Keyboard Ajazz 308i Review | Sesuai Untuk Ipad

 Assalamualaikum. 
 
Keyboard Ajazz 308i Review | Hari ni rajin sikit nak review apa yang aku beli di shopee dan sebenarnya eksited nak menaip sebab beli keyboard baru, keyboard Ajazz oyeah oyeah ! so yaaa sebelum ni qaseh dah ada 2 keyboard untuk ipad, dua-dua kecik je and sesuai lah dengan ipad if nak bawak kemana-mana kan.
 

Cumanya, kadang-kadang tak puas nak menaip sebab kecik sangat dan nak kan suasana acah-acah busy menaip aaa gitu~ nak kan suasana gitu. So survey lagi keyboard yang boleh connect dengan ipad tanpa guna adapter/otg, qaseh berkenan dengan keyboard Mofii sebenarnya tapi tu lah leceh pulak nak kena sambung bagai

Sebelum ni, qaseh guna yang ni, okay untuk bawak balik kampung, atau travel tapi kena buat kerja aa gitu 
 
Jadi ya, qaseh pilih brand Ajazz, design dia lebih kurang je dengan Mofii tu, keycap retro jugak, sebenarnya dah lama dalam cart, aaa biasalah kumpul-kumpul dulu, btw nak juga cari keyboard yang berlampu tapi kebanyakannya mechanical keyboard, 

Sebelum tu nak citer la sikit, nak marah lak rasa, haritu qaseh ada nampak dekat tiktok keyboard ada lampu-lampu tu tapi dah beli yang ni pulak , ahhh memang cenggitu lah selalunya, dah beli baru tertayang-tayang depan muka kita, benciiii ! 
 
Bagi yang tengah cari review tentang keyboard Ajazz untuk ipad ni, haa beli je gais sebab banyak jugak function yang boleh guna dan sangat memudahkan berbeza dari keyboard qaseh sebelum ni (tak full function).Antaranya mudah nak select all. Mudah nak copy,cut,paste. nak off ipad, nak print screen, haaa boleh terus tekan dekat keyboard ni je tau
 

Ni tengah menaip guna Ajazz je ni, ahh kekwat gitu, so pilihan warna ada beberapa warna yang biasa dan luar biasa :p takdelah luar biasa tapi yang cute-cute, yang suka combination warna yang cute sangat macam qaseh, ehek. Qaseh ingat nak beli warna pink je, tapi warna hitam ni lagi menarik dan menyerlah. I kan suka kan keceriaan gituhh 
 
Nak citer tentang kekurangan keyboard Ajazz ni sikit, bab nak connect dengan ipad, mula-mula okay je laju tapi bila untuk yang seterusnya macam lambat sikit nak connect, macam ko buat lawak, tapi member lembab beno nak tangkap, krik krik krik, haa delay jap gitu. Qaseh ingatkan dah rosak tadi haha ermm tapi benda kecil je kot, so qaseh okay je.takde lah lama sangat delaynya.
 
Satu hal qaseh tak perasan seller tu ada bagitahu ke tak dekat description pasal ni dekat shopee, tapi tadi baca dalam buku manual memang dah dia tulis sebegitu, akan ada delay which is normal huhu as long as semua function okay, sis tak cerewet okie, benda pun dah beli, layan je lah. 
 
Keyboard ni tak perlu cas sebab ia guna bateri, so kena ada stok bateri banyak-banyak la ek pasni, sebab sebelum ni, keyboard lama kena cas, mana satu lagi senang ? Qaseh lebih suka cas tapi takpelah, saya menyumbang pada ekonomi bateri. Dia guna dua AAA bateri, yang kecik tu haa
 
Apa Yang Best Guna Keyboard Ajazz ni?
 
Keycap dia semua ada 84. Saiz dia takde lah besar sangat macam keyboard PC tu tapi sedang-sedang, tak kecik tak besar, so far selesa dan tak kekok, material keycap ni ABS, sumpah lembut gila bunyi dia dan bila menaip tu takde lah try hard sangat menekannya, bunyi dia tak kuat tau, tak mengganggu baby tidur. Almaklumlah ada anak kecik yang sensitif betul dengan bunyi.
 
Cara Connect (Ada dalam buku manual semua ni)
 

Nak connect senang je, tekan FN dan huruf C selama 2 saat, pastu lampu dekat bateri akan menyala, pastu connect lah dengan bluetooth di ipad / device masing-masing. Keyboard ni sesuai dengan semua device yang boleh connect dengan bluetooth ye, iOS/Mac OS/ Windows/Android. Keycap dia boleh cabut so korang boleh beli keycap lain untuk ubahsuai, korang kan kreatif suka ubah-ubah jadi cute kan (ngata diri sendiri) tunggu sat nak survey keycap ahahaha
 

Keyboard ni Auto Sleep Function ye gais, untuk mengelakkan bateri cepat habis, jika korang takde guna dalam masa 15 minit, ia akan automatic sleep dan auto disconnect bluetooth
 
So, apa lagi yang korang nak tahu ek, so far setakat ni qaseh suka dan seronok lah menaip dengan Keyboard Ajazz ni, dah lah cute, bunyi pulak soft je, boleh menaip dengan selesa dan laju, so far takde masalah lah dan sangat sesuai dengan ipad / tablet. I really enjoy using this keyboard, tiberrr. 
 

Oh ye, harga dia bawah RM100, kalau nampak yang jual mahal-mahal tu haaa pergi babap dia, sebab rata-rata qaseh survey dalam RM69 hingga RM70 lebih camtu. Yang lagi murah tak jumpa pulak, melainkan tolak dengan voucher atau diskaun.Oh ye, kalau yang satu warna je, yang tu lagi murah 

Qaseh beli dekat seller ni , paling murah setakat ni https://shope.ee/LBBDREMuv
 
Nah qaseh letak lah full specifications of 308i keyboard
  • Bluetooth version : Brcm 3.0
  • Keys Number : 84
  • Dimensions : 320mmx136.6x30.5mm
  • Keycaps material : ABS
  • Lifetime of switch : 10 millions
  • Work voltage : 3v
  • Battery : 2xAAA battery
  • Maximum current : 8ma
  • Worktime : 7 days (use it continuesly for 8 hours a day)
  • Standby time : 1 month
  • Transmission Range : 10m 
 
Okay itu sahaja review qaseh tentang keyboard Ajazz ni, so far takde rasa rugi pun beli keyboard ni malah memudahkan lagi, yang penting ? Cute namampos ! Haha okbye ~ tq kerana sudi membaca. Oh ye, qaseh ada beli haa apa nama ni ye, dengan seller sama ingatkan kecik je rupanya besar betul so ngam lah dengan meja ikea ni


More Info :

Ajazz Keyboard : https://shope.ee/LBBDREMuv


 
 

1 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Cantik dan comel. Geram pulak nak guna sebab nampak comel jer super tuan dio jugok..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama