Khasiat Oxymel Khal Sakan Jabin / Cuka Kurma untuk kesihatan | Assalamualaikum & holla korang, selamat menyambut bulan Ramadhan, puasa penuh tau ! Bila masuk bulan puasa , qaseh selalu baca update dari kawan-kawan yang ada masalah gastrik atau gerd. Kadang kesian sangat sebab kita yang tak merasa ni rasa ala gastrik je pun, tapi yang merasa sakitnya memang teruk hingga doktor tak sarankan untuk berpuasa.
Bukan mereka minta untuk tak berpuasa tapi kesihatan yang memudaratkan. So, hari ni qaseh nak kongsi khasiat cuka kurma yang qaseh amalkan dan ramai yang ada masalah gastrik telah amalkan cuka kurma ni untuk membantu masalah mereka .
Alhamdulillah, qaseh tiada masalah gastrik,gerd atau anxiety tapi kadang-kadang masalah kesihatan yang lain memang selalu ada, so qaseh ada amalkan minuman kesihatan (homemade) iaitu Oxymel Khal Sakan Jabin atau pun cuka kurma Ajwa untuk tingkatkan imuniti, susah tidur dan masalah penghadaman yang qaseh sendiri alami
Penat juga la selalu sembelit ! Bila baca tentang sembelit ni jika tak dirawat akan membawa kepada masalah lain pula. Takodd !
I think semua orang tahu khasiat cuka kurma pada kesihatan kan ? Kalau tak tahu, meh qaseh kongsi betapa bagusnya jika korang amalkan cuka kurma ni dalam kehidupan harian
Cuka Kurma Membantu Masalah Gastrik, Gerd dan Anxiety
Dan bila qaseh baca khasiat cuka kurma ni, salah satunya boleh membantu orang yang ada masalah gastrik, gerd dan anxiety. Gastrik ni dia menyerang organ perut so ia terjadi bila lapisan perlindungan perut terganggu.
Eh ! Boleh ke orang yang ada gastrik amalkan cuka kurma ? Sebab ia kan ada asid ! Haaa cuka kurma ni memang berasid tapi tak tinggi dan ia akan menormalkan PH dalam perut dan semestinya korang tahu kurma salah satu makanan yang penting dalam meneutralkan asid berlebihan. Boleh la korang cuba ya, mana tahu tahun ni boleh berpuasa penuh. InshaAllah !
Jadi, qaseh nak berkonsgi sedikit sebanyak apa yang best tentang Oxymel Khal Sakan Jabin ni. Noh, panjang nama dia kan, untuk info korang maksud di sebalik nama ni :
Maksud Oxymel Khal Sakan Jabin
Oxymel merupakan sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dulu. Khal pula adalah perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap bagi menghasilkan cuka. Manakala sakan jabin adalah ramuan yang diajarkan oleh Ibnu Sina untuk kesihatan. Digabungkan ketiga-tiga ramuan ini yang bersumberkan kitab Tibb Ibnu Sina dan kitab Tibb Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni lalu terhasil lah “Oxymel Khal Sakan Jabin"
Sebenarnya, ini pertama kali kali qaseh cuba cuka kurma, sebelum ni qaseh pernah cuba cuka epal je, lah rupanya cuka kurma lagi bagus dan kurang masam, rasa dia sedap tau korang (rasa masam manis) dan cuka kurma ni bagus sangat untuk ibu-ibu yang mengandung sebab ia tinggi dengan kandungan zat besi, so bolehla amalkan, takde lah nurse nak membebel asyik darah rendah je kan ~
Kesan Cuka Kurma Oxymel Khal Sakan Jabin Pada Badan
Bila dah amalkan sendiri, terasa ada kesan pada badan, badan rasa tak berat, tak lemau dan senang nak ‘membuang’, sememangnya sistem penghadaman qaseh tak berapa bagus, kadang 2 3 hari baru dapat ‘membuang’ huhuhu salah sendiri sebab makan pun tak jaga sangat, dah 30-an ni memang kena jaga pemakanan dengan betul
Bila konsisten amalkan cuka kurma ni, korang akan dapat rasa perbezaannya, bukan sekali minum terus berkesan oik, kena lah hari-hari amalkan, inshaAllah akan membantu. Badan yang berangin pun rasa lega je dan terus paksa juga suami amalkan cuka kurma ni sebab haih dia susah ye tinggalkan air manis ! Nah, cuka kurma ni boleh hilangkan ketagihan pada gula dan sesuai untuk korang yang ingin turunkan berat badan.
Qaseh selalu minum cuka kurma ni sebelum sarapan pagi, bila dah masuk bulan puasa, bolehlah amalkan pada waktu sahur. Jangan risau tau, cuka kurma ni tiada bahan kimia, tanpa bahan pengawet, tanpa sebarang gula, tanpa sebarang perisa dan tanpa pewarna
Bahan Kandungan OXYMEL Khal Sakan Jabin semuanya HALAL, buatan sendiri dan perapan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan :
· Cuka kurma Ajwa
· Madu Hutan
· Perahan Bawang Putih
· Perahan Lemon
· Perahan Halia
Kebaikan dan Khasiat Cuka Kurma Oxymel Khal Sakan Jabin pada Kesihatan
- Sangat bagus untuk meningkatkan imuniti tubuh badan
- Merawat masalah gastrik, gastritis dan gerd
- Melancarkan penghadaman makanan
- Melancarkan peredaran darah dalam tubuh
- Menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh
- Menghilangkan ketagihan gula (potong gula)
- Menurunkan berat badan
- Memulihkan sakit ulu hati
- Membuang angin dari badan
- Menormalkan pH dalam perut anda
- Menguatkan pH zat asam dalam perut anda
- Menghilangkan muntah2, nausea and vomiting
- Menghilangkan sakit dada, belakang dada dan sesak nafas akibat gerd
- Memulihkan sakit saraf tengkuk akibat gerd
- Meghilangkan rasa tidak selesa perut dan badan
- Menghilangkan masalah insomnia susah tidur malam
Bagi masalah gastrik / gerd.
5 sudu besar khal dan dicampurkan ke dalam segelas air suam
Tambahkan satu sudu madu asli.
Minum 2x sehari, sekali sebelum sarapan pagi dan sekali sebelum makan malam. Amalkan setiap hari sehingga masalah gastrik sembuh, kemudian boleh kurangkan kepada 2 sudu besar sehari. Sila amalkan pantang, jangan makan gula, tepung dan susu tin / kotak / lembu. Susu kambing sahaja dibenarkan. Amalkan khal bersama pantang sehingga gastrik anda sembuh.
Untuk menurunkan kolestrol.
2 sudu besar khal tanpa dicampurkan air atau apa-apa campuran lain.
Minum terus setiap kali selepas sarapan dan selepas makan malam.
Untuk penjagaan kesihatan.
2 sudu besar dicampurkan segelas air suam dan setengah sudu madu (apa-apa jenis dibolehkan).
Minum 1x sehari sebelum sarapan pagi.
Untuk penjagaan kesihatan ibu mengandung.
Ambil 1/2 sudu khal dicampur air suam dan madu, minum sebelum sarapan.
1 kali sehari sahaja.
Untuk kanak-kanak.
Hanya usia 4 tahun ke atas sahaja. Ambil 1/2 sudu sahaja sehari mengikut kesesuaian kanak-kanak tersebut.
CARA PENYIMPANAN:
Simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada haba panas dan cahaya matahari. Tidak perlu disimpan dalam peti ais.
*Sesuai untuk prepping. Tiada tempoh luput.
Banyak kan khasiat cuka kurma ni, korang kena cuba dulu baru boleh tahu keberkesanannya. Bagusnya boleh diamalkan seisi keluarga.
Mana nak dapatkan cuka kurma Oxymel Khal Sakan Jabin
Korang bolehkan di shopee sahaja : —> Cuka Kurma Ajwa Oxymel Khal Sakan Jabin
Tags:
PRODUCT REVIEW
Setuju Qaseh, Bagus cuka kurma nih! Nina pun dah amalkan Oxymel ni, memang berkesan elakkan sakit perut ketika berpuasa
BalasPadamBagus produk ni. KakYa pon amalkan . Alamdulillah sejak amalakan badan lebih bertenaga dan rasa lebih segar time bangun tidur.
BalasPadamOrang yang ada masalah gerd ni memang kesian tau. Teruk depa sakit sampai ulu hati. And bagus rupanya cuka kurma ni utk bantukan
BalasPadambagus yer cuka kurma ni, nak beli jugalah sebotol
BalasPadamCx pon amalkan cuka kurma oxymel ni. Best lah kesan dia. Badan ringan selesa je. Perut pon nice je rasa.
BalasPadamAkak dah lama tahu pasal cuka kurma ni cuma belum pernah try sebab dah biasa dengan cuka epal , tapi sekali dah cuba cuka kurma ni terus lupa dah pasal rasa cuka epal sebab cuka kurma lagi sedap dan lebih banyak khasiatnya.
BalasPadamAlhamdulillah, nad pun amalkan cuka kurma ni..memang rasanay lebih sedap. Sejak amalakn badan rasa ringan dan bertenaga
BalasPadambanyak khasiat cuka kurma ni . hehehe sesuai untuk gastrik n gerd juga
BalasPadam