GKB Probiotics Review | 5 Produk GKB Yang Bagus Untuk Usus dan Penghadaman

GKB Probiotik Produk Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kesihatan Usus | Assalamualaikum & holla korang, sejak dua menjak ni qaseh baca ramai amalkan pengambilan Probiotik dalam kehidupan harian yang mana sangat bagus untuk kesihatan. Lagi-lagi kepada kita yang tidak amalkan pemakanan yang seimbang. Sekarang banyak sangat makanan yang tidak begitu sihat, asal nampak makanan viral je semua makan kan ~ eh macam mengata diri sendiri je 

Apa itu Probiotik ?

Bahasa mudahnya Probiotik ialah makanan tambahan yang mengandungi bakteria atau yis baik melekat pada dinding usus untuk menjadikan manusia kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungi dengan baik

Probiotik dapat ditemukan dalam berbagai jenis makanan dan minuman, seperti yogurt, kefir, kimchi, tempe, dan miso. Selain itu, probiotik juga tersedia dalam bentuk suplemen yang qaseh tengah amalkan sekarang iaitu GKB (GK Bio International Sdn. Bhd) Probiotik Suplemen untuk meningkatkan proses penghadaman secara menyeluruh.

Probiotik dalam Suplemen GKB | Kenapa pentingnya Probiotik ?

Kenapa qaseh amalkan suplemen GKB ni ? Hurmm secara jujurnya, bab penghadaman ni qaseh memang bermasalah untuk ‘membuang’ dan selalu sangat alami sembelit. Bila baca keburukan sembelit ni pun bahaya juga tau korang, kalau tak di rawat ia akan membaca kepada penyakit lain. Qaseh juga pernah mengalami buasir sewaktu mengandung disebabkan oleh sembelit.

Tambah pula qaseh memang jarang makan sayur dan buah, lepastu suka makan makanan yang tak berkhasiat, iskkk pantang dengar makanan viral memang semua nak cuba, sedangkan melalui pemakanan yang tak berkhasiat lah memberi kesan buruk pada usus sebab kebanyakan nutrien dalam makanan di serap di dalam usus ! Nah, bila makanan tak berkhasiat ajee masuk, lama-lama memang bawa pada toksik je tau korang

Kelebihan Utama Probiotik GKB

  • Dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. 
  • Yang bestnya GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan yang tinggi
  • Dengan probiotik yang berbentuk granul (berbutir halus), dapat membantu mengurangkan risiko tercekik. Senang nak consume (boleh makan terus atau campur dalam minuman

Kalau korang ada masalah kesihatan yang sama ataupun selalu ada masalah yang tak tahu puncanya, korang boleh amalkan suplemen dari GKB ni, kadang semuanya bermula dari usus, bila usus tak sihat ia akan mempengaruhi semua kesihatan badan kita

Sekarang GKB telah melancarkan 5 produk sasaran yang berorientasikan untuk membantu pengguna macam qaseh ni haa untuk mengekalkan kesihatan usus mereka dan akan membuatkan pengguna bukan sahaja cantik luaran tapi paling penting dalaman

5 Produk Suplemen Probiotik GKB yang Bagus Untuk Usus dan Kulit

1. GKB Probio+ : Untuk Memperbaiki Usus

Yang penting jom kita sama-sama baiki usus dengan GKB Probio+ yang mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang aktif serta mempunyai prebiotik
  • Untuk membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit dan cirit-birit 
  • Kombinasi Probiotik dan Prebiotik memberi lebih perlindungan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien dari makanan, mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti
  • Setiap sachet mengandungi 20 bilion jumlah bakteria probiotik hidup
  • Sesuai untuk penjagaan harian usus dan kesihatan perut keluarga 
  • Sesuai juga untuk korang yang alami gejala sembelit ringan dan senak perut ringan 


2. GKB Probizymes : Untuk Mengurangkan Gastritis

Qaseh tiada masalah gastritis (keradangan perut) tapi qaseh nak bagi pada kawan yang punyai masalah ni, kadang kesian sangat bila nampak kawan update tentang masalah Gastitis ni.

