Assalamuaikum & holla gais ! Dah seminggu di tahun baru, sekejap je masa berlalu kan? Let my blog be my diary today ya coz why not ~ hehe so macamana hidup korang, azam korang tahun lepas dah tercapai ke belum ? Erm azam aku banyak benda yang aku dapat walaupun sebenarnya bukanlah wishlist aku, alhamdulillah.
Cuma wishlist aku yang sebenar-benarnya belum tercapai lagi, ia bukan benda, ia bukan gajet mahupun barang-barang yang perlu dibeli tapi lebih pada 1 impian yang maybe one day akan tercapai. But sokaylah, kadang-kadang perancangan kita banyak buruknya dari perancangan Allah yang selalu indah, jika masih tidak dapat maka ada hikmah tersembunyi yang mana mungkin bila kita disini, urusan kita lebih dipermudahkan, yang mana bila kita disana banyak hal yang menyusahkan.
Hurmm malas lah nak fikir, harap tahun ni dapat tercapai :) Doakan ye hihi takde apa pun sebenarnya just simple wishlit.
Nah, seminggu aku di tahun baru ni, sama je macam tahun-tahun sebelum hehe so far masih malas dan hodoh macam ni je lah hakhak, makin tua adalah. Haih dah 35 ye tahun ni, 5 tahun lagi dah 40 tahun, weii seriouslah ! Nape aku masih rasa macam seorang budak kecik yang masih lagi memerlukan bantuan di kala kebuntuan aaa gitu.
Semoga Allah panjangkan usia ku sebab amalku yang tak pernah cukup. Tahun 2022 banyak benda sebenarnya aku lupa, kahkah adoi rasa macam makin pelupa la pulak, tapi alhamdulillah tahun 2022 bagi aku sebenarnya tahun yang lebih baik dari tahun 2021, sebab aku trauma dengan covid, rasa penat sangat bila ingat kembali.
Bulan 1 ni ada tarikh-tarikh penting , my birthday boy, big boy & little boy dan my bff kawen uols ! Untunglah besday bulan sama, tapi cukuplah 1 kek je , sape suruh lahir bulan sama haha, Umi dan Rania beza sebulan je tapi takpe dapat kek asing kahkah. Hadiah ? Cukuplah kasih sayang ek :p
So minggu ni tak banyak urusan pun, takde hal-hal mustahak untuk di buat. Setelah sebulan cuti sekolah nasib baik lah semangat sekolah Rayyan tetap utuh ye, walaupun hari kedua sekolah dah ponteng kihkih lagipun modul membaca dia, dah habis. Good boy !
Tq suami belikan durian, beli kan ketam dan tolong masakkan juga. Bukan aku yang nak tau, tapi anak laki dia lah nak, abah ~ rayyan nak makan ketam, abah ~ rayyan nak durian. Seorang bapak mithali kan, tunaikan lah hajatnya itu hihi. Rezeki tahun baru ~
Minggu ni laki ku ajak pergi Ikea Damansara, yahuu btw lama dah tak lepak Ikea ye, lama tak makan meatball Ikea tu haaa, walaupun sekarang rasa macam biasa-biasa je tapi dapatlah hilangkan kempunan sambil-sambil cari barang sikit.
Kisahnya nak beli langsir je dalam Ikea sebab langsir ku terkoyak, Rayyan dengan Rania lah ni duk main-main belakang langsir, huh dah tiba masanya ia terkoyak, tapi tu lah tu bila masuk Ikea, nak beli benda lain pasti terbeli benda lain jugak, heheh eleh korang pun sama jugak kan !
Lamb shank ~
Ciken ciken
Mushroom soup
Walaupun nampak sikit ~ tapi nak menghabiskan tu agak lelah ~ kenyang ~
Tq suamiku ~ lebiyuu !
So yaa, aku pakai baju besar gedabak ye, hurmm saiz aku M je sekarang tapi terbeli saiz L, tapi laki iols cakap okay je nahhh never mind sekarang fesyen orang pakai baggy-baggy so layankan je la ~ erm apa lagi ye berlaku dalam hidupku dalam seminggu ni?
Lepas pergi Ikea, shopping-shopping sikit lepastu lapar, lah baru je lepas melantak ! Beli Empire Sushi dan try GIGI COFFEE, i pilih caramel machiato ! Orang cakap coffee ni sedap ermm qaseh rasa macam biasa je ~ heee mungkin kena cuba banyak kali. So far, caramel machiato Starbuck paling sedap hukhuk
So minggu ni so far so good, siap dah dapat jemputan buffet ramadhan ~ alhamdulillah rezeki masih ada.Cuma plan kami rosak T_T, im so sad ! Plannya nak jalan-jalan Penang sehari sebelum wedding tapi ada taklimat darjah 1 lah pulekkk ~ terpaksa gerak lewat ! Boleh tak kalau tak pergi taklimat tu ahaha ~ jalan-jalan pun penting jugak :p Okay gurau je ~ settlekan yang penting dulu okie.
Harapnya hari-hari korang juga okay-okay dan indah sahaja, selagi nama hidup tak pernah lari dari ujian, semoga korang yang tengah di uji ataupun yang tengah happy, semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan okay !
Dua beradik lain peel ~ sorang hati tisu , sorang boo layan je haha biasa hati tisu anak sulong kan :p
Oh ye hari tu aku rasa macam nak beli fon baru tau, sebab fon aku sekarang ada heating issue tapi time buat hotspot je la, mungkin fon aku fikir dia hotpot ! Tu yang panas semacam ~ tapi ia jadi lepas aku update, sekarang dah okay dah, so aku rasa taknak beli lah haha, atau tengokla macamana nanti ~ fikiran aku ni selalu berubah setiap saat ~
Sebelum balik tersinggah BOOK EXCESS, first time aku masuk sini, wah banyak betul buku-buku kat sini dan tenang je, nak release stress pun nice ni, cuma aku dah lama tinggalkan hobi membaca buku sejak anak dah dua ni, ntahlah banyak benda nak kena buat so rasa macam tak cukup masa ~
Tapi memang best lah BookXcess ni ye sebab banyak buku untuk anak-anak, so beli lah buku untuk Rayyan dan Rania sajork, online pun boleh beli, ada di shopee jugak if BookXcess ni jauh dari tempat korang —> https://shope.ee/407tkiLSOe Okay gais ~ Okay adios ! Tq sudi membaca ~
Comel la konon buat macam ni ek, nak muntoh hijau rasanya kahkah
Tags:
personal
Selamat tahun abru. Semoga impian yang masih pending tu tercapai. Seronok baca perkongsian Qaseh
BalasPadam