10 Gram Bakers & Steak at Ayer8 Putrajaya | Assalamualaikum & holla korang, hari ni qaseh nak share tempat makan best di Ayer8 Putrajaya, mesti korang pernah dengar tentang Restoran 10 Gram kan ? Yang bestnya ia telah dibuka di Ayer8 Putrajaya, berita baik lah buat warga Putrajaya kan ~ so lepas ni dah boleh lepak di 10 Gram Bakers & Steak di Ayer8 Putrajaya ! Yezza gais, ini merupakan cawangan baru 10 Gram.
Sebenarnya dah lama juga qaseh tak pergi makan-makan di Ayer8 sebab kebanyakannya masih sama, disebabkan 10 Gram ada cawangan baru di Ayer8 Putrajaya, sanggup qaseh datang dari jauh, dari Rawang tau sambil-sambil nak dinner date dengan my gigirl yang dah lama tak jumpa
Nampak dari jauh lampu hijau-hijau ni haaa ini lah restorannya ~ 10 Gram Bakers & Steaks
U know what ~ food and fav person always make wonderful moment right ? So here we go, 10 Gram Bakers & Steak punya dekorasi yang cantik dan menarik, bila korang lalu je restoran ni mesti korang akan tertarik hingga tanpa sedar kaki melangkah masuk, haa gitu auranya
Sambil dinner date dengan kesayangan dah berkawan lama ~ jarang jumpa tapi tetap mesra
Dekorasi tu first impression lah kan, bukan sekadar deko je kena cantik tapi makanan haruslah sedap dan layanan mesra perlu ada, itu yang membuatkan pelanggan akan repeat makan kan ? Bila lengkap semua ni akan beri kelebihan buat restoran tu, setuju ? Tapi jangan risau gais, makanan kat sini memang sedap dan tak mengecewakan ~ i approved dan of course akan repeat lagi
Jadi jom tengok apa yang qaseh makan di 10 Gram Bakers & Steaks ni haaa,ni antara menu yang korang wajib cuba tau, di 10 Gram Bakers & Steaks ni bukan ada makanan western sahaja, tapi makanan asia pun ada. Qaseh tahu sesetengah orang tak boleh kalau tak makan nasi heheh, banyak pilihan yang korang boleh pilih.
Dekorasi di 10 Gram Bakers & Steaks Ayer8 Putrajaya
Qaseh suka ruang makan di sini sebab rasa ada privacy, jarak dengan pengunjung lain tak terlalu dekat. Bila ada anak-anak kecil, korang boleh pilih space yang tak kacau keharmonian pengunjung lain haa gitu, nak membawang pun no hal, eh nak makan :p
Qaseh suka area ni, nampak estetik ~
Konsep kat sini nampak ala-ala rustic kan, yang penting lawa untuk bergambar haha
Qaseh tertarik dengan 1 signature drinks di 10 Gram Bakers & Steaks ni, yaampun tak boleh move on lah air dia sangat cute dan tak tercapai dek akal boleh buat air sebegini, korang wajib cuba juga tau, dan of course lah wajib snap photo dengan air ni heheh dan banyak air hipster yang korang boleh cuba. Nak tahu air apakah ? Kena teruskan membaca okie !
Signature Menu Yang Wajib Cuba di 10 Gram Bakers & Steaks
1. Spicy Chicken Finger
2. Pizza Ultimate
3. Grilled Chicken Chop with Tomato Spaghetti
4. Nasi Ayam Goreng Belado
5. Ikan Keli Goreng Sambalado
7. Tomyam Carbonara Prawn
6. Thick Cube Toast
Boleh dikatakan makanan di sini memang big portion, so ianya memang berbaloi dengan harga. Anak-anak pun pasti suka, anak aku tak pandang kiri kanan dah, jarang lah dia makan banyak kat rumah, hari tu wah banyak jugak lah dia makan, so nampak lah dia pun suka dengan makanan di sini
Pizza Ultimate
Pizza Ultimate ni sangat lah lembut crustnya, anak-anak pun memang akan suka, sedap ! Tak macam pizza yang biasa kita makan, dia nampak nipis tapi isinya agak banyak (chicken,tomato, mushroom,capsicum,pineapple & cheese) dan sos yang ada memang sedap dan ngam dengan keseluruhan rasa pizza tu. Harga - Rm26.90. Makan ramai-ramai dengan family syokkk
Adakah ia nampak berbaloi ? Of course !
Banyak lagi pilihan pizza yang lain yang korang boleh cuba.
Tomyam Carbonara Prawn - Warning Alert ~ SPICY !
Looks so yummmmmmy & creamy !
Pedas yang sedap ! Seriously carbonara ni sangat sedap dan creamy, qaseh tak pernah cuba sebelum ni dimana-mana, rasa dia memang pedas yang sedap, ibarat ko tahu dah makanan ni pedas, tapi ko still nak makan lagi dan lagi haha so memang berbaloi bagi orang yang sukakan pedas. Harga RM19.90
Grilled Chicken Chop with Tomato Spaghetti & Spicy Chicken Finger
Satu hidangan ni pun dah boleh buat korang kenyang tau
Antara hidangan fusion yang boleh dicuba, gabungan chicken chop dengan spaghetti tomato yang menyelerakan dan menarik, tak cukup lengkap kalau takde coleslaw dan kentang kan, hehe i think semuanya di buat sendiri. Nice ! RM21.90
If nak kudap-kudapan sambil menunggu boleh cuba Spicy Chicken Finger. Ayam dia tak keras, so far lembut dan senang di makan dan tak terlalu pedas.
Makanan Asia di 10 Gram Bakers & Steaks
Nah bagi yang tak boleh hidup tanpa nasi korang boleh lah cuba Nasi Ayam Goreng Belado (RM18.90) dan Ikan Keli Goreng Sambalado (RM19.90), rasa dia pun sedap, ayam tak keras sambal belado pun sedap tak begitu pedas, bagi peminat Ikan Keli boleh masuk dalam list tau (qaseh kurang gemar ikan keli) sebab risau rasa ikan tu aneh ye haha tapi so far okay, masuk dengan tekak
Nasi Ayam Goreng Belado
Ikan Keli Goreng Sambalado
Dessert - Thick Cube Toast
Dari jauh pun dah nampak menyelerakan, untuk pencuci mulut qaseh cuba Thick Cube Toast ni, ia datang bersama ais krim dan madu, tuang sahaja madu di atas roti dan makan bersama aiskrim fuhhh lazat ! Yang geramnya anak ku duk kutip strawberry yang ada tu haaa sabo je la. (RM14.90)
Signature Drinks Yang Best di 10 Gram Bakers & Steaks
Rainy Day
Haa ni yang qaseh nak tunjuk dengan korang, signature drinks yang sangat cute ! Ibarat awan di atas kopi, nama air ni adalah RAINY DAY, nampak tak ia seperti awan dan bila ia kena wap kopi ia akan turun lah seperti hujan hehe. Sebenarnya ia adalah cotton candy, hadir bersama kopi dan biskut untuk di cicah. Cantik sangat hingga sayang pulak nak minum heheh ~ (RM16.90)
Selain tu ni antara minuman yang sedap untuk dicuba
1. Honeymoon
2. Nectar Latte
3. Passion Fruit Lychee Fizz
4. Rainy Day
5. Chocolate Leleh
Chocolate Leleh (RM18.90)
Nectar Latte (RM17.90)
Honeymoon (RM17.90)
Passion Fruit Lychee Fizz (RM12.90) Air ni sedap, qaseh yang pilih hehe sebab ada gas, alaa kantoi suka minum air gas tapi rasa passion fruit dimakan bersama lychee memang ngam ~
So korang boleh lah ajak kawan-kawan dan keluarga datang makan-makan di 10 Gram Gourmet Bakers & Steaks di Ayer8 Putrajaya ni tau, memang sangat berbaloi dan tak mengecewakan, bagi qaseh space di restoran ni agak luas dan tenang, oh ya view menghadap tasik so bila waktu siang lagi cantik.
Senang je nak cari restoran 10 gram ni, bila korang masuk je kawasan Ayer8, akan nampak hospital Azalea, haaa sederet je dengan hospital ni.
Kalau korang tanya qaseh akan repeat tak? Mestilah akan repeat cuma agak jauh dari tempat qaseh huhu mungkin boleh buka cawangan di Rawang pula hihi, maybe qaseh akan cuba juga di cawangan lain sebab 10 Gram Gourmet ada 7 cawangan lain di Cyberjaya, Shah Alam dan beberapa tempat lagi.
Oh ya kalau korang nak datang ramai-ramai, better booking dulu ya ~ nombor di bawah.
Alamat : A1-G-01, Ayer@8, Jalan P8E2/10, Presint 8, 62250 Putrajaya
Business hours:
Mon~Sun: 10am - 11pm
Contact number untuk reservation
018-2889280
More info dan nak tau harga menu yang ada boleh layari web :
comey kedai.. makanan napok sedap belake..
BalasPadamsoalan saya. kenapa 10gram ni takde sijil halal?
BalasPadam