Tangan selalu rasa kebas mungkah itu Sindrom Carpal Tunnel | Assalamualaikum and holla gais, pernah tak korang rasa tangan korang selalu rasa kebas-kebas ? Kadang-kadang aku pernah mengalami kebas tangan ni, tapi so far tidak membawa kepada rasa sakit, ia sekejap ada dan hilang.
Jika korang selalu rasa kebas tangan dan mula rasa sakit, jangan abaikan ! Hati-hati kerana dari sikap endah tak endah itu membawa kepada kemudaratan, pancaindera ni tiada gantinya, jadi tolong jaga dan hargai sebaik mungkin, kerana takut ia adalah Sindrom Carpal Tunnel
Apakah itu Sindrom Carpal Tunnel ?
Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
Bagaimana Ia Terjadi ?
Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan. Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.
Terowong ini disempadani dengan tulang karpal dibahagian bawah dan ditutupi oleh tisu penghubung yang dinamakan sebagai ‘Flexor retinaculum’.
Apabila kawasan dalam terowong itu membengkak, ia akan menghimpit saraf median dan mengganggu fungsi saraf tersebut.
Pesakit pada mulanya akan mengalami rasa kebas, sakit dan rasa semut. Apabila keadaan ini berlaku secara kronik, saraf motor iaitu saraf yang melibatkan pergerakkan otot pula akan terlibat sama. Hasilnya, kekuatan genggaman tangan semakin berkurangan dan pada tapak tangan dapat dilihat otot tersebut semakin mengecut.
Haaa korang ada tak simptom macam ni ? Okay takpe, teruskan pembacaan, jom kita check siapa yang selalunya berisiko kena Sindrom Carpal Tunnel ni.
Banyak ilmu bila join Persatuan Surirumah Malaysia {alertInfo}
Siapa Yang Berisiko Mendapat Sindrom Carpal Tunnel ?
1.Kebiasaannya pesakit yang melakukan pekerjaan yang banyak menggunakan tangan :
- Menaip sepanjang hari
- Chef
- Tukang jahit
2.Umur yang meningkat
- Kebanyakan pesakit berumur 30 tahun ke atas
3.Jantina perempuan
- Kajian mendapati nisbah antara perempuan kepada lelaki bagi penyakit ini adalah 3-10:1
4. Berat badan yang semakin meningkat
5.Mereka yang ketinggian rendah
6.Mengandung
7.Hypotiroidisme (kurang hormon tiroid)
8. Keturunan
- Mereka yang mempunyai saudara yang mempunyai masala ini akan kemungkinan lebih besar untuk mendapat sindrom ini. Mungkin disebabkan mereka mempunyai persamaan daripada struktut badan
9. Beberapa jenis penyakit
- Kencing manis, rheumatoid arthritis, kegagalan buah pinggang, tumor dalam terowong kapal, amyloidosis dan beberapa jenis penyakit lain
Tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel
- Tangan selalu merasa kebas
- Tangan terasa sakit
- Rasa semut-semut
- Kebiasaannya simptom-simptom ini menjadi semakin teruk apabila waktu malam
- Pesakit akan tiba-tiba terbangun disebabkan kesakitan pada tangan yang terlibat
- Kekuatan untuk genggaman dan mencubit juga semakin berkurangan
- Berbeza dengan tangan normal, tangan pesakit mempunyai masalah otot yang lebih kecil
Rawatan Untuk Pesakit Sindrom Carpal Tunnel
- Penggunaan anduh pada pergelangan tangan, perlu digunakan terutamanya waktu tidur supaya kedudukan tangan pada posisi yang neutral
- Menjalan fisioterapi
- Penggunaan ubat, suntikan steroid dalam terowong kapal telah terbukti mampu mengurangkan simptom tersebut.
- Pembedahan, pesakit yang masih mempunyai simptom setelah rawatan diberikan mungkin akan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan
Dalam pembedahan ini, bahagian atas terowong karpal iaitu tisu flexor retinaculum akan dibuka dan dilepaskan untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong tersebut. Selalunya, pembedahan akan melibatkan bius setempat. Iaitu bius pada bahagian tangan sahaja.
Pesakit tersebut masih sedar ketika mana pembedahan tersebut dibuat. Pesakit akan dibenarkan pulang pada hari sama pembedahan kerana ia melibatkan pembedahan yang kecil sahaja.
So kalau korang selalu ada tanda-tanda sebegini, cepat-cepat dapatkan rawatan, tiba-tiba risau sebab aku selalu menaip. Harap dijauhkan dengan penyakit ini.
Sumber : Twitter Dr. Samhan