Ia diformulasikan dengan probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak yang khusus dalam :
  • Menangani masalah kembung perut berpanjangan 
  • Masalah sakit perut akibat gastrik 
  • Mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan 


3. GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus : Untuk Memperbaiki Kulit 

Produk ni memang qaseh dah aim sebab qaseh memang ada masalah kulit kering, even pakai skincare pun ia hanya kesan sementara, so mungkin dengan perbaiki dalaman, GKB Lactobacillus  akan membantu masalah kulit kering qaseh dan kulit yang sensitif 

Selain tu GKB Lactobacillus juga digunakan secara meluas untuk mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor ataudysbiosis. 

Ia juga membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. Sangat bagus untuk wanita ~ 


4. GKB G-Pro Gold : Untuk Mengurangkan Sembelit 

Haa ini memang yang qaseh paling suka, sembelit teruk ni lah punca terjadinya buasir yang disebabkan oleh gaya hidup yang tidak teratur atau tekanan kerja yang tinggi 
  • Mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik 
  • Setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup yang boleh meningkatkan flora usus
  • Direka khas untuk memperbaiki usus dan sesuai untuk yang mengalami sindrom iritasi usus, cirit birit yang teruk dan sembelit 
  • Probiotik membiak dan memetabolismekan dalam usus, meningkatkan PH dan rembesan usus
  • Membantu mengurangkan kemandirian bakteria patogen
  • Meningkatkan fungsi penghalang usus dan mengurangkan kejadian keradangan usus
5. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 : Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori 

Produk ni memang bagus untuk korang yang mengamalkan makanan yang berminyak dan tak berkhasiat kerana GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 satu-satunya bakteria yang boleh menyerap minyak 
  • Mengandungi Lactobacillus Plantarum iaitu ketegangan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolesterol,trigliseda)
  • Membantu mengurangkan penyerapan kalori 
  • Membantu mengurangkan berat badan ddan menjadikan badan lebih langsing
  • Meningkatkan tenaga 
  • Membantu sistem penghadaman 
  • Meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya UV

Korang tahu tak, produk ni telah memenangi lebih daripada 20 anugerah dan paten dari pelbagai negara  termasuk AS, jepun, China, Singapura dan Taiwan

Yang bestnya even korang nak turunkan berat badan tapi dalam masa yang sama, korang masih boleh menikmati makanan yang sedap, dan sesuai untuk orang yang ingin mengekalkan bentuk badan. Selain itu, ia juga boleh merawat masalah kulit kering dan mengurangkan kedutan kulit. 


Haaa itu antara produk probiotik dari GKB yang korang boleh cuba mengikut masalah yang korang yang sedang hadapi. Kalau korang nak tahu, ramai dah rupanya telah mengamalkan suplemen probitok GKB ni dan memang bagi kesan yang positif. 

Ada yang telah turun berat badan 5kg dalam masa 2 bulan, dan berjaya mengatasi masalah sembelit dan masalah usus yang lain. Akhirnya qaseh jumpa produk probiotik yang sangat-sangat bagus ! 

Alhamdulillah lepas qaseh amalkan GKB Probiotics Product ni, perut rasa lega dan tak berangin, sembelit pun makin okay dan badan rasa lebih ringan, maybe segala toksik dalam perut makin berkurangan 


GKB Probiotik Suplemen HALAL dan Selamat

GKB (GK BIO International Sdn. Bhd) telah ditubuhkan pada tahun 2018, sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio- Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Objektif utama untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan produk kesihatan yang berkualiti tinggi 

Yang penting GKB probiotik suplemen adalah HALAL dan setiap produknya diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TGF, sijil kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025

GKB menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik dalam produknya. 100% bahan semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan dan ianya sesuai untuk semua ahli keluarga untuk mengekalkan kesihatan

Mana Nak Dapatkan Produk GKB Probiotik ?

Korang boleh dapatkan produk GKB di semua cawangan farmasi di Malaysia termasuk Alpro Pharmacy

GKB Official Selling Platform:

Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy        
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak       
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy       
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy       
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan        
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy       
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy       
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188

More Info :

Website : www.mygkb.com
RED 1D:1318211221 (GKB 集康宝)











1 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. dah amalkan few weeks, memang bagus rangkaian produk GKB Probiotics ni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama