Assalamualaikum
Jom Daftar Berkat Korban 2022 anjuran AEON Malaysia | Alhamdulillah dah masuk tahun ke-tiga ye AEON CO. (M) BHD meneruskan Pogram Berkat Korban, jadi tahun ni kembali lagi dengan “Berkat Korban 2022”. Raya Aidiladha pun dah tak lama lagi, yang masih mencari slot untuk melakukan ibadah korban boleh daftar Berkat Korban cepat-cepat tau
Untuk makluman korang, program Berkat Korban ni diperkenalkan pada tahun 2020 dan 2021 lagi, yang mana sangat memberi kemudahan kepada umat islam untuk melaksanakan ibadah korban sewaktu PKP. Teringat ya, waktu PKP memang membataskan segala-galanya, alhamdulillah ada program macam ni, senang ~ semua diuruskan oleh pihak AEON
Setelah memdapat sambutan baik oleh semua pihak sebelum ni, Berkat Korban 2022 diteruskan. Tahun ini, AEON CO. (M) BHD berkolaborasi dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (Koperasi GTR) dan Townfarm.
Menurut Dr. kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON :
“ Kami amat bersyukur kerana sekali lagi dapat merealisasikan Program Berkat Korban tahun ini. Atas sambutan menggalakkan yang diterima sebelum ini, kami merasa bertanggungjawab untuk terus memberikan perkhidmatan ini kepada umat islam”
Kalau korang nak tahu, AEON merupakan pusat beli belah yang pertama di Malaysia yang memperkenal program seumpama ini. Berkat Korban 2022 akan dilaksanakan di seluruh cawangan AEON, AEON BIG dan MAX VALU
Program Berkat Korban Yang Memudahkan dan Patuh Shariah
Program “Berkat Korban 2022” ni sangat memudahkan urusan dimana tempahan daging korban hanya perlu dilakukan melalui panggilan telefon dan atas talian. Kesemua daging korban akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh shariah dalam memastikan umat islam yang mengambil bahagian dapat melakukan ibadah korban dengan sempurna
Dua Kategori Haiwan dan Harga Berkat Korban 2022
Berkat Korban 2022 menyediakan dua kategori haiwan iaitu lembu dan kambing. Seekor lembu seberat 210kg hingga 250kg akan dibahagi kepada 7 bahagian. Manakala kambing seberat 28kg hingga 30kg. AEON mensasarkan sebanyak 1000 ekor lembu dan 200 ekor kambing
Harga untuk lembu yang ditetapkan bagi 1 bahagian adalah RM880.
Harga untuk seekor kambing adalah RM1200
Ada pakej yang korang boleh pilih, samaada untuk mengambil 1 bahagian untuk diri sendiri atau pun 1 bahagian untuk infaq, yang mana berniat untuk menyumbangkan bahagian korban mereka kepada golongan Asnaf. Harga yang ditetapkan adalah sama sahaja.
Untuk sumbangan kepada golongan Asnaf, pihak AEON akan uruskan pembahagian daging tersebut mengikut senarai golongan Asnaf dari pihak AEON tau, tapi ~ andaikata korang ada senarai ataupun pilihan korang sendiri, pihak AEON tidak akan menguruskan pembahagian tersebut tapi korang boleh collect daging tersebut dan membuat pembahagian sendiri.
AEON turut memperkenalkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai IKON Berkat Korban 2022.Ustaz Don berkata
“ Saya bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan AEON untuk program Berkat Korban 2022, selain dari memperkukuhkan ukhwah dan silaturahim setiap golongan masyarakat serta dapat melaksanakan ibadah untuk diri dan diinfakkan kepada golongan yang memerlukan, usaha ini dapat membantu penjanaan ekonomi para penternak tempatan serta peladang-peladang kecil. Alhamdulillah, setiap kerja penyembelihan dan pemprosesan juga dilakukan di dalam suasana terkawal untuk memastikan hasil sembelihan yang patuh shariah, bersih, serta berkualiti tinggi selari dengan halalan toyyiban”
Bagaimana Cara Untuk Daftar dan Buat Tempahan Berkat Korban 2022
Okay korang, untuk daftar korang boleh ke kaunter-kaunter yang dibuka khas di semua cawangan AEON di seluruh negara atau boleh juga menghubungi Suebaidah Sidek di talian 012-7591816 atau online di www.myberkatkorban.com.my
Tarikh akhir untuk mendaftar : 5 Julai 2022
Haa masuk Aeon Mall, terus pergi ke kaunter ni ya, ada borang dan pamplet disediakan. Jangan lupa singgah okie !
Keistimewaan Menyertai Berkat Korban 2022
- Daging korban anda boleh dialamatkan dimana-mana cawangan AEON Mall seluruh Malaysia
- Pembungkusan dan penyimpanan daging korban yang cermat dan mampu bertahan selama beberapa bulan
- Sijil penyertaan
- Dipantau oleh panel shariah yang bertauliah
- Cara pengedaran kepada asnaf/fakir mengikut syarak. Tiada kos tambahan dan sedikit imbuhan untuk program infaq bagi masjid/surau/NGO yang menjadi wakil kepada pihak AEON
- Saiz lembu dan anggaran daging diperolehi dinyatakan
- Gambar-gambar proses perlaksanaan ibadah korban diberikan kepada peserta
More Info :
Tags:
event
Bagus inisiatif AEON Mall. Mempermudahkan urusan
BalasPadamBagus AEON ada buat program macam ni
BalasPadam