Rantai Leher Ukir Nama Dari Venyss Untuk Anak Perempuan

Rantai Leher Ukir Nama Untuk Baby / Anak Perempuan dari Venyss | Assalamualaikum and holla gais ! Dulu kan waktu Rania belum lahir, memang nak sangat anak perempuan, biasalah kan perempuan kan sukakan kecantikan, tak sabar nak main mekap-mekap, nak pakaikan dia rantai dan gelang emas hehe, akhirnya doa dapat anak perempuan termakbul.


Normal kan korang, bila ada anak perempuan ni memang automatik rasa nak hias dia macam anak patung, haha over tak ? Tapi perempuan dan perhiasan memang tak dapat dipisahkan, cuma ~ buat masa sekarang qaseh takut untuk pakaikan Rania barangan emas tulen,  sebab dia masih dalam fasa suka masukkan semua benda dalam mulut dan explore everything.

Risaulah kan, pakaikan rantai emas nanti dia tarik haa memang putus lah, nangis tak berlagu daku ! Lagipun dia kecil lagi untuk pandai jaga barang mahal-mahal, tunggu besar sikit baru qaseh bagi pakai yang tulen, risau jugak orang curi or ragut kan ~ 

Cantiknya Rantai Leher Ukir Nama Dari Venyss 

Jadi, qaseh cuba bagi Rania pakai rantai leher dari Venyss sebab ianya disadur dengan emas 916 so tak nampak beza pun dengan emas sebenar, kalau putus pun takde lah ralat sangat kan. Harga pun tak cecah ratusan dan ribuan ringgit. 


Bila qaseh pakaikan rantai leher dari Venyss untuk Rania,  tak sangka Rania suka walaupun dia cuba-cuba untuk tarik, rantai leher dari Venyss ni tak mudah putus dan agak kukuh jugak ye, Venyss menggunakan material yang berasaskan perak asli 925 dan disadur dengan emas 916. 

Oh ye, bagi korang yang belum tahu tentang jenama Venyss ni, ni qaseh nak cerita sikit lah, kot korang berminat nak bagi hadiah untuk kesayangan, haa Venyss ni syarikat bumiputera dan dah lama tau korang, sejak 2013 lagi, memang beri kebahagiaan lah pada kita perempuan ni sebab Venyss menghasilkan pelbagai aksesori/ barangan kemas Silver dan emas sadur persis emas 916


Qaseh suka tau Venyss ni bila boleh custom nama pada rantai atau pun gelang, korang cakap je nak ukir macamana, boleh pilih tulisan, saiz dan sebagainya, inshaAllah Venyss boleh buat dan korang akan puas hati. Tengoklah rantai Rania yang qaseh custom nama dia, cantik kan ! Simple tapi ekslusif gitu. Size pun sangat sesuai untuk dia yang baru berumur setahun.


Maaf lah model cilik Umi ni susah sikit nak bergambar, hihi tapi so far Rania takde la nak tarik-tarik sangat, maksudnya dia selesa dengan rantai leher dari Venyss ni, qaseh risau juga sebab dia jenis kulit sensitif dari baby lagi so qaseh bagi Rania pakai seharian untuk test pada kulit dia sama ada ada reaction alergik atau pun tak, alhamdulillah setakat ni takde masalah alergik, yeyyy ! Umi approve ~


Kenapa Kena Pilih Aksesori/ Barang Kemas Dari Venyss ?

Perempuan kan qaseh faham kadang tak semua keinginan kita sama, so nak pakai yang basic tu kadang-kadang membosankan, so korang boleh pilih koleksi aksesori ukiran nama yang unik dan nampak mewah, bila pakai perhiasan ni automatik boleh boost kita punya konfiden dan takde la rasa malu pakai aksesori sama je, boleh tempah banyak-banyak sebab harga tak cecah ribuan macam emas sebenar 



Venyss membantu ibu-ibu dari perasaan risau, takut barang kemas anak hilang dan sebagainya, so tak salah pun pakai barang kemas yang disadur tau, ia tetap perhiasan yang cantik dan menaikkan seri pemakai. Lagipun banyak tau kes-kes ibu yang rugi ribuan ringgit sebab barang kemas anak hilang, bila pakai barang kemas dari Venyss automatik perasaan risau tu hilang ~


Venyss membantu memberi idea untuk korang yang buntu dalam mencari hadiah, yang nakkan kelainan untuk kesayangan, bff, tunang, wife, cucu, dan anak-anak, bukan tu sahaja Venyss juga boleh dijadikan hadiah untuk persaraan dan sebagainya 


Cincin Lelaki Pun Ada 


Silver memang sinonim dengan lelaki kan ~ Venyss menerima tempahan dan menjual cincin lelaki untuk nikah, tunang, anniversary dan boleh dijadikan hadiah sempena hari bapa sebab Venyss pun menjual pelbagai jenis cincin lelaki yang lawa-lawa, boleh lah survey untuk suami ni.



Kelebihan Aksesori Dari Venyss 
  • Trusted sejak 2013 dan ada showroom untuk walk in
  • Silver Venyss ada nilai tau korang, boleh trade in dan dijual semula so korang tak rugi, sangat menguntungkan dan jimat
  • Tidak menyebabkan alergik pada kulit dewasa dan juga kanak-kanak, alhamdulillah Rania pakai pun okay je kulit dia walaupun kulit sensitif
  • Aksesori yang dibeli boleh diservis berkali-kali dan ada pakej cucian PERCUMA, 
  • Boleh adjust size atau resize jika anak dah tak muat untuk memakai aksesori yang pernah dibeli dari Venyss
  • Material yang tahan bertahun-tahun, tidak berkarat, sifat seperti emas dan boleh dijadikan kenangan sepanjang zaman
  • Ada sevices after sales 
  • Percuma untuk jadi agents dan punya komisyen yang tinggi
Antara Koleksi Aksesori Venyss

 

Qaseh tengah cuci mata ni tengok koleksi aksesori dari Venyss, aduhai semua cantik-cantik korang, harga pun berpatutan je so boleh beli banyak-banyak, tengoklah semua cantik dan memang unik, takde beza pun dengan emas 916, memang berabloi untuk korang buat basahan dan sebagainya hehe terbaik ~ 






Rambang pulak mata qaseh tengok semua koleksi aksesori Venyss ni, boleh beli set untuk ibu dan anak, jika tak minat emas, boleh beli silver, dulu waktu sekolah menengah qaseh lebih minat pakai gelang silver, memang famous la kan dulu-dulu, tapi sekarang minat emas pulak hehe, dah tua aaa cenggitu lah. 

Bab penjagaan pulak macam biasalah, korang tak boleh jaga dia macam emas betul, elakkan pemakaian perfume kena pada aksesori, dan elakkan bawa untuk basahan.

So korang jangan lupa beli tau ~ boleh klik je link ni, http://www.wasap.my/60126494330/dariQASEHDALIAnakdetailaksesorivenyss

More Info korang boleh follow sini :





7 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Selamat dah belikan untuk anak dua orang. Lepas ni nak beli untuk diri sendiri pulak

    BalasPadam
  2. Cantik lah . Yana nak usha2 jugak lah suka yg wana putih tu

    BalasPadam
  3. Comelnya Rania pakai rantai tu. Tak yah beli mahal-mahal dah sekarang.

    BalasPadam
  4. Cantiknya rantai tu... Pastu pilihan jewellery pun banyak jugak ek kat sini...
    Nanti nak intai2...

    BalasPadam
  5. Cantik ya. Suka tgk rantai ukir2 nama mcm ni. Nk buat lah satu untuk anak2 Nanti

    BalasPadam
  6. wowww cantik2 designnya nak matching2 ngan maira la ,dia pun lama dah dok mintak

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama