M Boutique Hotel Ipoh Review | Hotel Best di Ipoh

 Assalamualaikum,

M Boutique Hotel Ipoh Review | Lama dah entry ni dalam draft gais so ya hari ni qaseh nak review M Boutique Hotel Ipoh qaseh pergi tempoh hari. Bila nama hotel tu ada nama ‘boutique’ sememangnya hotel tu punya dekorasi yang cantik, dan semestinya menarik minat penginap hotel yang suka bergambar, suka OOTD tapi yang paling penting fasiliti, kebersihan dan keselesaan juga paling utama bagi aku


Qaseh pergi Ipoh saja je cuti-cuti santai, pertama kali bawa Rania tidur hotel, ala kecik-kecik dah tidur hotel, untung anak-anak zaman sekarang hehe, biasanya qaseh bila travel akan cari hotel bujet je sebab nak tidur je kan, tapi dah dua orang anak ni, keselesaan mereka paling penting juga dan ada bajet lebih so apa salahnya, cipta kenangan tu penting 

Bila datang Ipoh ni, memang buat planning awal lah, bukan main terjah je, jadi pertamanya kena cari penginapan / hotel best di Ipoh, survey punya survey qaseh tertarik dengan M Boutique Hotel ni, aaaa cantik sangat hotel ni, kepada korang yang suka bergambar, memang seronok lah stay sini 


Qaseh book melalui BOOKING, alamak dah tak ingat pulak harga semalam berapa, tu lah lama sangat dalam draft ahaha tapi korang boleh lah survey harga di Agoda, Booking , Traveloka dan sewaktu dengannya 

Qaseh booking bilik SUITE KING tak termasuk breakfast, sebab datang Ipoh memang untuk jalan-jalan cari makan, nanti qaseh share tempat makan-makan di Ipoh yang best-best okay. Kenapa, qaseh ambil bilik King ni ? Sebab tengok dalam gambar memang luas dan besar, so fikir anak-anak selesa lah nak melasak. 

Baca juga : 10 Tempat Menarik Ipoh {alertInfo}


Qaseh survey jugak bilik lain, kat sini ada beberapa jenis bilik, ada Superior Room, Standard Queen,  King Suite, Premier Room (twin room), lastly decide untuk bilik King Suite ni sebab besar dan luas, boleh request baby cot for FREE, jadi terus book tanpa membuang masa tapi bath tub takde ye, sokay lah. 

Bila masuk je hotel ni, memang setiap pelosok ada dekorasi yang cantik, ala-ala vintage dan hipster vibe, melalui pembacaan M Boutique Hotel ni menggunakan ID concept urban electic thematic boutique, aaa gitu, apa-apa je la janji memang memukau mata memandang. Moh la qaseh share gambar pulak ye, tapi tak banyak ambil gambar dekat lobi, anak meragam ahaha

Area Lobi Hotel 


Masuk-masuk je terus nampak kaunter, dari luar hotel ni takde la besar sangat tapi dia ada 2 tingkat lagi kat atas, ni area lobi, luas memanjang dan banyak sofa untuk korang menunggu, sangat selesa, persekitaran tenang dan cantik. Proses nak daftar masuk pun cepat je, cuma hari tu qaseh pergi awal sikit dari time standard, so qaseh kena tunggu jap, staff semua okay, no diva-diva gitew

Kalau korang bosan-bosan atau anak tiber meragam haa tengoklah sekeliling area lobi ni jugak ada tempat untuk main game, ada tempat jual-baju baju dan aksesori juga tau 






ARAS 2, GYM, DOBI LAYAN DIRI

Dah meround sekitar lobi, meh qaseh bawak ke bilik pulak, aummm. Ia terletak di aras 2,  aras 2 ni ada fasiliti GYM, dobi layan diri, ada toilet dan ruang menunggu, qaseh sambung menunggu di aras 2 sambil-sambil bilik qaseh diorang tengah kemas. 





Ruang menunggu ni depan GYM, seperate dengan pintu kaca, kat sini low qulity sikit gambar sebab malap je cahaya,memang lampu malap-malap je, suasana romantik gitu, tapi takde vibes menyeramkan pun, jangan risau ye, anak-anak memang tidur lena sampai ke pagi haa

BILIK SUITE KING M BOUTIQUE HOTEL IPOH 

Masuk je bilik ni terus nampak sofa ni, untuk lepak-lepak santai, qaseh suka duduk sini bila tak tahan sejuk, huhu aircond memang function betul, sambil-sambil minum kopi, tapi sekejap je la lepak sini, ngantok!

Kiranya bilik ni adalah bilik yang paling besar di hotel ni, bila masuk je terus wow memang besar dan selesa, dari segi kebersihan takde apa yang qaseh nak komplen sebab semuanya okay, fasiliti pun okay, standard fasiliti yang ada kecuali iron korang kena request, staff akan hantar ke bilik. Sama jugak dengan baby cot, call je diorang, semua akan dihantar secepat mungkin. 

Bilik ni maximum 2 dewasa lah, tilam memang empuk dan selesa, Rania qaseh bagi tidur dalam baby cot, so muat lah untuk kami bertiga, btw 4 orang pun muat je tapi risau Rayyan tidur buas jap lagi terpenyek rania ahaha, risau jugak Rania jatuh sebab katil dia tinggi, 12’’ tebal tilam dia.


Area tepi katil ni biasalah ada plug-plug untuk charge, meja, TV LCD, ada mesin kopi tapi kopi nya nggak ada, gimana sih ! Haha qaseh cari-cari gak kopi dia tapi memang takde, ermm never mind, tak tahu la memang tak letak atau terlupa letak, so kitorang bancuh je la kopi manual hikhik



Area sebelah kanan pulak ada cermin besar, ada kerusi dan drawer. Haa ni yang qaseh suka, cermin besar gedabak, tak perlu nak ulang alik pergi toilet untuk mekap. 


Bilik airmemang takde bath tub ye, toilet dia agak besar jugak ye korang, puas hati nak mandi, jangan risau ada pintu luar untuk tutup, bahagian dalam sahaja asing dengan pintu kaca, untuk pasangan, boleh lah ngintai orang sebelah buat apa ahaks

Kebersihan pulak memang qaseh boleh bagi A, memang bersih dan takde bau yang aneh-aneh, semua kemudahan cukup lengkap, tuala, mandian, heater semua berfungsi dengan baik, ada hairdryer juga. Cermin pun besar, dalam toilet pun boleh OOTD sebab bersih dan cantik.

Area untuk kopi-kopi, semua lengkap



Oh ye, jika korang tetiba lapar waktu malam tapi malas keluar, ada Old Town White Cofee untuk korang beli makanan, tak kisah lah nak makan situ atau pun tapau, so qaseh tapau je, penat. Untuk breakfast pun korang boleh pilih untuk breakfast di Old Town White Coffee tu. 


Memang berbaloi lah korang stay sini, qaseh suka ! Lagi pun tempat dia agak strategik jugak, tak jauh dan tak dekat untuk pergi ke tempat-tempat makan, dan tempat menarik. Oh ye, lupa pulak PARKING FREE ada di kawasan belakang hotel, tak jauh pun jalan kaki ke hotel. Memang selamat dan ramai penginap parking kat situ 

Kalau korang banyak barang nak bawak atau malas nak menapak jauh, boleh parking depan hotel tapi berbayar lah. Tak sure berapa RM, sebab qaseh parking FREE je. So kalau dah lama dalam wishlist tu, boleh lah check in kat sini tanpa ragu-ragu. Travel dengan kawan-kawan pun seronok ! 

Alamat :

2 Hala Datuk 5
31650 Ipoh, Perak
Malaysia






Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama