Jom Main Money Games Sambil Uji Minda di Mortgage Calculator

Main Permainan Money Games Sambil Uji Minda Dalam Matematik | Assalamualaikum & holla korang, kebiasaannya qaseh memang suka main game bila bosan dan stress, acah-acah healing gitu, dan selalunya games yang qaseh suka main games yang menyeronokkan lah, al maklumlah nak releasekan minda kan/ Macam-macam jenis game dah qaseh main.


Tapi kali ni qaseh nak ajak korang bersama-sama main game yang menguji minda lah sikit ni haa, siapa sukakan matematik atau kira-kira, korang mesti akan suka game yang qaseh nak kongsikan ni. Jangan risau walaupun game ni melibatkan kira-kira tapi ia tak perlu menggunakan duit yang betul pun, game ni secara online sahaja tau iaitu Money Games

Bila qaseh explore game-game yang ada di Money Games ni, memang bagus tau korang bagi anak-anak korang main game juga kerana ia bukan sekadar game lagha sahaja tapi lebih kepada uji minda, membuatkan kita berfikir dalam  membuat pengiraan, so anak-anak akan dapat ilmu juga melalui Money Games ni 

Jom tengok ada beberapa game yang qaseh sendiri dah cuba, tiba rasa macam lembab pun ada sebab dah lama tinggalkan dunia matematik haha, ingat dah tua bangka ni bertambah lah cerdik tapi tidak yaaa, lama tak diasah haaa memang slow lah jawab dia, tapi seronok juga la hihi

Bila nampak game ni terus tertarik, game ni bagus untuk anak-anak sebab ia ajar tentang kira-kira. Game ni sangat senang sebenarnya, cuma mula-mula agak blank haha 



Cara nak main game ni senang je, korang hanya perlu ikut je arahan yang di berikan, mula-mula masukkan nombor yang tertera kemudian tambahkan dengan nombor seterusnya, kemudian tekan total untuk bayaran penuh. Lepas tu, customer akan bagi duit so korang kena masukkan nilai yang diberikan oleh customer dan tolak sahaja. Last sekali korang tekan pada bahagian wang tu dan kembalikan baki kepada customer. 


Lah mudah dooh game ni ! 



Game ni lagi lah senang, hanya memerlukan tangan yang laju untuk kutip duit-duit yang ada di pokok tu je haaa, nak lagi banyak duit, korang kena lah tekan laju-laju. Kemudian, di bawah tu korang boleh beli bila wang yang korang tekan laju-laju tadi cukup.



Bila makin banyak wang korang, lagi banyak korang boleh upgrade, so ia akan buatkan wang korang lagi bertambah banyak, yeyyy aku kayo ! Lenguh juga la tangan aku asyik tekan laju-laju hehe, bagi dekat anak korang rasanya sekejap je diorang dah power 



Game ni pun sangatlah senang, hanya ikut arahan sahaja, pastikan korang jawab laju sebab ia ada bar masa yang ditetapkan, kalau korang lambat maka tamatlah game ni. Ada 3 mode yang korang boleh pilih, dari mode easy, medium dan difficul. Nah selamat mencuba




Antara Money Games yang korang boleh pilih :

Cash Back
 Grocery Cashier
 Treze Coins
 Idle Money Tree
 Bitcoin Tap Tap Mine
 Lit Ape NFT Generator 
 Stocks
 Supermarket Numbers

Selain dari game yang melibatkan kira-kira, ada banyak lagi game-game yang menarik dan menyeronokkan dalam Money Games ni. Bila dah penat perah otak, bolehlah korang cuba game-game lain pulak. Contohnya game yang qaseh main ni 





Ni game yang selalu qaseh suka, ada macam-macam jenis hidden game tapi kat sini hidden game ni agak mencabar hingga berpinar biji mata, ada 30 level semuanya, macam biasa ada timer so korang kena laju-laju lah mencari apa yang tersembunyi hehe



Nah banyak lagi game yang korang boleh main di laman https://www.mortgagecalculator.org/money-games/#moneygames ni, jangan lupa ajak anak-anak korang main juga, betul-betul boleh asah minda dalam pembelajaran matematik. Game-game macam ni takdelah membuang masa anak-anak sangat kan ~


Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama