Selesaikan Masalah Jerawat di Renora Clinic Cheras

 
Renora Clinic Cheras Mampu Selesaikan Masalah Jerawat Korang ! | Assalamualaikum & holla gais ~ siapa yang tengah baca ni ada masalah jerawat yang tak hilang-hilang lagi ? So entry ni khas untuk korang yang punya masalah macam jerawat degil ni

 
Sebelum tu qaseh nak share tentang kulit qaseh, syukur gais kulit muka qaseh waktu umur belasan tahun, kiranya zaman-zaman remaja memang takde masalah jerawat langsung, waktu tu qaseh rasa wow happy lah kan sebab orang kata bila jerawat takde waktu remaja, bila dah tua jerawat takkan muncul lah kan ~
 

Kononnya lah kan ! Berangan sangat uols . Tapi sebenarnya yang orang kata tu hanyalah MITOS ! Iya gais, semua tu hanya MITOS ! Jom lah bermimpi di siang hari.
 

Sebab bila qaseh dah berumur 30-an ni jerawat kadang-kadang masih muncul ya, walaupun tak teruk tapi ia tinggalkan parut, sangat tak suka. Bila dah tua-tua macam ni nak hilangkan parut jerawat tu agak lambat tau, dan kadang memang jerawat akan muncul waktu-waktu tertentu 
 
Kenapa ye jerawat masih terjadi bila kita sudah melepasi waktu remaja ? 
 

Ini lah dinamakan jerawat orang dewasa, kalau waktu remaja dulu biasa orang-orang tua cakap tu jerawat gatal hahaha sukahati je kan, so i tak gatal ye waktu remaja :p (gurau je heheh !)
 
Bila kita makin meningkat dewasa, kita akan mengalami perubahan demi perubahan bukan sekadar perubahan fizikal ya, tapi perubahan hormon, perubahan emosi, jenis pemakanan kita so semua benda tu akan mempengaruhi dan akan menyebabkan jerawat tiba-tiba muncul 
 
Punca jerawat dewasa / Adult Acne Muncul waktu umur 20-an ke- atas 
 
1. Hormon - Macam yang qaseh bagitahu tadi, hormon mula berubah, hormon ni memang akan kacau sistem badan kita, so bila tak seimbang, jerawat juga mula naik di muka dan ada juga muncul di badan. 
 
2. Stress ! Qaseh rasa ini salah satu punca jerawat mula muncul di wajah qaseh, selain hormon, stress punca utama, ye lah korang, bila dah jadi mak-mak ni, dulu jadi kucing manja je, sekarang dah jadi RIMAU, haaa mana tak stress ~ 
 
3. Makanan yang tinggi gula - Ini faktor yang semua orang susah nak buang kan, habit suka amalkan makanan manis, gula tu juga penyebab utama kulit kita tak sihat dan akan menyebabkan jerawat muncul


4. Skincare yang tidak sesuai - Zaman sekarang lebih-lbih lagi tiktok tengah viral, so banyak sharing dan produk-produk yang orang share kan, kita pun mula tertarik sebab pengguna tu pakai jadi flawless, lepastu kita pun beli ajee tanpa tengok bahan kandungan, bila tak sesuai ia beri kesan pada kulit. So, hati-hati okie !
 

5. Penggunaan mekap - Wanita sekarang tak macam dulu, suka mekap sebab ia akan meningkatkan keyakinan diri kan, tapi pastikan sebelum tidur korang cuci muka sebersihnya, bila tak cuci muka dan jadi habit, mekap tu beri kesan buruk pada kulit. Contohnya, liang pori mula tersumbat. So, sangat penting ya cuci mekap !
 
Bagimana Jerawat Terbentuk ?
 

Kenapa qaseh cakap betapa pentingnya cuci mekap dengan bersih, jangan biar muka selalu mekap tebal-tebal tanpa perlu. Jom tengok bagaiman jerawat terbentuk 
 
  • Jerawat terhasil apabila folikel folikel rambut tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak. Sebum bersama-sama sel kulit mati dan bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit. Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz.
  • Bakteria yang dipanggil Propionibacterium acnes (P.acnes) adalah bakteria yang wujud pada folikel rambut dalam liang roma.  Ia adalah bakteria gram positif dan lebih suka hidup dalam persekitaran yang mempunyai paras oksigen rendah seperti dalam liang roma yang tersumbat.
  • P.acnes menggunakan sebum sebagai sumber tenaga.Pencernaan sebum oleh enzim-enzim P.acnes menyebabkan penghasilan bahan-bahan komedogenik yang menjadikan simptom jerawat lebih teruk
  • Tindakbalas keradangan dalam sistem imunisasi menyebabkan Jerawat  bernanah yang berpunca dari sistem badan yang menghantar sel darah putih untuk menghapuskan bakteria tersebut
 
Kesan Buruk Jerawat Jika Tidak Dirawat 
 
Parut Lekuk Kekal di Wajah

Jika pelbagai usaha dah korang cuba tapi hasilnya makin teruk, lagi-lagi jerawat tersebut jenis merah dan bernanah, jangan dibiarkan tau, cepat-cepat dapatkan rawatan di klinik asthetik yang bertauliah dan berdaftar dengan KKM. Jangan pula semberono buat rawatan di tempat yang tak berdaftar
 
Jom Buat Rawatan Jerawat di Renora Clinic

Bagi sesiapa yang ada masalah jerawat dan nak buat rawatan, qaseh suggest korang pergi ke Renora Clinic di Cheras. 
 

Mengikut kata doktor di Renora Clinic, pemilihan skincare yang sesuai boleh memberi kesan kepada kadar pemulihan jerawat dewasa. Di Renora Clinic kebiasaannya setelah memeriksa jenis kulit, doktor akan memberikan basic skincare yang sesuai untuk jenis kulit jerawat
 

Jangan risau tau, Renora Clinic merupakan salah satu klinik yang menjadi pilihan ramai kerana berjaya merawat ramai pesakit yang mempunyai masalah jerawat ketika umur 30-an.
 
Ramai wanita dan juga lelaki yang sanggup datang dari negeri lain untuk mendapatkan khidmat rawatan di Renora Clinic yang terbukti berkesan. Haaa bila ramai dah berjaya mendapatkan kulit licin mestilah cepat je berita tersebar kan
 
Testimoni Sebelum dan Selepas Membuat Rawatan di Renora Clinic 
 

 
Sekiranya korang ada mengalami masalah kulit seperti jerawat batu, jerawat pasir dan parut jerawat, dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan yang sesuai melalui doktor yang bertauliah. Ini kerana, jenis rawatan perlu disesuaikan dengan keadaan kulit seseorang pesakit bagi mendapatkan kesan optimum
 
Tentang Renora Clinic Yang Korang Perlu Tahu
 

Renora Clinic merupakan sebuah klinik perubatan estetik dan kulit yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di sini, perkhidmatan rawatan kulit menjadi fokus dan kepakaran utama selain daripada rawatan penyakit-penyakit umum yang lain. Klinik ini telah memperoleh persijilan LCP bagi menjalankan rawatan perubatan estetik daripada KKM. 
 
Renora Clinic mempunyai 3 orang doktor yang sangat berpengalaman dalam diagnosis dan rawatan pelbagai jenis penyakit kulit, terutamanya jerawat. Setiap rawatan dijalankan oleh doktor perubatan estetik dengan  menggunakan kaedah yang telah terbukti berkesan secara klinikal. Peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan dalam setiap rawatan pula adalah berdaftar dan ‘strictly medical grade’. 
 

Sekiranya korang mempunyai masalah jerawat, jeragat atau masalah kulit lain, cuba dapatkan rawatan di RENORA CLINIC , klinik kulit dan estetik yang menjadi pilihan ramai di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni, bukan itu sahaja malah mereka juga sentiasa dikunjungi oleh ramai pesakit dari luar negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan juga Kuantan.


Korang perlu mendapatkan temujanji sebelum datang ke Renora Clinic, ini untuk mengelakkan waktu menunggu yang lama.  Boleh lawati  terus ke sosial media (FB dan IG) Renora Clinic atau boleh terus hubungi klinik yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang, seperti tertera dibawah :

Whatsapp : 011 6098 8315 / Tel : 03-9172 7211

More Info :


Emel : inforenora@gmail.com
Alamat : Renora Clinic Bandar Sri Permaisuri Cheras Kuala Lumpur
 R-UG-17, Kompleks Permasuri Q, Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, 5600

Renora Clinic Bangi akan 
dibuka di Bandar Baru Bangi (April 2023)!! Stay tune ~ ~ ~

 


 

4 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Menarik rawatan ni.... Boleh try nanti

    BalasPadam
  2. Jerawat ni kalau tak dijaga makin teruk. Kalau dh tak boleh hilag memg kena pergi klinik pkar. Pernh dengar Renora ni. Bagus, diiktiraf KKM

    BalasPadam
  3. kena rawat dari awal jerawat ni...bukan masalah lawa ke tidak jugak sebenarnya tapi sakit ye huhuuu dari bekas penderita jerawat batu hahahha bagus klinik ni banyak rawatannya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama