Review Beg Sekolah Swan Untuk Anak Tahun 1 | Assalamualaikum & holla korang, hari ni nak share tentang persiapan persekolahan Rayyan, al-maklumlah anak pertama nak masuk tahun 1 untuk tahun 2023 ni haa, so qaseh nak share beg sekolah yang sangat bagus dan punya kualiti terbaik untuk anak tahun 1, pilihan qaseh untuk beg sekolah dia adalah dari jenama Swan Malaysia
Kenapa qaseh memilih beg sekolah jenama Swan ni? Haa ~ bagi qaseh yelah anak pertama dan baru nak masuk darjah 1 ni, qaseh lebih memilih beg sekolah yang memberi keselesaan pada anak, itu yang paling penting supaya dia tak rasa terbeban, tak rasa penat untuk ke sekolah dan gembira je bila pergi sekolah tanpa rungutan sakit belakang atau tak selesa
Bukan senang ya nak survey beg sekolah yang bagus untuk anak tahun 1 ni, tapi bila baca review ibu-ibu yang berpengalaman, antara jenama yang paling disukai adalah beg sekolah jenama Swan, so qaseh rasa sangat berbaloi untuk beli beg sekolah yang berkualiti, jadi ia akan tahan lama dah masih boleh diguna untuk darjah 2 dan seterusnya, bijak kan.
Beg Sekolah Swan Smile Pop-Up Roll
Berpinar mata ye nak memilih design sebab banyak yang cantik ! Haa jangan main-main bila mak-mak nak memilih, akhirnya qaseh memilih beg sekolah Swan Smile Pop-Up Roll ni untuk Rayyan, qaseh ambil saiz XL untuk dia, tak terlalu besar dan tak terlalu kecil, yang bestnya ada roda yang boleh dibuka asing, so ada hari nak guna roda, ada hari nak galas aje pun boleh.
Meh nak share sikit apa yang bestnya dengan Beg Sekolah Swan Smile Pop-Up Roll, macam yang qaseh cakap tadi, paling penting bagi qaseh adalah beg sekolah yang tidak membebankan dia dan tidak menyebabkan anak sakit belakang
1.Ada lapisan span yang tebal pada tali belakang beg sekolah
Bila galas beg sekolah mestilah nak rasa selesa dan lembut kan, bila ada lapik span yang tebal ni dapat kurangkan tekanan pada bahu dan belakang anak kita, boleh beza kalau span nipis di tambah beban berat dalam beg, memang akan buatkan bahu sakit. Bila span tebal ia juga tak buatkan baju sekolah anak kita cepat rosak atau koyak dan tali beg sekolah juga lebih tahan lama.
Baca juga : Prasekolah {alertInfo}
2. Ruang dalaman yang luas dengan lapisan dalaman yang terang dan banyak compartment
Paling penting juga untuk beg sekolah anak, ada ruang yang luas so banyak buku dan barang-barang sekolah boleh disimpan, beg swan ni dalam dia ada lining yang berwarna terang, memudahkan anak-anak untuk cari barang dan dapat menghindarkan dari kotoran debu dan sebagainya
Qaseh suka sebab ada 3 compartment dalam beg sekolah swan ni, so untuk darjah 1 sangatlah sesuai, boleh susun atur buku-buku sekolahnya dengan teratur, mudahla dia nak ambil di sekolah nanti.
Ada 2 compartment sisi, ada dua tempat untuk letak botol air. Bukan boleh letak botol air je, mungkin boleh selit barang-barang kecil di situ jika malas nak letak dalam beg.
3. Pemegang handle yang kuat dan ada roda yang boleh pusing hingga 360 darjah.
Hari tu qaseh ada tanya kawan-kawan juga, perlu ke tak beg sekolah beroda untuk Rayyan, so ada pro and contra, bila beg sekolah beroda ni ada yang kata susah nak naik turun tangga, dan ada yang kata senang untuk anak.
Tapi beg Swan ni ada kelebihan pada handle dan rodanya, handle yang ada grip so anak mudah untuk pegang dan ia ada roda yang boleh berpusing hingga 360 darjah. Wow so ia akan beri keseimbangan pada anak bila dia menarik atau menolak beg, nak bawak naik turun tangga pun lebih smooth dan mudah
4. Ringan dan Detachable
Beg sekolah Swan ni 0.85kg je gais. Kalau boleh jangan beli beg sekolah anak yang berat ya, kalau boleh seringan kapas haha melampau kan, so beg ni agak ringan bila di galas dan ianya detachable. Boleh pilih untuk anak galas dan boleh pilih untuk letak roda. Ikut mood anak haa gitu.
5. Zip dan material yang berkualiti dengan jahitan yang terbaik
Zip senang nak buka dan tutup dan menggunakan material yang berkualiti, tak mudah koyak dan rosak, even qaseh cuba zip banyak kali dan laju-laju pun ia tetap smooth. Jahitan beg pun terbaik ya, tiada benang-benang terkeluar dan tempat jahitan memang tertutup dengan baik.
6. Design yang menarik !
Design ni memang qaseh suruh Rayyan pilih sendiri, so dia tertarik dengan Beg Sekolah Swan Smile Pop-Up Roll warna hitam, bahagian depan ada macam blink-blink galaxy dan ada beberapa corak kartun, serious lawa ! Oh ya ada tag nama juga, bila masuk darjah 1 ni memang semua benda kena label nama tau
Comel je logo Swan ni, high quality punya rubber tag dan dapat free keychain flip flop kan ? Haha tak ingat nama dia, tapi budak-budak suka tekan benda ni, termasuklah mak budak ~
Overall qaseh puas hati dengan pilihan beg sekolah Swan Smile Pop-Up Roll ni, Rayyan pun happy dapat beg sekolah baru, sebenarnya dia tak sabar dah nak masuk sekolah jumpa kawan-kawan baru. Harapnya suka sekolah tu berpanjangan lah.
Rasa macam hurmm cepat betul masa berlalu, tahu-tahu dah masuk bulan 3 haih, tak sangka anak ku pun dah besar. Huwaaaa sebak pulak rasa, hehe drama pulak kan. So korang yang mana belum beli lagi beg sekolah tu, boleh lah beli beg jenama Swan je, serious kualiti terbaik, banyak lagi pilihan, korang tengoklah sendiri di website / shopee okay !
More Info :
Website : https://www.swanbag.com/
Shopee : Shopee Swan Official
Tags:
PRODUCT REVIEW
Dulu time sekolah rendah sampai menengah mmg duk pakai Swan ni sebab tahan lasak. Tak sangka sampai sekarang ada lagi ek hehe.
BalasPadamJenguk sini jap, jemput melawat blog sy jika berkelapangan! :)
Cantiknya beg skola dia . Besaq pulak tu 😍
BalasPadamcantiklah design beg yang ni
BalasPadamBagus beg swan ni. Harga not bad.. Tapi bagusla sebab tak memberatkan badan anak2
BalasPadamCantiknya bag swan.. rugi tak grab aritu...
BalasPadam