Kesan Diabetes Pada Mata Penyebab Buta | Cegah Diabetik Retinopati

Assalamualaikum,
 
Kencing manis penyebab buta ? Bila bercerita tentang kencing manis ni qaseh teringat arwah mak mertua qaseh, betul ya semua, kesan kencing manis ni sangat bahaya, selain dari komplikasi yang lain, ia juga beri kesan drastik pada mata, sejak arwah mak ada penyakit kencing manis, mata makin kabur dan hanya nampak bayang-bayang samar sahaja. 

Jadi hari ni qaseh nak kongsikan sedikit  sebanyak komplikasi penyakit kencing manis pada kesihatan terutamanya kesan pada mata, qaseh menyeru ya, jika ada ahli keluarga korang, atau mak ayah yang ada penyakit kencing manis atau darah tinggi, sila bawak untuk pemeriksaan mata secara berkala, sangat penting ! Kerana jika dibiarkan ia boleh memberi kesan yang lagi teruk iaitu BUTA
 

Kencing manis merujuk kepada masalah di mana sel badan seseorang itu tidak boleh untuk menggunakan gula yang diperolehi melalui makanan mahupun minuman, hal ini mengakibatkan kandungan gula tersebut terkumpul dalam saluran darah dan tidak dipecahkan kepada bentuk yang lebih kecil untuk diserap oleh badan
 
Antara komplikasi diabetes adalah 
  • Neuropati diabetik - kerosakan saraf
  • Nefropati diabetik - penyakit buah pinggang
  • Retinopati diabetik - kerosakan kepada retina 
Hari ni qaseh nak fokuskan kesan kencing manis ni kepada mata sebab ramai yang tidak ambil tahu dan cakna tentang masalah ini, sampai satu tahap masalah pada bahagian mata telah menjadi teruk dan tidak dapat dirawat. 

Baca juga : Daun Kesum {alertInfo}

Apa itu Diabetik Retinopati
 
Diabetik Retinopati ialah komplikasi diabetes yang menjejaskan mata, ia disebabkan oleh kerosakan pada saluran darah tisu sensitif cahaya di bahagian belakang mata (retina). Jika paras gula selalu tinggi, saluran darah halus yang membekalkan retina boleh rosak,biasanya ia menjejaskan kedua mata serentak, jika diabaikan akan menyebabkan kebutaan
 

5 tanda-tanda Diabetik Retinopati
 
  1. Penglihatan kabur atau beralun
  2. Penglihatan yang kerap berubah-ubah dari hari ke hari
  3. Terjadinya tompokan gelap di kawasan tertentu dalam medan penglihatan atau hilang penglihatan 
  4. Lemah dalam menentukan warna
  5. Bintik-bintik atau seolah-olah terapung dalam bahagian mata (floaters) 
 
Kalau korang ada tanda-tanda diatas ni, sila alert tau, lebih-lebih lagi yang jarang buat pemeriksaan, ditambah pula tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Kita rasa kita sihat kan, tapi kalau berterusan tidak menjaga makan, suka makan makanan yang tinggi kandungan gula setiap hari, boleh jadi penyakit kencing manis akan menyerang anda dalam diam haaa takut tak ! 
 

Sangat penting !Bagi penghidap diabetes, penilaian atau pemeriksaan retinopati perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali setahun dan lebih kerap jika kemerosotan telah berlaku. Jika retinopati diabetes dikesan lebih awal, perubahan gaya hidup dan rawatan boleh menghalang dari kemerosotan mata. Betapa kesihatan itu sangat berharga. 
 
Rawatan untuk Diabetik Retinopati 
Peringkat awal

Peringkat pertengahan

Peringkat tenat

Rawatan kebiasaannya bergantung pada tahap retinopati diabetik, tahap-tahap awal mungkin hanya memerlukan pemantauan yang kerap. Mengawal paras gula dan gaya hidup yang sihat akan memperlahankan kemerosotan mata. 
 

Pembedahan laser biasanya digunakan untuk merawat penyakit ini apabila ia telah menjadi semakin teruk, rawatan lain termasuk suntikan ke dalam mata atau mengeluarkan darah atau tisu parut dari mata melalui pembedahan
 
Bolehkah Optometris mendiagnosis Diabetik Retinopati?
 
Pemeriksaan mata standard tidak akan mengesan Diabetik Retinopati tetapi pemeriksaan dengan teknik tertentu boleh mengesannya. Lagi-lagi individu yang berumur 60 tahun atau lebih, sangat digalakkan membuat pemeriksaan. 
 
Tapi tak semua kedai optometris yang boleh melakukan pemeriksaan ini, hanya yang berkelayakan sahaja, seperti Optom Eyecare Optometris Bangi. Jika korang terasa penat menunggu appointment di hospital atau tiada masa, qaseh syorkan korang buat pemeriksaan di Optom Eyecare Optometris Bangi sebab disini ada pakar dan alat khas yang tiada di kedai optometris yang lain


Qaseh pun pernah  pemeriksaan mata disini untuk check sama ada mata qaseh ada masalah atau ada penyakit yang qaseh tak tahu seperti kencing manis atau darah tinggi, alhamdulillah mata qaseh so far okay dan tiada masalah, haritu rasa macam kabur-kabur juga, ternyata mata qaseh hanya penat, ye lah asyik kerja menghadap fon je kan, result pun boleh dapat tengok terus dan pakar di Optom Eyecare Bangi sangat soft spoken ya gais, terangkan satu persatu dan memang jelas dengan semua penerangan

Hasil pemeriksaan mata qaseh di Optom Eyecare Bangi

Jadi, korang jangan berlengah lagi tau, sesekali buatlah pemeriksaan diri kita, mak ayah, keluarga dan orang yang tersayang, selagi masih awal, inshaAllah masih boleh dirawat, nak buat pemeriksaan istimewa ni ? Boleh buat temujanji di talian  wasap.my/601111479093

Untuk maklumat lanjut:

Optom Eyecare Optometris Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown).
Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)
Instagram: Optom Eyecare
Facebook: Optom Eyecare

 
 
 

Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama