Terasa Berada di Spa dengan Ginvera World Spa Shower Scrub

Manjakan Diri dengan Ginvera World Spa Shower Scrub seperti berada di Spa | Assalamualaikum & holla korang, menjadi seorang ibu dan bergelar surirumah bukan lah suatu kerja yang mudah, kadang-kadang tak sempat nak memanjakan diri sendiri apatah lagi untuk selalu merawat diri ke spa kan ? Bukan hanya surirumah tapi kadang-kadang wanita bekerjaya pun tak sempat kerana sibuk bekerja



Qaseh faham tak semua orang juga mampu merawat diri di spa setiap hari, malah setiap bulan pun belum tentu, tapi tak bermakna kita sebagai seorang perempuan terus mengabaikan diri sendiri. Jangan risau tau, kalau kita tidak mampu pergi ke spa, kita jadikan rumah sebagai spa terbaik untuk diri sendiri 

Yang lagi best kalau nak relax dan kurangkan penat, boleh lah upah bibik atau orang gaji di rumah, haaa para suami boleh la kurangkan beban isteri dengan hire Philippines Maid Malaysia mesti isteri lagi suka. 

Dan Qaseh ada cara untuk memanjakan diri di rumah sahaja tapi terasa bagai di SPA  dengan Ginvera World Spa Shower Scrub. Haa mudah kan ? Nak tahu tak kenapa Ginvera Shower Scrub ni mampu buatkan kita seperti di SPA ?

Rasai Pengalaman SPA dari Pelbagai Negara dengan Ginvera World Spa Shower Scrub

Siapa je tak kenal produk Ginvera ni kan, teringat waktu kecik-kecik dulu memang famous sangat produk Ginvera ni, ianya dah lama di pasaran dan tetap menjadi pilihan ramai. Kalau korang tak cuba lagi Ginvera Scrub ni cepat-cepat dapatkan tau sebab ia mempunyai banyak kelebihan untuk badan kita.


Ginvera World Spa Shower Scrub ni mengandungi essential oil/ minyak pati tau, so ia akan membuatkan kita seperti berada di spa secara menyeluruh dengan campuran Essential Oil Spa Therapy. Ia akan memberikan kita rasa relax dan tenang je.


Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi so akan memberikan pengelupasan kulit secara semulajadi, tahu tak badan kita pun perlu di scrub untuk buang sel-sel kulit mati dan kotoran. Jangan risau Ginvera World Spa Shower Scrub ni boleh digunakan setiap hati. Ia akan membuatkan kulit kita lebih terasa lembut, licin dan segar je.

Aroma yang menenangkan dan tahan lama akan meningkatkan suasana spa di ruang mandi korang, haaa bau pun dah rasa tenang tau. Overall bila qaseh mandi menggunakan mandian skrub Ginvera ni memang seperti berada dalam spa tanpa perlu meninggalkan rumah, sebab ia mampu merelakskan diri dan membuat diri qaseh segar je


#MyAchievementWithGinvera Dalam Kehidupan Harian

Rutin qaseh sepanjang hari walaupun bergelar surirumah ditambah pula sebagai seorang blogger dan content creator kadang amat memenatkan, setiap pagi bangun uruskan anak-anak, buat kerja rumah, masak dan selesaikan kerja-kerja yang tertangguh tapi at the end qaseh mampu melakukan tanggungjawab setiap hari dengan berjaya.


Dengan menggunakan Ginvera World Spa Shower Scrub dalam kehidupan harian qaseh, ia menyegarkan dan meningkatkan tenaga, so that Ginvera mampu meningkatkan sikap positif. Rasa bersih dan segar membuatkan qaseh terinspirasi dan mampu menyelesaikan tugas dengan baik

Selain tu, Ginvera beri qaseh rasa santai kerana aroma yang wangi di badan membuatkan diri rasa tenang dan bertenaga untuk memulakan kehidupan harian.

Ginvera World Spa Shower Scrub (Lemongrass & Frangipani)

Qaseh suka dengan wangian Lemongrass & Frangipani ni tau, korang wajib cuba juga tau, terasa macam berada di SPA Bali. Dengan scrub dari serai ia akan menaikkan semangat dan meremajakan kulit kita. Kalau korang nak tahu serai sememangnya bahan semulajadi dalam rawatan SPA Bali dan telah digunakan berabad lamanya untuk membantu memperbaiki kulit dan meransang sel kulit baru


Ia mengandungi campuran terapi spa yang unik dengan gabungan minyak pati lemon myrtle,serai dan frangipani ekstrak untuk mencergaskan dan melembabkan kulit dan mengandungi pengelupasan semulajadi dan microbeads yang dikapsulkan dengan Vitamin E, memberikan kesan eksfoliasi yang lembut dan menyeluruh pada kulit dan membuatkan kulit licin bab sutera 

Bahan kandungan :


  • Ekstrak Serai bertindak sebagai meremajakan & tonik pembersih yang menyegarkan badan anda.
  • Ekstrak Frangipani adalah agen pelembap yang ideal yang membantu menyuburkan badan anda.
  • Minyak Pati Lemon Myrtle kaya dengan antioksidan sambil memberikan perlindungan kulit dengan bau yang menenangkan dan menaikkan semangat
6 Variasi Ginvera World Spa Shower Scrub



Ginvera World Spa Shower Scrub ni ada 6 variasi tau yang korang boleh cuba, nak cuba semua pun boleh heheh stok untuk setahun gitu ~ antaranya adalah 

  • Lavender & Chamomile 
  • Lemongrass & Frangipani
  • Apricot & Hazelnut 
  • Green Tea & Tea Tree 
  • Glacier Water & Sea Salt
  • Alpine Rose & Edelweiss

Mana Nak Dapatkan Ginvera World Spa Shower Scrub ?


Korang boleh dapatkan di shopee link dibawah :



Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama