Berbuka Puasa Bersama Yayasan Anak-Anak Yatim/Piatu di Ancasa Residences Port Dickson

 Assalamualaikum,
 
Alhamdulillah hari ni dah hari ke 16 kita berpuasa, dalam bulan Ramadan ni lah kita boleh ambil sebanyak-banyak pahala dan berbuat banyak kebaikan, inshaAllah semoga Allah redha, harap Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya dan jangan lupa pada mereka-mereka yang tidak berkemampuan
 

15 April, qaseh berkesempatan meraikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Yayasan Anak-Anak Yatim Piatu Islam Daerah Port Dickson di Ancasa Residences Port Dickson. Sempena bulan Ramadan, bulan yang baik ni bolehla kita ambil kesempatan untuk meraikan mereka yang tidak bernasib baik, sharing is caring kan.
 
Alhamdulillah majlis dimulakan dengan doa selamat, turut hadir pada Majlis tersebut adalah Encik Azrudyn Rashid, Naib Presiden Eksekutif/ Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset Kumpulan, UDA Holdings Berhad, Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan, Ketua Hospitaliti, Ancasa Hotels & Resorts, Encik Baharin Baharuddin, Pengurus Besar Ancasa Residences Port Dickson dan Encik Mohd Rajib, Pengurus Operasi Ancasa Residences Port Dickson.
 

Lebih kurang 35 orang anak-anak yatim piatu dan ditemani oleh 10 orang penjaga telah dijemput di Majlis Berbuka Puasa tersebut dan dijamu dengan pelbagai hidangan kegemaran tradisional yang sedap dan menarik di buffet ramadan yang bertemakan Warna - Warni Ramadan, tak lupa pencuci mulut yang sangat sedap disajikan oleh Chef Eksekutif Yohanis dan pasukan.
 





Happy tengok muka anak-anak suci ni makan dengan gembira ditambah hidangan yang memang sedap. Terbaik pihak Ancasa Residences Port Dickson, majlis memang meriah dan berjalan lancar
 
Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian duit raya berjumlah RM50 serta baju raya yang bernilai RM250 diberikan kepada setiap seorang dan juga goodies bag cenderahati setiap seorang. Semoga sedikit sebanyak dapat menggembirakan mereka dan raya kali ni lebih bermakna, inshaAllah walaupun tiada mak / ayah, mereka dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan semoga sentiasa dilindungi. 
 




Akhir majlis disudahi dengan aktiviti bergambar bersama, tahniah sekali lagi buat pihak Ancasa Residences Port Dickson kerana telah menjayakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim piatu, dalam kegembiraan tidak dilupakan pada mereka yang kurang berkemampuan, at least memberi seribu satu rasa buat anak-anak ini. 
 

Terima kasih juga beri peluang kepada qaseh dan team blogger yang lain untuk sama-sama meraikan mereka.
 
More Info :


 
Ancasa Residences Port Dickson
Batu 81/2,
Jalan Pantai,
Teluk Kemang,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan.
Tel : 06-6627288
Fax: 06-6627900
 

Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama