McDonald’s Mengeluarkan Siri Drama ‘’Kau Sundaeku’’ Untuk Menarik Minat Belia Yang Sedang Mencari Pekerjaan | Assalamualaikum korang, zaman sekarang zaman teknologi dan semuanya di hujung jari kan, kadang-kadang kita lebih senang mendapatkan info di ruang media sosial sahaja. Betul tak ?
Disebabkan itu, McDonald’s telah membuat inisiatif yang sangat menarik melalui social media, wow bukan biasa-biasa ye, McDonald’s telah mengeluarkan satu siri drama original yang bertajuk ‘Kau Sundaeku’, baca tajuk pun dah tertarik dah kan, apa maksud drama ‘Kau Sundaeku’ ni korang ?
Haa ada maksud tersembunyi tau bukan sekadar hiburan semata. Korang kena tengoklah baru korang akan faham.
Drama Bersiri Kau Sundaeku - 9 Episod
Drama Kau Sundaeku ni adalah satu inisiatif yang inovatif dan menarik dari McDonal’s untuk menarik minat golongan muda yang sedang mencari pekerjaan. Eh tapi korang jangan cari dalam televisyen pulak ye, ia hanya disiarkan di Instagram Reels sahaja dan ada 9 episod yang wajib ditonton.
Melaui drama Kau Sundaeku ni, McDonald’s ingin menyelami kehidupan anak-anak muda hari ni dan mencari jalan untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s.
Drama bersiri Kau Sundaeku 9 episod ini mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022, qaseh dah tonton ! Korang kena tonton tau, 1 episod hanya mengambil masa 1 minit sahaja.
Siri drama ini berkisahkan tentang seorang pengurus dan 3 kru restoran yang datang daripada latarbelakang yang berbeza, yang mana telah menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s.
Watak dalam drama ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uisramuthu.
Memang sesuatu yang baru kan dari McDonald’s ni , qaseh pun tertarik dengan drama Kau Sundaeku ni, so korang yang masih belum ada pekerjaan, jangan terlalu cari pekerjaan yang hebat-hebat sebab sekarang memang persaingan agak kuat, mula cari pekerjaan untuk dapatkan pengalaman, dari pengalaman itu korang boleh jadi seorang yang hebat.
Pelbagai Program Latihan oleh McDonald’s dan Kementerian Sumber Manusia
Korang tahu tak McDonald’s telah melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman.
Korang akan dapat banyak ilmu tau bila memohon pekerjaan di McDonald’s kerana akan melalui latihan yang sangat berguna, sebagai contoh :
Program Perantis Vokasional McDonald’s
Program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas. Ianya hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian.
Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.
“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia
McDonald’s Telah Diiktiraf sebagai Majikan Pilihan Rakyat Malaysia
Sejak sekian lama tau McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia dan banyak pencapaian yang telah diperoleh :
- Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Empgfloyer Award 2021)
- Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global.
- Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018
- Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015
- Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013
Jangan Lupa Tonton Drama Bersiri ‘Kau Sundaeku’
Lastly jangan lupa tau tonton drama bersiri ‘Kau Sundaeku’ di instagram reels okay memang banyak benda menarik dalam drama bersiri Kau Sundaeku ni, yang pasti melalui drama ini, korang akan memilih McDonald’s sebagai majikan terbaik.
Nak tengok kat mana ? Boleh tengok start dari episod 1 tau di —> Kau Sundaeku. Episod seterusnya pun dah ada di instagram MacDonald’s Malaysia, kesemua 9 episod sudah ada. Enjoy watching dan jangan lupa hantar borang permohonan kepada McDonald’s. Selamat bekerja dalam keluarga besar McDonald’s.
More Info :
Website : https://www.mcdonalds.com.my/
Instagram : McDonald’s Malaysia