockdown dan musim PKP yang berterusan, qaseh tahu ramai yang kurang bernasib baik, kena potong gaji, di buang kerja dan sebagainya. Jadi, kokojarshake buka peluang untuk korang mendaftar sebagai stokis atau pun ejen kokojarshake dan menjana pendapatan.

Hubungi no : 011-62921562

More Info : 


4 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. kak nani suka dua2 , memang best.. rasa nak kudp je pilih kokojar ni.. dua2 mesti try lah

    BalasPadam
  2. Menariknya ada flavour strawbery & manggo . Selalu flavour chocolate je . Ni baru ada kelainan .

    BalasPadam
  3. haihhh sedapnya yg mango tu qaseh

    BalasPadam
  4. wow... dah ada strawberry.. mangga dah.. biasa coklat jee..menggiurkan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama